PEOPLE
WARGA AFRIKA-SINGAPURA BAKAL MENYANDANG JAWATAN PEGAWAI
04 Aug 2022
Jika semuanya berjalan lancar, warga Afrika-Singapura ini adalah orang pertama dalam keluarganya yang bakal menjadi pegawai dalam Angkatan Bersenjata Singapura. Temui Pegawai Kadet (OKT) Haniel Humphrey Muze, warga yang dilahir dan dibesarkan di Singapura.
Ibu bapanya berpindah dari Tanzania ke Singapura pada 1990. Anak ketiga daripada empat adik beradik, OCT Haniel adalah ahli kedua yang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) – abangnya Sarjan Ketiga (3SG) Hartley Muze adalah juruselam Afrika-Singapura pertama dengan Unit Menyelam Tentera Laut (NDU).
OCT Haniel mendaftar untuk Perkhidmatan Negara awal tahun ini selepas menamatkan A-levelnya di Raffles Institution. Dia berusaha dengan cemerlang semasa Latihan Asas Tentera, dan dipilih menjalani kursus pegawai kadetsyang menjerihkan selama 38 minggu.
"Saya ingin menjadi pegawai yang bagus yang dihormati askar-askar," kata pegawai berusia 19 tahun itu.
"Walaupun latihannya agak sukar, saya bersedia untuk bertungkus-lumus; Saya sentiasa ingin memimpin orang dan membimbing mereka untuk terus maju dan cemerlang – latihan yang lasak di OCS akan menyediakan saya untuk membina keupayaan ini untuk kepimpinan."
Demi keluarga dan negara
Apakah yang mendorongnya untuk berusaha dengan cemerlang semasa NS adalah kerana keluarga dan negaranya – dia ingin bersedia untuk mempertahan dan menjaga orang tersayang apabila tiba masanya.
"Singapura telah memberi peluang kepada keluarga saya untuk datang dari Afrika dan menetap serta berkembang maju di sini. Kami telah menerima banyak peluang hebat di sini; sememangnya saya harus membalas jasanya dengan berkhidmat kepada masyarakat melalui Perkhidmatan Negara," katanya.
Kerjasama Berpasukan
Mengenangkan sepanjang tempoh perkhidmatan negaranya setakat ini, OCT Haniel berkata adalah sedikit mencabar untuk membiasakan diri dengan rejimen di BMT. Tetapi dia dan rakan seksyennya mengamalkan pemikiran "mari kita lakukan bersama", yang membantunya menyesuaikan diri dengan kehidupan ketenteraan.
"Saya mendapati diri saya benar-benar bekerja keras mengharungi latihan yang sukar, semata-mata kerana orang lain juga melakukan yang sama. Dan secara jujurnya, mengetahui saya bersama rakan seksyen saya menjalani cabaran yang hebat, memang banyak membantu saya."
Dia juga berpaling kepada 3SG Hartley abang penyelam tentera lautnya untuk inspirasi. Dia masih ingat bagaimana 3SG Harley tidak memaparkan tanda-tanda keletihan walaupun sesudah menyelesaikan Minggu Binaan Pasukan (juga lebih dikenali sebagai Minggu Neraka yang dahsyat) di NDU.
"Sebenarnya, dia kelihatan seolah-olah dia bertenaga untuk meneruskan ke pusingan seterusnya!" OCT Haniel mengimbas kembali. "Kekuatan mentalnya mendorong saya untuk menjadi versi terbaik bagi diri saya."
"Pada penghujung hari, kami berdua ingin menjalankan Perkhidmatan Negara bersama dengan baik dan menyumbang, mengikut kemampuan kami," katanya lagi.
Tetapi kini, dia menumpukan perhatian untuk mengasah kemahiran tempur dan kepimpinannya di Sekolah Pegawai Kadet.
"Sebagai seorang yang sedang berlatih untuk menjadi pegawai, saya akan cuba sedaya-upaya untuk memimpin rakan sebaya saya. Lagipun, kami sedang berlatih untuk menjadi pegawai dan pemimpin masa depan. Saya ingin bermula menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dengan mengorak langkah demi langkah setiap hari."
ALSO READ IN PEOPLE
Temui anggota tentera yang mengetuai Perbarisan Hari SAF 2026
22 Jun 2026
Kita bertemu dengan Komander Perbarisan LTC Yu Jinliang dan RSM Perbarisan MWO Heng Song Po untuk mengetahui bagaimana mereka membuat persediaan untuk hari besar itu.
Adik-beradik pengawal membawa
15 Jun 2026
Kembar 2LT Shane dan 2LT Shaun Yap meneruskan tradisi keluarga yang membanggakan apabila mereka ditauliahkan sebagai pegawai Pengawal – satu kerjaya yang didedikasikan oleh bapa mereka!
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.

