PEOPLE
Rakan Seperkhidmatan Berkaki Empat
24 Aug 2026
Sempena Hari Anjing Antarabangsa, kami bertemu dengan empat pasangan anjing dan pengendali untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir Unit Anjing Kerja Tentera (Military Working Dog Unit)SAF.
Rutin harian mereka berkisar pada membina kepercayaan dengan pasangan berkaki empat yang mempunyai fikiran dan kehendak sendiri. Selamat datang ke Unit Anjing Kerja Tentera (Military Working Dog Unit) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF MWDU).
Bertukar daripada penyelenggaraan senjata tradisional kepada perapian , pembersihan kandang dan latihan tingkah laku, para pengendali Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang berbeza dalam tugas mereka.
Belajar untuk memimpin
Walaupun sesetengah pengendali membesar bersama haiwan peliharaan, ada juga yang melangkah ke dalam kandang anjing tanpa sebarang pengalaman menjaga haiwan.
Koperal (KPL) Apao Russel James Gonzalez, pengendali berusia 25 tahun yang menjaga Belle, seekor anjing pengesan, kini berkata bahawa beliau tidak dapat membayangkan hidup tanpa teman haiwan.
“Saya tidak pernah mengendalikan anjing sebelum ini, jadi saya fikir ia sesuatu yang menarik dan mengujakan... Selepas melalui pengalaman ini di MWDU, saya boleh bayangkan diri saya memelihara anjing pada masa hadapan!”
Proses pemadanan direka untuk memastikan keserasian. Pengendali dipadankan dengan anjing berdasarkan perangai, tahap tenaga dan kekuatan peribadi mereka.
Bagi KPL Milan G Cherian, 22 tahun, bekerja dengan Nitro — seekor German Shepherd berusia 8 tahun yang bertugas sebagai anjing perlindungan — memerlukan kesabaran sejak Hari Pertama.
“Nitro dianggap sebagai ‘anjing yang hanya rapat dengan seorang tuan’... Dia anjing yang sangat mudah terpengaruh dan memerlukan seseorang yang cukup sabar untuk menangani kerenahnya serta memastikan dia penat setiap hari. Jika tidak, segala tenaga yang tidak digunakan itu akan mengakibatkan huru-hara!”
Tiada rahsia untuk membina kepercayaan bersama — ia sering bermula dengan latihan mudah seperti “ambil” dan pengukuhan positif.
“Ketika saya pertama kali bertemu Nitro, kami melakukan latihan membina kepercayaan. Saya memberinya bola dan memintanya kembalikan kepada saya. Apabila dia pulangkan bola itu semula, saya akan kembalikan kepadanya untuk menunjukkan bahawa dia boleh mempercayai saya,” kata KPL Milan.
Bukan sekadar bermain
Menurut para pengendali, salah faham yang biasa berlaku dalam kalangan orang awam ialah mereka hanya bermain dengan anjing sepanjang hari.
Sebenarnya, tugas mereka memerlukan disiplin yang ketat, latihan yang tersusun dan rutin kebersihan.
“Banyak masa dan usaha dicurahkan di sebalik tabir untuk melatih anjing-anjing ini dan mempersiapkan mereka bagi tugas operasi,” kata Sarjan Ketiga (3SG) Nathan New, 20 tahun.
The Section Commander from Headquarters MWDU added: “Unlike most units in the SAF where they train with weapons, we train with dogs — and you have to take many variables into account, like their mood or distractions."
Tanggungjawab harian mereka merangkumi penjagaan rutin seperti mencuci kandang, perapian serta memantau berat dan suhu badan anjing, di samping latihan lapangan khusus.
Anjing pengesan, misalnya, berlatih mengesan bau tertentu, manakala anjing perlindungan dan anjing penguatkuasaan keselamatan menjalani latihan untuk membangunkan kemahiran kepatuhan, disiplin dan tingkah laku yang diperlukan bagi tugas mereka.
Koperal Kelas Pertama (CFC) Lleyton Woodward Rong-Zhi, 20 tahun, menjaga Chance, seekor kacukan German Shepherd-Malinois berusia 3 tahun.
A dog handler in the Security Enforcement Dog Platoon, CFC Woodward highlighted the dynamic nature of their work: “Handling Chance is like handling a different dog every day. You never know how he's going to behave when he wakes up, whether he's ‘in the mood’ or not.
“Apabila mereka merajuk, kadangkala kami boleh melihat mereka mula hilang minat terhadap latihan. Dalam keadaan itu, kami akan memendekkan sesi atau menghentikannya seketika (dan menyambungnya pada masa lain).”
Memahami kerenah pasangan masing-masing
Menghabiskan begitu banyak masa bersama semasa bertugas membolehkan para pengendali mengenali kerenah halus dan mencuit hati yang membentuk keperibadian unik setiap anjing.
Jauh daripada sekadar aset ketenteraan yang bergerak mengikut arahan, anjing-anjing ini mempunyai perangai tersendiri yang perlu difahami dan diurus oleh pengendali mereka setiap hari.
Sebagai contoh, sisi degil Pip menonjol apabila waktu bermain tamat — spaniel itu sering duduk sebagai tanda “bantahan”” dan enggan masuk ke kandangnya, kata 3SG New sambil tersenyum.
“Akhirnya, saya terpaksa mengangkatnya atau memancingnya masuk semula ke kandang dengan mencampakkan mainan kegemarannya ke dalam.”
Nitro pula mempunyai satu “ritual” unik selepas sesi latihan yang sengit, kata KPL Milan.
Anjing German Shepherd itu akan menjatuhkan bola kegemarannya terus ke dalam mangkuk air sebelum minum — satu cara bijak untuk memastikan hadiahnya sentiasa dalam pandangan sambil menghilangkan dahaga.
CFC Woodward berkongsi bahawa anjingnya, Chance, berkomunikasi hampir sepenuhnya melalui pergerakan telinga yang ekspresif, menggerakkannya ke sana sini untuk menunjukkan apa yang difikirkannya.
Lama-kelamaan, dia belajar membaca pergerakan telinga itu dengan tepat, lalu mewujudkan satu bentuk komunikasi intuitif apabila pengendali dan anjingnya dapat memahami niat masing-masing tanpa sepatah kata pun.
Menyerahkan tali kepada generasi seterusnya
Apabila Tarikh Sedia Operasi (Operationally Ready Date ORD) mereka semakin hampir, para pemuda ini tidak dapat tidak menerima hakikat bahawa mereka akan menyerahkan pasangan berkaki empat masing-masing kepada generasi anggota perkhidmatan yang seterusnya.
Walaupun sukar untuk meninggalkan pasangan yang bergantung kepada mereka setiap hari, para pengendali menumpukan perhatian untuk memastikan pengendali NSF yang baharu dapat menjalankan tugas dengan baik.
“Memang perasaannya bercampur-baur. Kami menghabiskan hampir setiap hari bersama, sekian lama membina ikatan yang sangat kuat, kemudian pada suatu hari semuanya berakhir. Tetapi saya lebih rela melalui pengalaman itu daripada tidak pernah bertemu anjing saya langsung,” kata KPL Milan.
Bagi CFC Woodward, beliau sudah tahu di mana beliau berharap Chance akan menghabiskan masa persaraannya.
“Chance semememangnya berbaloi untuk ditunggu, dan saya akan menunggu harinya apabila saya menerima panggilan telefon bahawa dia sudah bersedia untuk sebuah rumah baharu selepas bersara.”
ALSO READ IN PEOPLE
Menghasilkan adunan sempurna untuk komedi yang popular
09 Sep 2026
Para pelakon drama mikro Hard Mode mempersembahkan kehidupan Singapura ke pentas dunia dengan satu soalan mudah: “ Anda mahu yuan yang ais anda panas atau sejuk?”
Melangkah demi tempat yang dipanggilnya rumah
02 Sep 2026
Bermula dengan menerima kad pengenalan merah jambu pada awal 2024 hingga dinobatkan sebagai NSF Terbaik Tahun Ini dan memulakan kerjaya dalam SAF, Pegawai Kadet Pelatih (OCT) Bandaru Yashwanth Naga Sai bukan sahaja menemui tempatnya di Singapura, malah menemui panggilan hidupnya.
Mereka memimpin SAF masa depan
12 Aug 2026
Bakal pemimpin pertahanan LTA Aryan Vinayak Gupta dan OCT Tristan Lock memulakan perjalanan ketenteraan mereka dengan keghairahan kanak-kanak yang penuh rasa ingin tahu.

