DIPLOMACY
SINGAPURA AMBIL ALIH PERANAN PENGERUSI ADMM; GARISKAN TERAS UTAMA
24 Oct 2017
Singapura mengambil alih peranan Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada penutup ADMM yang ke-11 dan ADMM-Plus yang ke-4 pada 24 Okt yang berlangsung di, Filipina,
Singapura mengambil alih peranan Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada penutup ADMM yang ke-11 dan ADMM-Plus yang ke-4 pada 24 Okt yang berlangsung di, Filipina, dengan satu upacara yang menyaksikan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menerima gavel upacara daripada Setiausaha Pertahanan Negara Filipina Delfin Lorenzana.
Dr Ng menyatakan: "Singapura berbesar hati untuk mengambil alih jawatan pengerusi ADMM dan ADMM-Plus... Ia merupakan masa yang penting dan kami mengiktirafnya - terdapat banyak cabaran untuk ASEAN di masa akan datang."
Untuk menumpukan usaha, Dr Ng berbicara tentang tiga teras utama Singapura sebagai pengerusi ADMM yang baru. Ia termasuk menggalakkan kolaborasi menghentikan keganasan serantau, mengembangkan keupayaan kolektif untuk mempertahankan diri daripada ancaman kimia, biologi dan radiologi; dan meluaskan penggunaan langkah-langkah praktikal dan pembinaan keyakinan dalam bidang penerbangan dan maritim.
Ujar Dr Ng: "Perkara utama di fikiran semua orang ialah keganasan dan untuk sebab yang baik. Marawi ialah pembuka mata bagi semua negara ASEAN, dan amaran yang sangat serius bahawa kehancuran yang kita saksikan di Iraq dan Syria boleh berlaku di negara-negara ASEAN...
"Jadi saya menyatakan bahawa salah satu fokus kami adalah tentang keganasan dan kami akan mengadakan sesi khas tentang keganasan dalam peringkat kepimpinan tertinggi."
Dr Ng, yang berada di Filipina dari 22 hingga 24 Okt bagi menghadiri ADMM yang ke-11 dan ADMM-Plus yang ke-4, juga mengucapkan tahniah kepada Filipina atas kejayaan menganjurkan mesyuarat tersebut.
Pada ADMM ke-11 bertarikh 23 Okt, Dr Ng dan menteri pertahanan ASEAN lain menandatangani Deklarasi Bersama yang menegaskan komitmen mereka untuk memerangi keganasan melalui kerjasama serantau dan antarabangsa.
Mesyuarat itu juga menyaksikan penerimaan beberapa cadangan, seperti mengadakan mesyuarat ADMM-Plus pada setiap tahun bagi bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau yang berkaitan dengan lebih kerap. Mesyuarat ADMM-Plus telah dilangsungkan setiap tiga tahun sebelum ini.
Terdapat juga mesyuarat khas ADMM tentang membanteras ekstremisme kejam, radikalisasi dan keganasan, apabila para menteri pertahanan menegaskan kepentingan inisiatif menghentikan keganasan serantau, seperti Rondaan Maritim dan Udara Tiga Pihak di Laut Sulu.
Pada ADMM-Plus yang ke-4, para anggotanya membincangkan isu-isu keselamatan antarabangsa dan serantau seperti ancaman keganasan yang semakin meningkat di rantau dan juga situasi di Semenanjung Korea. Mereka juga menegaskan peranan kumpulan dalam menggalakkan kerjasama praktikal bagi mengukuhkan saling boleh kendali di kalangan 18 anggota ketenteraan negara.
Sebagai sampingan di antara ADMM yang ke-11 dan ADMM-Plus yang ke-4, para menteri pertahanan ASEAN mengadakan mesyuarat tidak rasmi secara berasingan dengan China, Jepun dan Amerika Syarikat.
Sewaktu beliau berada di Filipina, Dr Ng juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan serantau dan dengan Ahli Majlis Negara China dan Menteri Pertahanan Negara Jeneral (GEN) Chang Wanquan, Menteri Pertahanan India Nirmala Sitharaman dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) James Mattis.
ALSO READ IN DIPLOMACY
17 negara melancarkan rangka kerja baharu untuk kerjasama infrastruktur dalam laut yang kritikal
30 May 2026
Dilancarkan di luar Dialog Shangri-La ke-23, GUIDE ialah rangka kerja baharu yang menyatukan negara-negara untuk kerjasama pertahanan dalam meningkatkan keselamatan Infrastruktur Dalam Laut Kritikal.
PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
01 Jun 2025
“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.






