DIPLOMACY

DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN

04 Jun 2023

Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.

04jun23_news1_photo1

LAPORAN THRINA THAM / FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS


Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.

Dr Ng (kanan sekali) berucap di sidang pleno ketujuh di SLD 2023.

Dialog Shangri-La (SLD) yang merupakan Sidang kemuncak keselamatan terulung di rantau ini, menyaksikan para menteri pertahanan dari seluruh dunia berhimpun di Singapura untuk membincangkan cabaran keselamatan utama yang dihadapi di dunia hari ini.

Sidang kemuncak itu dihadiri 41 negara, dengan 48 perwakilan peringkat Menteri dan lebih 35 pegawai kanan pertahanan pada hujung minggu 2 hingga 4 Jun.

Peserta berperingkat tinggi termasuk Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd J. Austin III dan Ahli Majlis Negara China dan Menteri Jeneral Pertahanan Negara (JEN) Li Shangfu.

Berikut adalah beberapa perkara yang diketengahkan dalam dialog:

1. Singapura & Jepun menandatangani perjanjian tentang pemindahan peralatan & teknologi pertahanan

Encik Ong (kanan) dan Tuan Yang Terutama Ishikawa Hiroshi (kiri) memeteraikan perjanjian antara Singapura dan Jepun.

Singapura dan Jepun menandatangani perjanjian mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan. Ini adalah berikutan memorandum yang ditandatangani pada Jun 2022, yang mewujudkan struktur undang-undang untuk kegiatan import dan eksport peralatan dan teknologi pertahanan di antara kedua-dua negara.

Perjanjian itu akan memberi Angkatan Bersenjata Singapura lebih banyak opsyen untuk memenuhi keperluan latihan dan operasinya.

Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan) Melvyn Ong dan Duta Besar Jepun ke Singapura Tuan Yang Terutama Ishikawa Hiroshi memeteraikan perjanjian itu, disaksikan oleh Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Menteri Pertahanan Jepun Hamada Yasukazu.

2. Singapura & Filipina memeteraikan Persetujuan untuk memperkukuhkan kerjasama HADR

BG Fan (kanan) dan Encik Lorenzo (kiri) menandatangani perjanjian HADR antara Singapura dan Filipina.

Singapura dan Filipina menandatangani perjanjian untuk meneguhkan kerjasama semasa operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Ia menggariskan pengendalian pendidikan, bantuan latihan dan aktiviti sokongan semasa operasi tersebut, justeru memperdalamkan kerjasama pertahanan dua hala antara kedua-dua angkatan tentera.

Timbalan Setiausaha (Dasar) Singapura Brigedier-Jeneral Kelvin Fan dan Penolong Setiausaha Filipina Penilaian Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa Pablo M. Lorenzo menandatangani Persetujuan tersebut, disaksikan oleh Dr Ng dan Pegawai Bertanggungjawab Filipina dan Setiausaha Kanan Pertahanan Carlito Galvez Jr.

3. Dr Ng menjadi hos kepada 44 menteri pelawat dan wakil mereka dalam dua perbincangan meja bulat

Dr Ng mengadakan dua perbincangan meja bulat dengan 44 menteri pelawat, pada 3 dan 4 Jun.
Perbincangan meja bulat kedua pada 4 Jun.

Dr Ng menjadi tuan rumah kepada 29 menteri pelawat dan perwakilan mereka ke perbincangan meja bulat pada 3 Jun, dan 15 menteri pelawat lagi pada 4 Jun.

Para menteri berbual tentang pelbagai isu yang merangkumi isu perang Rusia-Ukraine kepada impak ketegangan AS-China terhadap rantau Asia-Pasifik.

Dalam wawancaranya dengan pihak media selepas perbincangan meja bulat 3 Jun, Dr Ng berkata: "Terdapat keikhlasan sebenar, keterdesakan, bahawa apa yang berlaku di Ukraine tidak boleh berlaku di Asia."

"Seperti yang diperkatakan oleh ramai menteri, jika peperangan meletus di Eropah dan Asia secara serentak, ia boleh menimbulkan bencana. Saya boleh mengatakan itulah perasaan yang wujud."

Menurut Dr Ng yang menyentuh tentang hubungan AS-China, kedua-dua kuasa besar itu telah menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan talian komunikasi yang terbuka. "Sebahagian daripada pertemuan dalam Dialog Shangri-La adalah untuk semua orang... sangat berharga dan suatu elemen yang tidak boleh digantikan... Hubungan ini adalah sangat penting."

4. Dr Ng bertemu dengan rakan sejawat dari seluruh dunia; menjadi hos bagi sarapan pagi FPDA

Dato' Seri Mohamad Hasan bertemu Dr Ng di luar SLD pada 2 Jun.

Dr Ng bertemu dengan rakan sejawatnya dari rantau ini dan seterusnya, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Mohamad Hasan pada 2 Jun.

Kedua-dua menteri itu menentusahkan dedikasi sesama mereka untuk memperkukuhkan kepercayaan, mengembangkan kerjasama, dan meningkatkan perkongsian antara kedua-dua pertubuhan pertahanan.

Menteri-menteri pertahanan FPDA menentusahkan komitmen mereka terhadap pengaturan itu.

Dr Ng juga menjadi hos bagi sarapan pagi untuk menteri pertahanan Persetujuan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) pada 3 Jun: rakan sejawatnya dari Australia, Malaysia, New Zealand dan United Kingdom.

Para menteri menentusahkan komitmen negara mereka terhadap FPDA dan memaklumkan kepentingan FPDA sebagai suatu penyusunan yang konstruktif, yang menjadi tunjang keselamatan dan kestabilan serantau.

5. Dr Ng menekankan kepentingan saluran komunikasi terbuka dalam ucapan plenonya

Dr Ng berucap di sidang pleno ketujuh pada 4 Jun.

Menurut Dr Ng, saluran komunikasi mesti diadakan untuk mengelakkan sebarang konflik antara negara.

Berucap di sesi pleno ketujuh yang bertajuk "Membangun Model untuk Keselamatan Koperasi", beliau mengatakan SLD telah berkembang sejak beberapa tahun, dengan lebih 600 utusan dari lebih 40 negara yang hadir pada 2023.

"Kami boleh berasa optimistik dengan perkembangan ini, yang menunjukkan negara-negara mengiktiraf keperluan dan nilai penglibatan secara bersemuka, bukan sahaja semasa keadaan dan hubungan adalah baik tetapi juga, dalam masa-masa yang sukar dan menduga kita semua."

Tambahnya lagi: "Saluran komunikasi – baik secara formal dan tidak formal – seharusnya wujud sekiranya berlaku insiden tidak dijangka, ia boleh digunakan untuk meredakan dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story