DIPLOMACY
MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN MENANDATANGI PERJANJIAN MENGENAI GARIS PANDUAN PERTEMBUNGAN UDARA, KERJASAMA BERTINDAK BALAS TERHADAP KEGANASAN
19 Oct 2018
10 menteri-menteri pertahanan Asean telah menandatangani Garis Panduan Komunikasi Antara Pesawat Tentera (GAME) untuk memperbaiki operasi keselamatan di landasan udara.
10 menteri-menteri pertahanan Asean telah menandatangani Garis Panduan Komunikasi Antara Pesawat Tentera (GAME) untuk memperbaiki operasi keselamatan di landasan udara.
Kod baru ini boleh digunakan apabila berlakunya pertembungan di antara pesawat tentera di atas lautan dan menjelaskan perlunya komunikasi yang sesuai, sambil mengekalkan jarak yang selamat dan mengelakkan dari membuat manuver yang melulu.
Rangka kerja ini melengkapkan Kod Pertembungan Di Luar Jangkaan (CUES), protokol untuk mengurangkan risiko kemalangan di kawasan maritim.
Ini adalah diantara dua inisiatif yang telah diutarakan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen sebagai Pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) awal tahun ini, iaitu kerjasama meningkatkan tindak balas terhadap keganasan (CT), dan meningkatkan kemampuan ASEAN dalam menangani ancaman kimia,biologi dan radiologi daripada kumpulan pengganas dan negara pengganas.
Majlis menandatangani Deklarasi Bersama itu diadakan di ADMM ke -12 pada 19 Oktober di Hotel Shangri-La. Mesyuarat ADMM-Plus ke 5 akan dijalankan pada hari ini. Lapan negara anggota adalah Australia, China, India, Japan, New Zealand, Rupublik Korea, Persekutuan Rusia dan Amerika Syarikat.
Menerangkan dengan lanjut mengenai deklarasi berikut, Dr Ng berkata Menteri-menteri ASEAN telah bersetuju untuk mengambil inisiatif Indonesia iaitu "Our Eyes" sebagai platform perkongsian bagi CT antara negera-negara ahli dan menyambut baik rangka kerja "Daya tahan, Tindak balas, Pemulihan" Singapura sebagai garis panduan. Menteri-menteri juga mencadangkan mengadakan simposium CT dengan lebih kerap untuk menangani ancaman berikut.
Dalam isu CBR, Dr Ng berkongsi yang menteri-menteri ASEAN telah menerima proposal Singapura untuk membentuk rangkaian ASEAN bagi pakar pertahanan CBR untuk berkongsi kaedah yang lebih berkesan untuk berkomunikasi semasa krisis.
Disamping itu juga, Dr Ng juga telah mengadakan dua perbincangan tidak rasmi ASEAN dengan China dan Amerika Syarikat.
Mengambil kira yang latihan maritim ASEAN-China akan dijalankan pada minggu depan di Zhanjiang, China, Dr Ng berkata China adalah rakan ASEAN yang kuat dan menanti-nanti penyertaan China di dalam ADMM-plus.
Dalam mesyuarat pertama beliau dengan menteri-menteri pertahanan ASEAN, Ahli Majlis Negeri dan Menteri Pertahanan Jeneral Wei Fenghe berkata yang CHINA komited dalam membina hubungan rapat dengan ASEAN.
"Dunia sedang membangun dengan pantas dan sedang melalui perubahan dan penyesuaian. China dan ASEAN adalah kuasa yang penting untuk mengekalkan keamanan, menggalakkan pembangunan dan meningkatkan kerjasama di rantau Asia Pasifik," kata Jeneral Wei.
Semasa makan tengah hari bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis, Dr Ng menekankan kepentingan penglibatan Amerika Syarikat di dalam rantau ASEAN.
Encik Mattis membalas dengan mengesahkan komitmen Amerika Syarikat terhadap rantau ASEAN ini dan menyambut baik latihan maritim perdana ASEAN-US, yang akan dijalankan pada 2019.
Kata beliau: "Sudah lebih 40 tahun, penglibatan US dengan ASEAN telah menjadi kuasa penyatuan… dan kami sangat komited untuk meneruskannya di masa hadapan. Amerika Syarikat akan sentiasa menjadi Negara Indo-Pasifik, dan minat kami pada rantau ini berkait rapat."
Dalam ucapan perasmian beliau di majlis makan mala Gala ADMM, Dr Ng berkata: "Adalah mustahil untuk kita semua bersetuju dalam semua perkara tetapi ia tidak perlu mejadi halangan untuk kita mencari titik persamaan untuk membina kepercayaan dan mencari jalan untuk bergerak kehadapan…. Kita semua mahu rakyat kita selamat dan menjadikan dunia ini selamat. Dan saya pasti itu yang menyatukan hubungan kita."
ALSO READ IN DIPLOMACY
17 negara melancarkan rangka kerja baharu untuk kerjasama infrastruktur dalam laut yang kritikal
30 May 2026
Dilancarkan di luar Dialog Shangri-La ke-23, GUIDE ialah rangka kerja baharu yang menyatukan negara-negara untuk kerjasama pertahanan dalam meningkatkan keselamatan Infrastruktur Dalam Laut Kritikal.
PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
01 Jun 2025
“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.







