DIPLOMACY
HUBUNGAN BAIK, PERSEFAHAMAN ADALAH KUNCI KESELAMATAN SERANTAU: DR NG
25 Oct 2018
"Adalah perlu untuk pemimpin angkatan tentera untuk menjalinkan hubungan baik, persefahaman dan keyakinan melalui interaksi pelbagai peringkat…..membina hubungan peribadi terbukti sangat berguna (dalam) mengurangkan ketegangan dan mengelakkan pertikaian."
"Adalah perlu untuk pemimpin angkatan tentera untuk menjalinkan hubungan baik, persefahaman dan keyakinan melalui interaksi pelbagai peringkat…..membina hubungan peribadi terbukti sangat berguna (dalam) mengurangkan ketegangan dan mengelakkan pertikaian."
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menegaskan hal ini pada Forum Xiangshan Beijing yang Ke-lapan pada 25 Okt, di mana beliau berucap pada sesi pleno yang pertama bertajuk Tadbir Urus Keselamatan Antarabangsa: Pendekatan dan idea-idea baru.
Beliau adalah salah seorang panel antaranya termasuk Timbalan Menteri Ehwal Luar China Zhang Hanhui, Menteri Pertahanan Vietnam Jeneral Ngo Xuan Lich, Menteri Pertahanan Serbia Aleksandar Vulin dan Timbalan Menteri Kementerian Angkatan Tentera Rakyat, Republik Rakyat Demokratik Korea Kolonel-Jeneral Kim Hyong-ryong.
Memandangkan negara-negara ahli Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan )ADMM-Plus telah bersetuju untuk berjumpa setiap tahun, Dr Ng menekankan tentang pertambahan penglibatan di antara tentera untuk menjalankan latihan.
Beliau menambah: "Sejak penubuhannya pada 2010, ADMM-Plus telah menjalankan tujuh latihan padang yang telah melibatkan seramai 12,000 kakitangan tentera." ADMM ke-12 dan ADMM-Plus yang ke-5 telah diadakan di Singapura pada 19 dan 20 Oktober.
"Perkembangan yang positif ini memberi kita galakan untuk menghadapi isu-isu isu-isu dua hala atau pelbagai hala, yang tidak boleh kita pinggirkan, dengan fikiran yang ia akan hilang atau selesai dengan sendirinya."
Di dalam ucapan beliau, Dr Ng juga menyokong China untuk "meneruskan dan meningkatkan penglibatan, seperti di dalam forum ini, ADMM-Plus dan di Dialog Shangri-La."
Beliau menyedari "sebagai suatu kuasa yang sedang meningkat naik, pembangunan China memberi manafaat pada China, rantau ini dan seluruh dunia," tetapi menambah yang kesejahteraan China dan dunia adalah saling bergantung.
"Walaupun China besar dan terdedah, ia memerlukan dunia, dan dunia juga memerlukan China… (China) tidak boleh berkembang secara berasingan."
Forum Beijing Xiangshan adalah anjuran bersama Akedemi Sains Ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat dan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa China. Antara topik lain yang dibincangkan semasa forum tahunan ini termasuk peranan ketenteraan di dalam tadbir urus global, kerjasama keselamatan maritim dan ancaman pengganas dan langkah balas antarabangsa.
Dr Ng kini berada di China untuk lawatan 5 hari dari 22 hingga 26 Oktober. Beliau telah melawat Latihan Maritim ASEAN-CHINA pada 23 Oktober, dan mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Negeri dan Menteri Pertahanan Negara Wei Fenghe pada 24 Oktober di Bangunan Bayi.
ALSO READ IN DIPLOMACY
17 negara melancarkan rangka kerja baharu untuk kerjasama infrastruktur dalam laut yang kritikal
30 May 2026
Dilancarkan di luar Dialog Shangri-La ke-23, GUIDE ialah rangka kerja baharu yang menyatukan negara-negara untuk kerjasama pertahanan dalam meningkatkan keselamatan Infrastruktur Dalam Laut Kritikal.
PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
01 Jun 2025
“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.
DIALOG SHANGRI-LA MEMPERLIHATKAN PERBINCANGAN TERUS TERANG BERKAITAN ISU KESELAMATAN
04 Jun 2023
Dialog Shangri-La ke-20, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun, menyaksikan para menteri dari seluruh dunia bertemu di Singapura untuk membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang penting.




