TEMAN SAYA, TEMAN KARIB SAYA, KEMBAR SAYA

01mar22_news1_photo1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01mar22_news1_photo1a.jpg?sfvrsn=63898e3f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMAN-SAYA-TEMAN-KARIB-SAYA-KEMBAR-SAYA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMAN-SAYA-TEMAN-KARIB-SAYA-KEMBAR-SAYA
TEMAN SAYA, TEMAN KARIB SAYA, KEMBAR SAYA
01 Mar 2022 | PEOPLE

TEMAN SAYA, TEMAN KARIB SAYA, KEMBAR SAYA

// KISAH THRINA THAM

// FOTO AMOS CHEW & IHSAN ME4 ASHLEYNA DAN ME4 ANGELINA

Adik-beradik kembar ini sentiasa bersama-sama sejak dari sekolah rendah hingga universiti, dan juga teman seanggota BMT. Walaupun mereka berada dalam skuadron berbeza dan kini masing-masing sudah rumahtangga, ikatan hubungan mereka masih tetap erat.

ME4 Ashleyna (kiri) dan ME4 Angelina masing-masing berkhidmat di 801 SQN dan 110 SQN. Mereka berdua bekerja sebagai Jurutera Tentera Udara.

Bercakap tentang ikatan telepati. Pasangan kembar ini bukan sahaja mempunyai iras yang sama dan nama yang serupa, malahan mereka juga hamil pada masa yang sama!

Selain itu, anak-anak lelaki ME4 Ashleyna Foo dan ME4 Angelina Foo yang berusia empat tahun dilahirkan hanya selang 12 hari. ME4 Angelina juga ada anak lelaki yang lebih muda berusia 18 bulan.

"Kami bertemu setiap hujung minggu untuk mendaki atau gim bersama, jadi anak-anak kami sangat rapat," kata ME4 Ashleyna.

Bagi ME4 Angelina (kiri) dan ME4 Ashleyna, mempunyai kembar dalam angkatan tentera bermakna mempunyai seseorang yang memahami pengalaman mereka dan boleh bersembang dengan mudah.

Pasangan kembar itu telah mendaftar di Tentera Udara Republik Singapura pada 2009 di bawah Skim Politeknik Bersama. Pada 2012, mereka telah ditempatkan ke Skim Pakar Bidang Ketenteraan Kanan dan melanjutkan pengajian Sarjana dalam Avionik, tinggal dan belajar di United Kingdom selama empat tahun bersama-sama.

Kini, ME4 Ashleyna – kembar yang tiga minit lebih tua– berkhidmat sebagai Pegawai Keselamatan Unit/Pegawai Bertanggungjawab di 801 SQN, menjaga penjanaan Pesawat Tanpa Pemandu di sana.

Manakala, ME4 Angelina adalah Pegawai Pemerintah di 110 SQN, menyelia sistem perang elektronik aset RSAF.

Walaupun mereka menyandang jawatan yang berasingan, adik-beradik yang berusia 34 tahun, kekal rapat seperti biasa. Apabila seseorang memerlukan bantuan, yang seorang lagi pula berada hanya sepelaung sahaja.

Apakah kebaikan adanya kembar anda dalam Tentera Udara?

Angel: Kami menimba pengalaman yang berbeza dalam masa yang berlainan– saya pergi ke pangkalan dahulu (sebagai Pegawai Bertanggungjawab di 817 SQN) manakala dia pula bertugas sebagai Pegawai Staf di Jabatan Kejuruteraan Udara & Logistik.

Jadi, apabila tiba gilirannya untuk pergi ke pangkalan, dia akan menghubungi saya dan bertanya tentang pengalaman saya. Apabila saya ada persoalan tentang tenaga kerja sebagai Pegawai Staf, saya juga akan mendapatkan nasihatnya.

Ashley: Apabila saya menjalani detasmen Exercise Forging Sabre pada 2019, saya perlu menyemak sesuatu yang tidak dapat saya akses melalui intranet pejabat. Saya akan menelefonnya di rumah dan berkata, "Eh, boleh tolong semak ini untuk saya" dan saya akan dapatkan maklumat yang dikehendaki.

Angel: Ya, apabila anda menyusahkan orang lain anda akan berasa paiseh (malu) tetapi dengan adik sendiri, lebih mudah. Anda boleh menelefon pada bila-bila masa, walaupun ada perbezaan masa.

ME4 Ashleyna (kanan sekali) dan ME4 Angelina (dua dari kanan) pada Perbarisan Tamat Pengajian BMT mereka pada 2011.

Anda telah menjalani Latihan Tentera Asas (BMT) bersama-sama pada 2011. Bagaimana keadaan pada masa itu?

Angel: Seluruh pengalaman menjadi lebih mudah kerana kami tahu kami boleh saling bergantungan. Kami sebenarnya rakan baik; semasa perbarisan laluan kami akan berdiri sebelah-menyebelah dan menggalakkan satu sama lain.

Ashley: Angel juga mengalami masalah dengan lututnya (kerana terkehel sebelum ini) dan selepas dua hingga tiga minggu pertama BMT, lututnya mula berasa sakit lagi. Dia akan berasa segan jika terpaksa bergantung pada orang lain tetapi kerana dia adik saya, saya tahu apa yang dia alami, jadi saya akan membantunya.

Apakah yang kembar anda boleh lakukan lebih baik daripada anda?

Angel: Ashley lebih cenderung kepada akademik. Sepanjang pengajian universiti kami, dia selalu mengajar saya.

Ashley: Angel lebih kreatif dan lebih mesra bergaul. Dialah yang akan mengatur pertemuan dengan rakan-rakan dan saya akan ikut sahaja dengan senang hati.

Angel: Di poli, kami berada di kelas yang berbeza tetapi dia akan ikut bersama rakan-rakan saya.

*Kedua-duanya bergelak*

Ashley: Justeru, kami saling melengkapi.

ME4 Ashleyna (kiri) dan ME4 Angelina bertukar kepada skim Pegawai pada 2012 dan menuntut pengajian dalam bidang Avionics di United Kingdom.

Menurut anda ada beberapa rakan skuadron yang tidak dapat mengecam anda berdua apabila mereka bertemu dengan salah seorang di pangkalan udara. Bagaimana pula dengan anak-anak anda – adakah mereka pernah tersilap mengecam anda?

Angel: Tidak, mereka tidak. Tetapi bila seseorang tiada, anak-anak akan bermanja dengan kembar yang lain. Sebagai contoh, Ashley tahu rutin anak lelaki saya, jadi bila saya terlalu sibuk memberi perhatian kepada abangnya, dia akan tahu bila masanya untuk memberi susu kepada anak kecil saya.

Tetapi mereka boleh membezakan kami berdua walaupun dalam foto. Sekiranya saya menunjukkan foto kami kepada anak saya dan bertanya, "Yang inikah Ibu? Dia menjawab dengan tepat, "Yang ini Yi Yi (Mak Cik), bukan Ibu!" (bergelak) 


Saksikan aksi pasangan kembar ini dalam "Cabaran BFF", di mana mereka menguji telepati kembar mereka dan berkongsi lagi tentang masa mereka dalam Tentera Udara!

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
01 Mar 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
01 Mar 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
01 Mar 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
01 Mar 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
01 Mar 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
01 Mar 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
01 Mar 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
01 Mar 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
01 Mar 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
01 Mar 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.