PASANGAN SEJOLI, PENGEMBARA, PEMBELA

14feb22_news1_herobannerc https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14feb22_news1_herobannerc.jpg?sfvrsn=96b5fa71_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASANGAN-SEJOLI-PENGEMBARA-PEMBELA
PASANGAN SEJOLI, PENGEMBARA, PEMBELA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PASANGAN-SEJOLI-PENGEMBARA-PEMBELA
14 Feb 2022 | PEOPLE

PASANGAN SEJOLI, PENGEMBARA, PEMBELA

SV1 George Wall dan SV(T) Chika Imakita mempunyai minat dalam pengembaraan.

//KISAH BENITA TEO

// FOTO KPL ONG JI XUAN DAN IHSAN IHSAN SAFVC  DAN SV1 WALL

SV1 Wall (kiri) dan SV(T) Chika memulakan pengembaraan baharu bersama-sama sebagai Sukarelawan SAFVC.
English 华文
English 华文

Apabila suami Chika Imakita menawarkan diri untuk melatihnya dalam larian, dia bersetuju. Lama-kelamaan, "bukan pelari" itu giat berlumba dalam maraton dan triatlon. Lama-kelamaan, "bukan pelari" itu giat berlumba dalam maraton dan triatlon.

Justeru, apabila Sukarelawan SAFVC (SV) 1 George Wall, 47, mengajaknya untuk menyertainya dalam Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC), dia menaruhkan kepercayaan kepadanya sekali lagi dan menjawab ya. Tetapi kali ini, pengalaman yang ditimba adalah di luar jangkaannya.

SV(T) Chika (kiri) dan SV1 Wall di Triatlon Bintan pada 2014. SV1 Wall yang mula sekali mendorong SV(T) Chika mula berlumba.

"Latihan Asas yang dijalani merupakan sesuatu yang paling sukar pernah saya lakukan dalam hidup saya! Dan saya telahpun mendaki Gunung Kilimanjaro, iaitu kemuncak yang amat tinggi bagi pendaki pertama kali!

"Apabila saya pulang pada hujung minggu, saya memberitahu George saya mungkin tidak sanggup untuk meneruskannya lagi!" ujar Sukarelawan SAFVC (Pelatih) [SV(T)] Chika yang berusia 45 tahun, yang sering mengatakan dia adalah pelatih tertua dan paling pendek dalam kelompoknya.

SAFVC merupakan skim sukarelawan beruniform yang menawarkan peluang kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap untuk menyumbang kepada pertahanan negara, memberi sokongan dan memahami tentang Perkhidmatan Negara dengan lebih mendalam. (Lawati laman web SAFVC untuk maklumat selanjutnya.)

Sokongan SV1 Wall yang tenang dan teguh yang mendorong SV(T) Chika untuk melepasi cabarannya. Selain itu, personalitinya yang cergas dan bersemangat yang memacunya untuk melangkaui zon selesa dan mengejar kegemarannya.

SV1 Wall dan SV(T) Chika di majlis perkahwinan mereka di Singapura pada 20 Mac 2016.

Hai SV1 Wall dan SV(T) Chika! Ceritakan bagaimana anda berdua bertemu!

SV(T) Chika: George dan saya bertemu pada 2011, di Jumbo Seafood di East Coast. Bekas rakan sekerja saya sedang melawat dari Hong Kong, dan mengajak saya untuk makan malam. George pernah bermain hoki dan mempunyai kawan yang sama dengan bekas rakan sekerja saya. Dia datang dengan gadis lain, jadi saya pun fikir dia sudah ada teman wanita.

SV1 Wall: Rupa-rupanya, temannya adalah rakan pemain hoki! Tetapi saya kemudiannya menemui Chika di Facebook dan mula bersembang dengannya.

SV(T) Chika: Dia mengajak saya keluar minum kopi. Kemudian kami mula berlari bersama-sama. Dia melatih saya sehingga saya dapat melengkapkan satu maraton. Kami juga pergi ke Cape Town Marathon pada 2012 atau 2013. Kami selalu berlari jauh pada petang Sabtu dan kemudian pergi keluar minum selepas itu. Begitulah kami berkawan.

Pada 2014, saya melawat ibunya di United Kingdom (UK), dan ketika itulah kami mula berpacaran secara rasmi.

George adalah seorang yang mesra lagi peramah dan baik hati, sangat baik sehingga saya tidak sangka dia menaruh minat dengan saya pada mulanya. Sebagai teman, saya amat mempercayainya.  Kami juga mempunyai nilai dan keutamaan yang sama dalam kehidupan. Dia seorang yang sangat sabar, terutamanya bila saya berasa penuh emosi.

SV1 George: Saya lelaki Inggeris yang tipikal. (bersenyum)

Pasangan itu semasa di raptai Perbarisan Hari Kebangsaan 2019. SV(T) Chika berpindah ke Singapura dari Jepun pada 2005 apabila syarikatnya, UPS, menempatkannya ke sini. SV1 Wall juga datang ke Singapura pada 2008 atas urusan kerja dan kini mengendalikan Asgard Project Solutions, sebuah syarikat perundingan pembinaan milikan sendiri.

Kami dengar kisah lamaran anda agak…menarik!

SV(T) Chika: Kami sudah agak berumur semasa mula berpacar. Selepas setahun, saya memberi kata dua kepadanya. Saya kata: "Ini tempahan saya untuk janji temu pantas. Jika anda tidak akan melamar dalam masa terdekat, kami akan berpisah!” Kemudian dia pula menjawab: "Ok, saya akan melamar, saya akan melamar!" Saya "memaksa" dia melamar saya!

Dia melamar saya di sebuah istana di Vienna, Austria pada 2015, semasa lawatan untuk meraikan hari lahir saya yang ke-39. Dan tidak lama kemudian, kami berkahwin kerana saya telah mengatakan, saya ingin berkahwin sebelum mencecah usia 40 tahun. Kami mengadakan sebuah majlis kecil di Singapura pada Mac 2016 bersama keluarga dan rakan terdekat kami.

Anda bagaikan pasangan sejoli yang gemar mengembara!

SV1 Wall: Triatlon adalah hobi saya. Itulah antara sebab kami suka menetap di Singapura – ia sebuah tempat yang baik untuk berenang dan berlari. Sebelum COVID-19, kami sering ke Desaru di Malaysia untuk berbasikal atau Bintan di Indonesia untuk berlumba. Pada hal, saya telah mendaftar untuk perlumbaan Ironman di Sepanyol pada Mei tahun ini. Harap-harap kami dapat pergi ke sana untuk menyertainya.

SV(T) Chika: Saya seorang yang sentiasa cergas dan melakukan yoga dan pilates, tetapi saya tidak begitu aktif sehinggalah saya bertemu George. Dia yang mengajak saya untuk menyertai triatlon. Saya pernah bertanding dalam perlumbaan Ironman bersama-samanya. Saya akan menyertainya di Sepanyol untuk memberi sokongan – menyokongnya juga suatu tugasan yang penting!

Pasangan itu berada di majlis tamat kursus Latihan Asas SV1 Wall pada 2019.

Bagaimanakah anda menyertai SAFVC bersama-sama?

SV1 Wall: Saya masih ingat perytama kali terjumpa iklan SAFVC di perhentian bas di sepanjang Marine Parade! Saya memang minat menyertai angkatan tentera – saya berada dalam Kadet Tentera semasa menuntut di UK. Tetapi saya patah pergelangan kaki saya semasa kursus payung terjun untuk bakal pegawai ketika berusia 17 tahun, dan seterusnya gagal dalam ujian kecergasan. Akhirnya, saya membina kerjaya awam, tetapi ia masih dalam fikiran saya.

Saya berdaftar di SAFVC pada September 2019 dan melengkapkan penempatan pertama saya sebagai Anggota Pasukan Keselamatan di Kem Clementi pada Januari ini.

Singapura adalah rumah saya, dan saya ingin memainkan peranan untuk menyumbang kepada pertahanan negara. Saya juga bertemu dengan anggota perkhidmatan negara dan memahami apa yang mereka alami dalam Perkhidmatan Negara.

SV1 Wall dan SV(T) Chika di pendaftaran SAFVC masing-masing. SV1 Wall bertugas sebagai Anggota Pasukan Keselamatan manakala SV(T) Chika akan berlatih untuk menjadi Pemeriksa Perkhidmatan Runcit.

SV(T) Chika: George memang menginspirasikan saya untuk mengambil bahagian. Dia telah mempengaruhi saya sebelum ini untuk menyertai larian, maraton dan triatlon. Saya akhirnya menikmati kesemuanya, dan ia memberi saya rasa kepuasan, jadi saya pun berfikir untuk mencuba ini juga. Dan saya yakin apa yang menarik minatnya adalah bagus untuk kami juga. Singapura telah banyak memberi kepada saya, dan saya ingin memberi sumbangan kepada negara ini juga.

Saya memohon sebelum George, tetapi pemeriksaan perubatan saya mengambil lebih masa, dan saya juga perlu menjalani temu duga tambahan untuk kerjaya yang saya pilih (iaitu Pemeriksa Perkhidmatan Runcit). Saya baru tamat kursus Latihan Asas saya pada September tahun lepas.

Pengalaman itu menjadikan saya rendah diri kerana saya sedar Singapura adalah negara yang aman, berkat usaha anggota SAF. Kami juga ingat untuk tidak mengambil mudah dedikasi orang yang menyumbang kepada keselamatan kami.

Adakah sebagai sukarelawan yang sudah berusia menghalang anda daripada mendaftar?

SV(T) Chika: Sebaliknya, had umur menjadi pendorong! Akhirnya, saya kata, usia anda 45 tahun ini, jika anda tidak memohon sekarang, anda tidak akan berjaya! Dia menyuarakan hasrat minatnya, tetapi dari setahun ke setahun, dia masih belum memohon. Akhirnya, saya kata, usia anda 45 tahun ini, jika anda tidak memohon sekarang, anda tidak akan berjaya! Oleh itu baik juga ada hadnya kerana ia mendorong kami untuk terus bertindak.

SV(T) Chika, adakah SV1 Wall memberi anda apa-apa tip untuk mengharungi kursus Latihan Asas?

SV(T) Chika: George diberitahu agar tidak mendedahkan terlalu banyak, supaya saya dapat mengalaminya sendiri! Tetapi dia memberitahu saya untuk berlatih melakukan tekan tubi. Kami juga berlari dengan membawa beban, untuk sedia membawa beban iLBV (Ves Galas Beban Bersepadu). Dia juga membantu saya menggosok pakaian saya dan mengajar saya melipat lengan baju saya.

Berkhidmat bersama di SAFVC telah menambahkan satu lagi dimensi terhadap hubungan pasangan itu, kata SV(T) Chika.

Apakah yang paling menarik tentang menjadi pasangan SAFVC?

SV1 Wall: Kami dapat berkongsi tip tentang SAF, seperti cara mengemas pek lapangan kami. Tetapi sukar apabila kami terpaksa meluangkan masa berasingan untuk latihan atau pengerahan, kerana kami sering bersama.

SV(T) Chika: Perkongsian pengalaman ini telah memberi suatu kedalaman tambahan terhadap hubungan kami. Kami bukan setakat pasangan yang biasa, malahan kami adalah pasangan yang bertekad untuk menyumbang kepada azam yang lebih tinggi dan untuk berkhidmat bersama. Ia mengeratkan lagi hubungan kami. Dan seronok juga bersembang tentang peristiwa yang mencuit hati atau jurulatih kami yang sama. Yang payahnya ialah kami kini ada dua set peralatan, yang mengambil banyak ruang dalam rumah! (bergelak)

Suggested Reading
GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
14 Feb 2022

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
14 Feb 2022

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
14 Feb 2022

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.

KISAH PENERBANGAN SUPER PUMA
PEOPLE
14 Feb 2022

Juruterbang helikopter MAJ (Bersara) Robert Tan yang bersara adalah antara beberapa kumpulan pertama juruterbang Super Puma terlatih tempatan. Kereta sukan atau bas lancar – teka kenderaan yang dia ibaratkan pesawat itu?

Pertahanan Mutlak adalah kewajipan setiap perniagaan Singapura
PEOPLE
14 Feb 2022

Setelah mengalami komitmen yang menuntut Perkhidmatan Negara, LTC (NS) Suhaimi Zainul-Abidin dan Encik Gaurav Keerthi berkongsi mengapa penting bagi setiap perniagaan Singapura untuk menyokong NSmen mereka.

Cover story
Dia mendaki gunung berapi bersama rakan OCS & menulis buku tentang NS
PEOPLE
14 Feb 2022

LTC (NS) Leow Kah Shin dan rakan-rakan NSnya pergi ke "Latihan Longwalk" tahunan sebagai komitmen untuk melakukan sesuatu yang mencabar bersama-sama. 

Memetakan laluan mereka di langit
PEOPLE
14 Feb 2022

Dari semangat kepada penerbangan: Pelajar Cherie Goh dan Alexey Cher memenuhi aspirasi zaman kanak-kanak mereka untuk mencapai "sayap" mereka. 

Lawatan perisai Ayah di tempat kerja!
PEOPLE
14 Feb 2022

Dalam acara istimewa PIONEER Kids tahun ini, Mejar Justin Tan membawa tiga anaknya – Danielle, Thaddeus dan Asher – dalam pengembaraan tentera di Home of the Armour.

Feature
PERTAMA DI LATIHAN WALLABY 2024
PEOPLE
14 Feb 2022

Lelaran terbesar latihan luar negara unilateral terbesar SAF juga menandakan kemunculan sulung beberapa aset baharu dan model latihan.

Dia adalah salah seorang anggota kapal selam wanita pertama RSN
PEOPLE
14 Feb 2022