DIPLOMACY

MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN ANGKATAN TENTERA LAUT DI IMDEX ASIA

15 May 2019

"Kami menghadapi pelbagai ketegangan di dunia hari ini, dan cara terbaik untuk mencapai kestabilan dan mengatasi beberapa risiko... adalah untuk melakukan yang terbaik untuk mengukuhkan platform multilateral dan pemahaman multilateral."

1_NKN_2455

// LAPORAN CHIA CHONG JIN 

// GAMBAR CHAI SIAN LIANG & KENNETH LIN


Encik Heng (kiri) di atas kapal INS Kolkata, Kapal pemusnah peluru berpandu stealth kelas Kolkata kepunyaan Angkatan Tentera Laut India.
Encik Heng (kanan) bertemu dengan anggota tentera di atas kapal KRI Halasan Angkatan Tentera Laut Indonesia, sebuah kapal serang kelas Sampari.
Encik Heng (kiri) menerima tanda penghargaan di atas kapal ROKS Choi Young, sebuah kapal pemusnah kelas Chungmugong Yi Sunsin di dalam Angkatan Tentera Laut Korea Selatan.
Laksamana Muda Proctor gembira dengan peluang yang diberikan oleh IMDEX Asia 2019 untuk membantu menyelesaikan masalah dalam domain maritim.
Laksamana Charchat mendapati IMDEX Asia 2019 merupakan platform yang berguna untuk melihat teknologi-teknologi baru.
Encik Heng (kanan) berinteraksi dengan beberapa anggota-anggota tentera Laut dari negara asing.

"Kami menghadapi pelbagai ketegangan di dunia hari ini, dan cara terbaik untuk mencapai kestabilan dan mengatasi beberapa risiko... adalah untuk melakukan yang terbaik untuk mengukuhkan platform multilateral dan pemahaman multilateral."

Itu adalah kenyataan Menteri Kanan Kementerian Pertahanan Heng Chee How di majlis koktel Kapal Perang Antarabangsa yang diadakan di RSS Singapore - Pangkalan Laut Changi pada malam 15 Mei.

Menekankan pentingnya pengukuhan ikatan melalui Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa (IMDEX) Asia, Encik Heng berkata: "(IMDEX) adalah suatu majlis ... di mana anda menghimpunkan pakar-pakar, anggota tentera, Tentera Laut, pengawal pantai, ahli akademik, (dan juga) industri, dari segi pameran, dan juga perbincangan. "

Beliau menambah bahawa perhimpunan itu juga membina persefahaman bersama dan memperkuat ikatan komunikasi.

Encik Heng menyertai panglima-panglima angkatan tentera laut, pengarah-pengarah pantai dan wakil-wakil dari lebih dari 40 buah negara yang berada di atas Kapal Pendarat Kereta Kebal kelas Endurance RSS Persistance milik Angkatan Tentera Republik Singapura (RSN) untuk majlis perasmian, sebagai sebahagian daripada IMDEX Asia ke-12.

Laksamana Muda (RA) David Proctor, Panglima Pasukan Angkatan Laut Diraja New Zealand, merasakan bahawa IMDEX memainkan peranan penting dalam pemeliharaan domain maritim.

"(IMDEX membenarkan) peluang yang hebat untuk bercakap dengan Panglima-panglima Angkatan Laut yang lain dan ketua-ketua pasukan maritim," kata RA Proctor. "Sepanjang masa saya di IMDEX, kami membincangkan pengurusan profesional dalam domain maritim, dan mengadakan perbincangan mengenai komuniti maritim global, dan bagaimana kami perlu mengekalkan domain maritim itu untuk kegunaan setiap orang."

Beliau juga mengatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau menghadiri IMDEX, dan ia berfungsi sebagai platform untuk bertemu rakan-rakan lama yang mana beliau pernah bekerjasama sebelum ini, dan bagaimana mereka diberi peluang untuk membincangkan penyelesaian bagi masalah-masalah yang berterusan dalam domain maritim semasa .

Laksamana (ADM) Charchat dari Angkatan Laut Diraja Thailand bersetuju dengan RA Proctor, dan berkata: "Ia adalah satu pengalaman yang menarik untuk berada di IMDEX, dan ia (memberi kami) peluang yang baik untuk melihat sesuatu seperti teknologi baru."

Ia juga kali pertama Laksamana Charchat menghadiri IMDEX, dan beliau menambah: "Saya dapat bertemu dengan banyak pegawai-pegawai dari seluruh dunia, dan itu adalah ... suatu pengalaman yang hebat."

Encik Heng dan Panglima Pasukan Tentera Laut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh tentera laut dari pelbagai negara semasa majlis koktel, dan mereka juga menyaksikan majlis matahari terbenam, tradisi tentera laut di mana para pelaut menandakan berakhirnya hari tersebut.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story