PEOPLE
LELAKI MYSTERY (MACHINE) SINGAPURA
16 Sep 2020
Jika anda menyaksikan mobile column Perarakan Hari Kebangsaan di Upper Changi Road, anda mungkin ternampak kereta Mr Bean yang ikonik di seberang jalan.
Kereta Austin Mini berwarna hijau limau yang mengibarkan bendera Singapura dimiliki oleh pengumpul koleksi kereta vintaj, Clarence Tan.
"Saya dengan anak-anak saya mengejar mobile column dengan kereta, dan kebetulan saya berada di seberang jalan dari kereta kebal," kenang Encik Tan.
"Terdapat sekatan jalan raya, jadi saya keluar dari kereta dan mengambil gambar kereta saya berlatarbelakangkan kereta kebal."
Ini merupakan rujukan nakal kepada adegan klasik daripada siri komedi Mr Bean, di mana keretanya dihancurkan oleh kereta kebal semasa hari terbuka sekolah.
Selepas Encik Tan memuatnaikkan foto itu di halaman Facebook-nya, ia disiarkan pula oleh berita tempatan dan tapak media Mothership.sg serta menjadi tular.
Menghidupkan kereta ikonik
Ia bermula pada Disember 2018 apabila awalan SLW ditawarkan untuk pendaftaran. Memandangkan kereta asal Mr Bean mempunyai nombor plat SLW287, Encik Tan membida untuk nombor tiga digit.
Selepas mendapat pendaftaran nombor tersebut, dia mengecat kereta Mini Cooper yang asalnya berwarna merah itu menjadi hijau limau - seperti kereta yang dipandu oleh Rowan Atkinson sebagai Mr Bean. Kosnya ialah lebih kurang $4,500.
Yang selebihnya dia melakukannya sendiri - memasang brek baharu, memasang rak stereng, menaik taraf gantungan dan membuat pendawaian semula wayar elektrik kereta. Selepas 14 bulan membaik pulih, kereta itu akhirnya siap pada November 2019.
Kereta Mr Bean milik oleh Encik Tan bukan satu-satu kereta yang boleh menjadi tajuk utama berita. Lelaki berusia 38 tahun itu juga pemilik Mystery Machine daripada siri kartun Scooby-Doo.
Kenderaan asas untuk projek ini, van Daihatsu, telah dibeli pada Februari 2019. "Saya membuat keputusan untuk membelinya hanya selepas melihat dua gambar kerana bentuknya sama dengan permainan Mystery Machine!"
Selepas berbelanja $2,500 untuk balutan van agar kelihatan seperti kenderaan Scooby-Doo yang asal, Encik Tan membetulkan beberapa bahagian mekanikal dan versi Mystery Machine ini sedia untuk dipandu di jalan raya pada April 2019.
Ia bermula semasa dia dalam Tentera
Bapa kepada tiga orang anak - dengan seorang lagi bakal dilahirkan! - berkongsi bahawa minatnya dalam kenderaan bermula semasa Perkhidmatan Negara (NS). Selepas Latihan Tentera Asas, dia ditugaskan ke Institut Kelengkapan dan Latihan Kejuruteraan di mana dia dilatih untuk membaiki Land Rover Defender dan trak tiga tan.
Dia kemudiannya dilatih sebagai mekanik pemulihan di Batalion Penyelenggaraan Bantuan Terus ke-9 (sekarang dikenali sebagai Pangkalan Penyelenggaraan Tentera ke-9) dan memandu kenderaan pemulihan MB2636.
"Saya belajar mengenali kebanyakan daripada bahagian kenderaan dan memahami fungsi bahagian kenderaan dan bagaimana untuk menggantinya," terang Encik Tan, yang memegang pangkat Sarjan 3.
"(Pengetahuan) ini membantu saya semasa saya membaiki kereta Mr Bean dan Mystery Machine."
Kekal berdisiplin
Dia mungkin telah (menyertai Simpanan MINDEF) pada 2018, namun disiplin ialah sesuatu yang dia telah amalkan sejak zaman NS lagi.
Apabila membaiki kenderaan tentera, dia perlu mendokumenkan pelbagai langkah yang dibuat. Encik Tan mengikuti proses yang sama semasa membaiki kereta Mr Bean, mencatatkan apa yang dibuang atau dimasukkan untuk rujukan mudah.
Dia juga menyimpan rekod yang teliti bagi perbatuan dan kerja-kerja penyelenggaraan keretanya.
Apakah perbezaan antara membaiki kereta tentera dan kereta vintaj? Kereta vintaj lebih bermasalah, kata Encik Tan.
Ini kerana dalam Tentera, "bahagian yang anda pesan datang terus dari kilang dan selalunya ia bahagian yang betul," dia menerangkan.
"Membaiki kereta anda sendiri memerlukan banyak kajian dan perancangan. Terdapat banyak percubaan apabila membeli bahagian bagi memastikan ia padan."
Jalan ke hadapan
Hari ini, Encik Tan memandu kereta Mr Bean dua kali sebulan dan Mystery Machine tiga kali dalam seminggu pada hari biasa.
Selain membuat penampilan di penggambaran perkahwinan beberapa orang kawannya, Mystery Machine juga telah baru-baru ini digunakan oleh Warner Brothers Singapore sebagai alatan untuk mengiklankan Scoob!, filem terbaharu Scooby-Doo.
Dia tidak berniat untuk berhenti melayani minatnya dalam masa terdekat ini; dia sedang mengusahakan projek ketiganya - untuk mengubah kereta Volkswagen Beetle 1969 menjadi Herbie, kereta lumba yang memiliki personalitinya sendiri daripada siri filem Herbie.
Membetulkan kereta adakalanya membosankan, tetapi Encik Tan mendapat kepuasan apabila segala yang diusahakan menjadi kenyataan dan mendatangkan kegembiraan kepada orang ramai.
"Ketika pembuat kereta sibuk mencapai penjimatan Berapa Batu bagi Segelen Petrol, saya menukar kereta untuk lebih dekat dengan hati orang ramai. Jadi saya berusaha untuk mencapai Senyuman bagi Setiap Gelen."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

