DIPLOMACY

HUBUNGAN BAIK, PERSEFAHAMAN ADALAH KUNCI KESELAMATAN SERANTAU: DR NG

25 Oct 2018

"Adalah perlu untuk pemimpin angkatan tentera untuk menjalinkan hubungan baik, persefahaman dan keyakinan melalui interaksi pelbagai peringkat…..membina hubungan peribadi terbukti sangat berguna (dalam) mengurangkan ketegangan dan mengelakkan pertikaian."

25oct18_news1

// LAPORAN & GAMBAR Jill Tan from Beijing, China


Didalam ucapan beliau di forum, Dr Ng menyokong China untuk terus meningkatkan penglibatan di rantau ini dan seluruh dunia.
Dr Ng (kiri) bertukar-tukar ucapan dengan Kolonel-Jeneral Kim di dalam forum pada 25 Oktober.
Dr Ng (kiri) bersama Jeneral Wei di Bangunan Bayi.

"Adalah perlu untuk pemimpin angkatan tentera untuk menjalinkan hubungan baik, persefahaman dan keyakinan melalui interaksi pelbagai peringkat…..membina hubungan peribadi terbukti sangat berguna (dalam) mengurangkan ketegangan dan mengelakkan pertikaian."

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menegaskan hal ini pada Forum Xiangshan Beijing yang Ke-lapan pada 25 Okt, di mana beliau berucap pada sesi pleno yang pertama bertajuk Tadbir Urus Keselamatan Antarabangsa: Pendekatan dan idea-idea baru.

Beliau adalah salah seorang panel antaranya termasuk Timbalan Menteri Ehwal Luar China Zhang Hanhui, Menteri Pertahanan Vietnam Jeneral Ngo Xuan Lich, Menteri Pertahanan Serbia Aleksandar Vulin dan Timbalan Menteri Kementerian Angkatan Tentera Rakyat, Republik Rakyat Demokratik Korea Kolonel-Jeneral Kim Hyong-ryong.

Memandangkan negara-negara ahli Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan )ADMM-Plus telah bersetuju untuk berjumpa setiap tahun, Dr Ng menekankan tentang pertambahan penglibatan di antara tentera untuk menjalankan latihan.

Beliau menambah: "Sejak penubuhannya pada 2010, ADMM-Plus telah menjalankan tujuh latihan padang yang telah melibatkan seramai 12,000 kakitangan tentera." ADMM ke-12 dan ADMM-Plus yang ke-5 telah diadakan di Singapura pada 19 dan 20 Oktober.

"Perkembangan yang positif ini memberi kita galakan untuk menghadapi isu-isu isu-isu dua hala atau pelbagai hala, yang tidak boleh kita pinggirkan, dengan fikiran yang ia akan hilang atau selesai dengan sendirinya."

Di dalam ucapan beliau, Dr Ng juga menyokong China untuk "meneruskan dan meningkatkan penglibatan, seperti di dalam forum ini, ADMM-Plus dan di Dialog Shangri-La."

Beliau menyedari "sebagai suatu kuasa yang sedang meningkat naik, pembangunan China memberi manafaat pada China, rantau ini dan seluruh dunia," tetapi menambah yang kesejahteraan China dan dunia adalah saling bergantung. 

"Walaupun China besar dan terdedah, ia memerlukan dunia, dan dunia juga memerlukan China… (China) tidak boleh berkembang secara berasingan."

Forum Beijing Xiangshan adalah anjuran bersama Akedemi Sains Ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat dan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa China. Antara topik lain yang dibincangkan semasa forum tahunan ini termasuk peranan ketenteraan di dalam tadbir urus global, kerjasama keselamatan maritim dan ancaman pengganas dan langkah balas antarabangsa.

Dr Ng kini berada di China untuk lawatan 5 hari dari 22 hingga 26 Oktober. Beliau  telah melawat Latihan Maritim ASEAN-CHINA pada 23 Oktober, dan mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Negeri dan Menteri Pertahanan Negara Wei Fenghe pada 24 Oktober di Bangunan Bayi.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story