PEOPLE
SENTIASA BERWASPADA
01 Nov 2018
For Major (MAJ) Mohamed Sufyan bin Mohamed Noh, signing on to join the Singapore Armed Forces was an easy decision to make.
Bagi Mejar (MAJ) Mohamed Sufyan bin Mohamed Noh, mendaftar untuk menyertai Angkatan Bersenjata Singapura adalah suatu keputusan yang mudah baginya.
Walaupun kerjaya dalam tentera bukan antara pilihan utama dalam senarainya semasa beliau menuntut pengajian Pengurusan Seni di LASALLE College of the Arts, tetapi tempoh khidmatnya di Perkhidmatan Nasional (NS) sebagai pegawai di Batalion ke-6, Rejimen Infantri Singapura telah mengubah pemikirannya.
"Saya gemar berinteraksi dengan orang ramai dan menikmati keakraban yang wujud di kalangan warga Tentera Darat.
"Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sebagai pegawai dan komander, dan saya yakin saya boleh melakukan pekerjaan tersebut!" kata MAJ Sufyan.
Beliau kini menganggotai pasukan di Markas / Infantri Singapura ke-9 yang terlibat dalam peningkatan latihan dan prestasi askar-askar. "Saya harus mengambil tahu isu-isu di lapangan dan mencari penyelesaian agar askar-askar kami dapat berlatih dan menjalankan tugasan mereka dengan lebih baik," katanya.
Beliau juga kini berkhidmat sebagai Aide-De-Camp Kehormat kepada Presiden. "Ia merupakan detik kemuncak dalam karier saya dan pengalaman yang hebat setakat ini."
Selain bekerja, beliau juga gemar bermain bola sepak dan permainan video dengan Elan, anaknya yang berusia 4 tahun, dan membawa Zara Arya, anak perempuannya yang berusia 2 tahun bermain di taman air dan taman permainan. Beliau berharap pada suatu hari nanti, anak-anaknya akan mengikuti jejaknya dan memilih kerjaya dalam angkatan tentera. "Saya masih ada beberapa tahun lagi untuk meyakinkan mereka!"
ALSO READ IN PEOPLE
Menjadi pegawai & mengikut jejak langkah Ayah
14 Mar 2026
Diinspirasikan oleh kenangan indah dalam perkhidmatan ayah mereka, 2LT Aleena Binte Aidil dan 2LT Timothy Ng bertekad untuk berjaya dalam Kursus Pegawai Kadet.
Mengapa saya memilih untuk berkhidmat
06 Mar 2026
Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, rekrut dari Kompeni Pegasus Sekolah BMTC 3 memberitahu kami mengapa mereka memilih kerjaya dalam pakaian seragam.
Pembela ruang siber dan laut
20 Feb 2026
Seorang sedang memenuhi kecintaannya terhadap laut sejak kecil; seorang lagi menemui minatnya secara kebetulan dan kini sedang berusaha keras untuk memupuknya.

