PEOPLE
MELABUR DALAM DIRI ANDA SEMASA NS: PENGASAS SEEDLY
20 Apr 2020
Muda dan berjaya: Leftenan (LTA) (NS) Kenneth Lou, 28, dan Sarjan 3 (3SG) (NS) Chew Tee Ming, 30, merupakan pengasas bersama Seedly, portal kewangan peribadi terkemuka di Singapura.
Muda dan berjaya: Leftenan (LTA) (NS) Kenneth Lou, 28, dan Sarjan 3 (3SG) (NS) Chew Tee Ming, 30, merupakan pengasas bersama Seedly, portal kewangan peribadi terkemuka di Singapura.
Yang pertama seumpamanya di Singapura, portal dalam talian ini membolehkan pengguna mendapatkan sumber khalayak petua mengenai pelaburan, insurans, simpanan, dan banyak lagi.
Bermula pada 2016, ia menarik lebih kurang 2.2 juta sesi bulanan (apabila pelawat dalam talian melayari halaman lain di dalam laman web yang sama), dan lebih kurang 4,000 petua dan ulasan daripada penggunanya setiap bulan. Menurut Seedly, ini menjadikannya komuniti kewangan peribadi yang terbesar di Singapura.
Kejayaannya menarik perhatian pengagregat e-dagang Shopback, yang memperoleh Seedly pada 2018 untuk satu jumlah yang tidak didedahkan.
Firma permulaan teknologi kewangan (fintech) ini menyediakan kandungan pendidikan mengenai kewangan peribadi. Ia juga mempunyai app percuma yang membolehkan pengguna menjejak perbelanjaan dan simpanan mereka secara lancar dengan menghubungkan akaun bank dan kad kredit mereka.
LTA (NS) Loh, Ketua Pegawai Eksekutif, dan 3SG (NS) Chew, Ketua Pegawai Teknologi, yang kini mengetuai pasukan yang terdiri daripada lebih kurang 15 orang – kebanyakannya berusia 20-an dan awal 30-an – untuk mencipta alat dan kandungan ini.
Mereka berdua tidak pernah bekerja untuk syarikat lain sebelum menubuhkan Seedly. Pengalaman pekerjaan mereka hanyalah semasa di Perkhidmatan Negara (NS), di mana mereka berpeluang mengasah kemahiran kepimpinan mereka.
Semasa dua tahun dalam NS, mereka belajar memimpin dan memotivasi rakan-rakan askar untuk mencapai matlamat yang sama, sebagaimana yang mereka lakukan sekarang di Seedly.
Bagi mereka, melabur bukan bermakna mendapat pulangan wang sahaja tetapi ia juga untuk pengetahuan dan kemahiran mereka – dan masa yang terbaik untuk bermula ialah semasa NS.
Tontoni petua orang dalam mereka untuk NS dan kewangan peribadi di sini:
ALSO READ IN PEOPLE
Menjadi pegawai & mengikut jejak langkah Ayah
14 Mar 2026
Diinspirasikan oleh kenangan indah dalam perkhidmatan ayah mereka, 2LT Aleena Binte Aidil dan 2LT Timothy Ng bertekad untuk berjaya dalam Kursus Pegawai Kadet.
Mengapa saya memilih untuk berkhidmat
06 Mar 2026
Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, rekrut dari Kompeni Pegasus Sekolah BMTC 3 memberitahu kami mengapa mereka memilih kerjaya dalam pakaian seragam.
Pembela ruang siber dan laut
20 Feb 2026
Seorang sedang memenuhi kecintaannya terhadap laut sejak kecil; seorang lagi menemui minatnya secara kebetulan dan kini sedang berusaha keras untuk memupuknya.

