PEOPLE
YA, SAYA RSM WANITA
08 Mar 2021
PEGAWAI WARAN KE-2 (2WO) TAN HUI WEN, 38, SARJAN MEJAR REGIMEN (RSM) DARIPADA 8 SIR, BERKONGSI BAGAIMANA DIA MENDORONG DIRINYA UNTUK TERUS CEMERLANG SEPANJANG TEMPOH PERKHIDMATAN 18 TAHUNNYA DI TENTERA DARAT.
"Anda ni RSM?" Apabila disebut RSM, ramai yang menyangka seorang lelaki yang berwajah garang dan berpengalaman, oleh itu mereka selalu terkejut apabila saya memperkenalkan diri saya.
Sejak mengambil alih tugasan sebagai RSM pada Jun 2020, anggota Batalion ke-8, Rejimen Infantri Singapura (8 SIR) pantas menerima seorang wanita yang memegang jawatan ini.
Sebagai pendisiplin batalion, saya akan pastikan regimentasi, disiplin dan kesediaan operasi askar-askar saya.
Selain menjalankan pemeriksaan operasi, saya sering membuat lawatan kebajikan untuk memahami askar saya secara peribadi, dan untuk mengetahui sama ada mereka menghadapi sebarang masalah dalam tugasan mereka. Apabila masa mengizinkan, saya akan menyertai rejim kecergasan mereka untuk membina hubungan dengan mereka.
Penglibatan ini telah mengeratkan hubungan saya dengan askar-askar saya.
Menyahut Cabaran
Jika anda tidak mencuba, anda tidak akan tahu: Saya memegang kuat kepada kepercayaan ini dan ia telah mendorong saya untuk mengecapi pelbagai cabaran. Inilah sebabnya kenapa saya memilih Tentera sebagai kerjaya saya.
Memandangkan wanita sering dilihat sebagai jantina yang "lebih lemah", ramai orang akan merendahkan harapan mereka terhadap wanita yang menjalani latihan lasak dari segi fizikal dan memegang jawatan yang lazim dikuasai oleh kaum lelaki.
Tetapi apa yang saya pelajari – dengan sendirinya – sama ada anda lelaki atau wanita, anda mampu melakukan apa sahaja yang anda tetapkan dalam minda anda.
Daripada mengikuti Kursus Penukaran Pengawal (GCC) pada 2004 hingga dilantik sebagai RSM 8 SIR, pengalaman ini meningkatkan pembangunan diri dan mendorong kemampuan saya dari segi mental dan fizikal.
Terbang tinggi
Pada masa itu, tidak ada ramai wanita dalam jawatan manuver tempur – semasa GCC, saya antara dua pegawai wanita yang menjalani kursus ini.
Kami menghadapi banyak cabaran yang kuat - daripada larian sejauh 10 km, kepada turun cenuram dari helikopter, sehingga berenang di perairan pantai sejauh 2km.
Tetapi kami berjaya mengatasinya kerana kami ingin mencapai matlamat menyelesaikan kursus ini, dan untuk membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu memperoleh pencapaian yang sama dengan kaum lelaki.
Setelah berkhidmat di Tentera Darat selama hampir 18 tahun, saya sendiri telah menyaksikan perubahan yang ketara dalam pendekatan Tentera Darat terhadap wanita dalam perkhidmatan.
Semenjak dekad yang lalu, ramai orang kian lebih bersikap menerima dan ramah terhadap golongan wanita dalam tentera. Terdapat ramai lagi wanita yang telah memegang peranan dalam tempur dan perintah seperti Pegawai Pemerintah, dan juga dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai Waran atau Brigadier Jeneral di Kor Waran Pegawai dan Pegawai Kor.
Saya berharap agar lebih ramai wanita berjaya dalam pelbagai domain dan mencapai kecemerlangan sama rata, jika tidak lebih hebat, seperti rakan lelaki mereka.
Modal peranan kepada kedua-dua anak lelaki saya
Suami saya juga memegang jawatan RSM, dan walupun kami sibuk dengan tuntutan pekerjaan masing-masing, kami bernasib baik kerana mempunyai sokongan keluarga dan pihak atasan yang bertimbang rasa.
Saya ada dua anak lelaki, berusia 8 dan 10 tahun, dan mereka sedar pekerjaan saya berbeza dengan kebanyakan daripada ibu rakan mereka.
Mereka sering menceritakan betapa kagumnya rakan-rakan mereka apabila mendapat tahu saya berkhidmat dengan angkatan tentera. Walaupun mereka tidak menyuarakannya, saya dapat rasa kebanggaan mereka terhadap saya.
Saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman saya dengan mereka, terutamanya bila tiba masa mereka untuk menyertai Perkhidmatan Negara. Saya berharap saya akan sentiasa menjadi modal peranan kepada mereka.
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

