WALAUPUN BAKAT SEBAGAI ASKAR TAK TERSERLAH NAMUN DIGILAP MENJADI ANGGOTA NSF TERUNGGUL

30nov20_news2_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30nov20_news2_photo1452f28a7-a6ca-4063-bd80-013fb7c75619.jpg?sfvrsn=d7aadbbe_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/WALAUPUN-BAKAT-SEBAGAI-ASKAR-TAK-TERSERLAH-NAMUN-DIGILAP-MENJADI-ANGGOTA-NSF-TERUNGGUL
WALAUPUN BAKAT SEBAGAI ASKAR TAK TERSERLAH NAMUN DIGILAP MENJADI ANGGOTA NSF TERUNGGUL https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/WALAUPUN-BAKAT-SEBAGAI-ASKAR-TAK-TERSERLAH-NAMUN-DIGILAP-MENJADI-ANGGOTA-NSF-TERUNGGUL
30 Nov 2020 | PEOPLE

WALAUPUN BAKAT SEBAGAI ASKAR TAK TERSERLAH NAMUN DIGILAP MENJADI ANGGOTA NSF TERUNGGUL

Sarjan 3 (3SG) (NS) Muhammad Fazrey bin Zainal hanya tamat BMT lebih dari setahun selepas dia masuk tentera. Begini kisahnya bagaimana dia mengatasi banyak rintangan untuk menjadi salah seorang NSF Terunggul Tahun ini.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN 3SG (NS) FAZREY

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Malam menjelang tiba dan askar-askar masih mengembara jauh ke dalam hutan. Tanah berlumpur dan becak kerana hujan baru turun, memberatkan lagi setiap langkah yang diambil.

Seorang sarjan sentiasa memerhatikan askar-askarnya di hadapan, sebelum mengalihkan perhatiannya kepada mereka yang berada di belakang.

Sejurus kemudian, barisan tentera terhenti dengan tiba-tiba. Ada kekecohan di bahagian hadapan. Sarjan terus bergegas ke sana dan melihat seorang kadet terlentang di belakangnya, dalam keadaan bingung. Dia tergelincir dan terhantuk kepalanya.

Tindakan pantas perlu diambil. Pada masa itu, Sarjan - 3SG (NS) Fazrey, seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) - segera membantu membawa kadet itu ke kenderaan keselamatan.

Ketika itu, mereka berada di rabung bukit yang sempit dan menghadapi kesukaran mengguna usungan. Justeru, dia bergilir dengan Sarjan Javier Toh, seorang pelatih biasa, untuk membawa kadet yang cedera atas bahu mereka berbalik ke arah permulaan perjalanan – lebih kurang 1.5km jauhnya.

Hampir sampai ke penghujung jalan, kadet tersebut berasa segar semula dan kami memapahnya sambil meneruskan perjalanan. Saya berasa sungguh lega apabila dia dapat dipindahkan dengan selamat," kata 3SG (NS) Fazrey.

Pasukan pemindahan dianugerahkan wang syiling Panglima Sekolah atas jasa baik mereka.

Sebagai mengiktiraf kerja keras dan dedikasinya sepanjang Perkhidmatan Negara (NS), 3SG (NS) Fazrey juga diberi Anugerah NSF Tahunan pada bulan November ini.

3SG (NS) Fazrey (kanan) menerima Anugerah NSF Tahunan dari Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral Goh Si Hou di satu majlis pada 28 November.

Menghadapi kesukaran

Pegawai berusia 23 tahun itu, yang menamatkan perkhidmatan sepenuh masa pada November lalu, menghadapi kesukaran semasa memulakan perkhidmatan Nsnya.

Semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT) pertamanya, dia menghidap demam panas dengan sudu badan yang tidak menurun dan dihantar ke Hospital Besar Changi. Di sana, dia didapati mengalami jangkitan virus di paru-paru kirinya. Dia disahkan menghidap pneumonia.

Tidak lama kemudian, status Standard Pekerjaan Fizikal (PES) 3SG (NS) Fazrey diturunkan dan dimasukkan ke Bahagian Luar Kursus, sebelum diatur kedudukannya di cawangan Logistik Perkhidmatan Perubatan Tentera Darat '(AMS').

3SG (NS) Fazrey (paling kiri) bersama dengan rakan sekerjanya di bahagian Logistik dari AMS, di Kem Nee Soon. Dia berterima kasih kepada mereka kerana memberinya penuh semangat walaupun selepas dia jatuh dengan teruk.

Di sana, dia cuba sedaya-upayanya dengan sokongan pegawai atasannya untuk mengikuti kursus semula di BMT. Namun, nasib malang menimpanya dengan berturut-turut - selepas pertemuan itu, dia terjatuh dan lututnya terseliuh dengan teruk.

"Pada masa itu, saya rasa seolah-olah seluruh dunia menentang saya dan tidak ada satupun yang boleh saya lakukan," kata 3SG (NS) Fazrey.

Tetapi dia tidak membiarkan kekecewaan ini membelenggu dirinya.

Semasa menjalani fisioterapi selama berbulan-bulan, dia tetap bersikap positif berkat penjagaan ibunya dan sokongan padu daripada rakan-rakan sekerjanya di bahagian Logistik. Dia juga bersenam dengan mereka untuk membina kecergasannya untuk Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT).

3SG (NS) Fazrey (barisan terakhir, kedua dari kanan) bersama rakan-rakan sekerjanya semasa menjalani kursus BMT semula.

Hampir setahun setelah berada di Luar Kursus, dia akhirnya dimasukkan semula ke BMT pada Oktober 2018, dan lulus pada bulan Disember tahun itu.

3SG (NS) Fazrey bersama dengan ibunya Puan Rabiah, (kanan) dan ibu saudara Puan Tuminam, yang membantu menjaganya semasa cedera, di perbarisan tamat pengajian BMT.

Meningkatkan dirinya dan sejagat

Ketekunan dan kerja kerasnya membuahkan hasil. 3SG (NS) Fazrey dipilih untuk mengikuti latihan di Sekolah Perintah dan berjaya dalam Kursus Kadet Pakar, di mana dia dianugerahkan Syarikat Terunggul sepanjang penggal asasnya.

Dia ditugaskan di Institut Pakar dan Pegawai Waran, di mana dia memanjangkan perkhidmatannya secara sukarela selama empat bulan untuk melengkapkan tempoh wajib perkhidmatan enam bulan setelah lulus sebagai pakar

3SG (NS) Fazrey (depan, tengah) bersama dengan rakan-rakan spesialis infantri yang baru lulus di Perbarisan Graduan Kadet Pakar pada bulan Mei 2019.

Mengenali kadetnya dan memimpin melalui teladan adalah bahagian penting dalam gaya kepemimpinan 3SG (NS) Fazrey sebagai Jurulatih Seksyen.

"Sejak hari pertama, saya meneliti tahap kecergasan kadet-kadet saya dan keputusan IPPT yang lalu," kata Fazrey 3SG (NS). Kemudian, dia akan meminta kadet-kadetnya untuk meramalkan keputusan masa depan mereka, sebelum menyuruh meninggikan matlamat mereka.

"Bukannya saya mahu mereka menjadi pasukan yang paling cergas, (Lebih daripadanya) saya inginkan mereka untuk mempunyai set minda yang kuat," jelasnya.

Dia juga sering berinteraksi dengan kadet-kadet untuk membina hubungan yang rapat. "Apabila ada masa lapang... Saya akan berkongsi pengalaman dan kisah masa lampau saya dan mereka pula akan berkongsi kisah mereka. Walaupun sebagai jurulatih, saya telah banyak belajar daripada mereka."

Mengimbas semula perjalanan NS setakat ini, 3SG (NS) Fazrey mengatakan bahawa walaupun seluruh perjalanannya tidak dapat dilupakan, namun kelulusan BMTnya merupakan detik yang istimewa baginya.

"Menamatkan kursus BMT mungkin dipandang remeh oleh orang ramai, tetapi ia sungguh bermakna bagi saya.

"Semasa memandang orang ramai dan melihat ibu saya di pentas berdiri sambil mengatakan kepada diri sendiri, 'Saya berjaya melakukannya', setelah melalui segala rintangan, adalah perasaan yang tidak akan saya lupakan."

Suggested Reading
Cover story
Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong !
PEOPLE
30 Nov 2020

Saat seorang rekrut melangkah ke Pulau Tekong menandakan permulaan perjalanan Perkhidmatan Negara (NS).

MEWUJUDKAN IKATAN MELALUI MEMORABILIA TENTERA
PEOPLE
30 Nov 2020

Sesetengah pengumpul mengumpul setem, yang lain, pelekat. Tetapi ME2 (NS) Lim Geng Qi mempunyai koleksi memorabilia tentera yang unik dengan lebih 1,200 item! 

Peguam pada siang hari, artis tentera pada waktu malam
PEOPLE
30 Nov 2020

Foto atau lukisan? Pada Pesta Hobi Ketenteraan tahun ini, kami bertemu dengan 1SG (NS) Samuel Ling Ying Hong, seorang pelukis minyak penerbangan otodidak yang menghabiskan sehingga 50 jam untuk setiap karya seni yang realistik. 

Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
30 Nov 2020

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
30 Nov 2020

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
30 Nov 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
30 Nov 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
30 Nov 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
30 Nov 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
30 Nov 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.