VET DILANTIK SEBAGAI PAKAR KANAN TENTERA SAF

19jan23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19jan23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=2a5a7eb4_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/VET-DILANTIK-SEBAGAI-PAKAR-KANAN-TENTERA-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/VET-DILANTIK-SEBAGAI-PAKAR-KANAN-TENTERA-SAF
VET DILANTIK SEBAGAI PAKAR KANAN TENTERA SAF
19 Jan 2023 | PEOPLE

VET DILANTIK SEBAGAI PAKAR KANAN TENTERA SAF

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN DAN IHSAN ME4(A) LIN

Pakar Kanan Tentera ME4(A) Lin yang baharu sedang berkhidmat sebagai doktor haiwan di Unit Anjing Berkhidmat Tentera.

Selepas tamat Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa sebagai Anggota Polis Tentera pada 2006, Pakar Tentera (ME) 4(A) Lin Hong Yao berlepas ke Australia untuk melanjutkan pengajian ijazahnya dalam bidang perubatan veterinar. Kemudiannya, beliau terus bekerja sebagai doktor haiwan dan menetap di negara tersebut.

Sekembalinya ke Singapura selepas sedekad, beliau diseru untuk menjalani Latihan Dalam Kem pertamanya, dan beliau menawarkan sumbangan kemahirannya sebagai doktor haiwan dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

ME4(A) Lin merupakan Polis Tentera pada zaman Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa beliau.
ME4(A) Lin (kanan) pernah menjaga ternakan sebagai doktor haiwan di Australia.

Menjaga anjing berkhidmat tentera

ME4(A) Lin akan berkhidmat sebagai doktor haiwan di Unit Anjing Berkhidmat Tentera untuk beberapa ICT seterusnya. Peranan beliau adalah untuk merawat dan menjaga anjing-anjing yang berkhidmat di SAF. Beliau memang teringin untuk memberi penjagaan kualiti terbaik bagi anjing-anjing yang berkhidmat.

"Kita menggelar mereka rakan kongsi kanin kita dan melayan mereka sebagaimana kita akan melayan seorang anggota tentera," kata vet yang berusia 36 tahun itu.

"Sama seperti anggota tentera kita, jika mereka bersenam ketika tidak sihat atau tidak cukup tidur malam sebelumnya, kemungkinan besar, mereka akan mengalami kecederaan haba.

"Justeru, jika kita boleh melakukan pemeriksaan pencegahan, kita boleh mengelakkan semua kecederaan ini daripada berlaku. Tetapi anjing tidak boleh bercakap, mereka tidak boleh beritahu kita masalah kesihatan mereka, oleh itu kita perlu meningkatkan penjagaan pencegahan kita untuk mereka."

ME4(A) Lin (kiri) menerima pedang dan sijil pelantikannya daripada Leftenan Jeneral Melvyn Ong, Panglima Angkatan Pertahanan.

ME4(A) Lin adalah di antara 109 anggota tentera dan wanita yang dilantik sebagai Pakar Kanan Tentera (ME) pada 19 Jan.

Upacara pelantikan itu menandakan tamatnya Kursus Pakar Domain Tentera. Kursus ini melatih ME untuk menjalankan peranan dalam SAF di mana kepakaran mendalam dalam bidang seperti kejuruteraan, perisikan, perubatan ketenteraan dan keselamatan siber diperlukan.

Sebagai seorang Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara, ME4(A) Lin menjalani kursus di bawah Skim Kerahan Kepakaran Tertingkat. Skim ini membolehkan Pegawai Waran Perkhidmatan Negara, Pakar dan Enlistees (WOSEs) dengan kepakaran yang berkenaan untuk menjadi Pakar Tentera Kanan.

ME4(A) Lin (lima dari kanan), seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa ketika itu, membentuk barisan pengawal kehormat di Istana semasa lawatan mendiang Ratu Elizabeth II ke Singapura pada 2006.

Menambahbaik proses kerja

Sepanjang kursus tersebut, ME4(A) Lin berkata beliau telah mengutip kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang bernilai dan berharap dapat memanfaatkan pengetahuan baharunya untuk memperbaik proses kerja di MWDU.

Umpamanya, beliau ingin mengukuhkan lagi prosedur operasi standard untuk rawatan dan penjagaan. Ini adalah untuk memudahkan doktor haiwan baharu atau pengendali baharu yang mengambil alih anjing yang berkhidmat, untuk mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan dan cara menjaga anjing berkhidmat tersebut.

Pengorbanan yang berbaloi

Cabaran utama yang dihadapi oleh ME4(A) Lin semasa kursus tahun lepas ialah mengimbangkan masanya antara latihan, kerja dan keluarga.

Pada masa itu, isterinya sedang hamil, dan beliau banyak melakukan perjalanan selaku pengarah wilayah dengan sebuah syarikat farmaseutikal. Namun begitu, beliau meneruskannya dengan sokongan isterinya.

"Memanfaatkan set kemahiran awam saya untuk menyumbang kepada pertahanan negara kita adalah penting bagi saya," jelasnya.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
19 Jan 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
19 Jan 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
19 Jan 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
19 Jan 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
19 Jan 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
19 Jan 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
19 Jan 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
19 Jan 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
19 Jan 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
19 Jan 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.