SIAPAKAH SI SINGA? LELAKI DI SEBALIK MASKOT

17jul23_news1_photo1_c https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17jul23_news1_photo1_c.jpg?sfvrsn=895a7b18_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SIAPAKAH-SI-SINGA-LELAKI-DI-SEBALIK-MASKOT
SIAPAKAH SI SINGA? LELAKI DI SEBALIK MASKOT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SIAPAKAH-SI-SINGA-LELAKI-DI-SEBALIK-MASKOT
17 Jul 2023 | PEOPLE

SIAPAKAH SI SINGA? LELAKI DI SEBALIK MASKOT

Di sebalik maskot Si Singa Singa di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP): Jurutera tempur 3SG Arnaav adalah orang yang terselamat daripada gempa bumi Sabah 2015.

// KISAH THRINA THAM // FOTO KENNETH LIN & AMOS CHEW

English 华文
English 华文

Dia baru sahaja diikat dengan talian dan sedang berjalan melintasi sisi gunung melebihi ketinggian 4km. Tiba-tiba, gegaran bermula dan seluruh gunung bergegar.

Berusia 11 tahun ketika itu,, Sarjan Ketiga (3SG) Arnaav Karan Chabira menundukkan kepalanya dan berpegang kuat pada tali yang memegangnya manakala batu-batan di sekelilingnya mula jatuh.

Masih dalam keadaan terkejut, dia tidak dapat merasakan kecederaannya semasa pemandu membawanya turun selepas gempa bumi.

"Bahagian perjalanan yang menyeksakan adalah perjalanan turun jauh ke bawah kerana ia adalah satu-satunya jalan keluar dari gunung," katanya ketika terselamat daripada gempa bumi berukuran 6.0 magnitud di Sabah.

Menyebarkan mesej ketahanan

Kejadian itu menyebabkan dia patah tangan kanan, tulang selangka, tulang belikat dan darah beku di telinga.

"Pada penghujung harinya, saya berasa amat bertuah kerana diselamatkan," kata 3SG Arnaav, kini berusia 19 tahun.

3SG Arnaav kini berkhidmat sebagai jurutera lapangan dengan 30 SCE.

Pemulihan yang sukar.

3SG Arnaav berhenti bersukan dan belajar menulis dengan tangan kirinya memandangkan lengan kanannya sedang diplaster. Dia juga menduduki peperiksaan PSLE (Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah) dengan tangan kirinya, dengan pemberian sedikit masa tambahan.

Kini Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa sudah pulih dengan sepenuhnya dan akan menyertai NDP 2023 sebagai Singa Si Singa, sebagai sebahagian daripada segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak (TDP) baharu.

Dia berharap peranannya dalam perbarisan itu boleh membantu menyebarkan mesej ketahanan kepada mereka yang menyaksikan NDP.

Singa Si Singa sedang menuju ke Padang dalam kenderaan berhias Pertahanan Psikologi, semasa segmen TDP NDP.

Sembuh daripada kecederaannya

Gemar bersukan sejak kecil lagi, 3SG Arnaav mula berminat dalam sukan kriket semasa berusia lapan tahun, apabila ibu bapanya mendaftarkannya di pusat latihan kriket.

Selepas gempa bumi tersebut, pelajar sekolah rendah Tanjong Katong itu hilang keupayaannya untuk bersukan.

Dia mengakui proses pemulihan adalah "panjang dan mengecewakan", kerana dia melalui beberapa sesi pemulihan dengan doktor dan ahli fisioterapi. Sehingga hari ini, parutnya di dagu kanannya akibat kecederaan itu masih ketara.

Tetapi dia tidak berputus asa dan menyambung semula latihan kriket dalam setahun – menjadi kapten pasukan sekolah di Anglo Chinese School (Bebas), memimpin mereka dalam permainan divisyen C mereka.

3SG Arnaav (pemukul) mewakili Singapura di kejohanan ACC Uunder-16, yang berlangsung di Thailand pada 2019. [Foto ihsan 3SG Arnaav]

Pada 2017, dia menganggotai skuad pembangunan belia negara; dan dua tahun kemudian, mewakili Singapura dalam kejohanan Majlis Kriket Asia (ACC) Bawah 16 dan Kelayakan Piala Dunia Asia Bawah Umur 19.

Selepas itu, dia berhenti sejenak daripada permainan kriket untuk menumpukan masa pada pelajarannya dan telah menyambung semula latihan baru-baru ini.

Berkhidmat untuk negara

Kini, dia bermain kriket sekiranya ada masa lapang, selalunya pada hari Ahad – sambil mengimbangi latihan Perkhidmatan Negaranya di Batalion Ke-30, Jurutera Tempur Singapura (30 SCE) dengan latihan NDP pada hari Sabtu.

Bahagian Kedua Yang Bertugas, 3SG Arnaav menjaga keperluan bahagiannya, seperti bersiap sedia untuk latihan di medan lapangan artau jurutera lapangan.

3SG Arnaav (tengah) memasang wayar concertina (gambar atas) dan menjalankan latihan Kenderaan Sokongan Tempur Terlindung Belrex (di bawah) bersama dengan rakan sebahagiannya.
1-UP-B-caption

Walaupun dia berasa seronok mengendalikan misi bersama-sama bahagiannya – di mana mereka melapangkan laluan untuk memberi sokongan tempur dalam mempertahankan atau menyerang musuh – hari yang paling mencabar adalah semasa latihan terakhirnya di Sekolah Kadet Pakar.

"Kami dibiarkan tersendiri tanpa sesiapa membimbing kami, sambil dinilai. Saya diberi peranan sebagai panglima bahagian untuk salah satu misi dan mengalami tekanan yang sangat tinggi pada masa-masa tertentu kerana anda perlu membuat keputusan dengan pantas di medan lapangan sambil terpaksa mengharungi cabaran yang terlempar ke arah anda," kata 3SG Arnaav.

"Tetapi bahagian yang lebih sukar ini juga agak menarik kerana ia memastikan agar anda sentiasa berwaspada," ujarnya lagi.

Meskipun latihan dijalankan berjam-jam lamanya, 3SG Arnaav tidak sabar untuk menghadiri latihan mingguannya untuk NDP –dia menyertainya untuk pertama kali.

Sebagai Singa Si Singa, 3SG Arnaav berharap untuk menyebarkan mesej ketahanan kepada khalayak ramai.

"Ia adalah satu peranan yang unik, dan walaupun ia agak panas dalam pakaian itu, dia berasa seronok memakainya untuk berjalan-jalan dan berinteraksi dengan orang ramai," katanya.

Menggalakkan orang lain

Maskot Singa Si Singa akan berdiri di kenderaan berhias Pertahanan Psikologi – salah satu daripada enam kenderaan berhias yang mewakili enam tonggak Pertahanan Mutlak – semasa segmen TDP.

Bila disoal tentang erti peranan tersebut baginya, dia berkata: "Saya berharap orang ramai dapat melihat bahawa saya telah mempamerkan semangat berdaya tahan.

"Dan sekiranya saya boleh muncul semula (daripada trauma) pada usia yang muda. setentunya mereka yang menghadapi keadaan yang mencabar boleh menerima iktibar daripadanya dan terus maju ke hadapan."

 

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
17 Jul 2023

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
17 Jul 2023

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
17 Jul 2023

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
17 Jul 2023

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
17 Jul 2023

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
17 Jul 2023

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
17 Jul 2023

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
17 Jul 2023

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
17 Jul 2023

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
17 Jul 2023

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.