SARJANA PERTAHANAN DENGAN SEMANGAT UNTUK BERKHIDMAT

29jul22_news2-thumbnaila https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/29jul22_news2-thumbnaila.png?sfvrsn=f20e023_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SARJANA-PERTAHANAN-DENGAN-SEMANGAT-UNTUK-BERKHIDMAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SARJANA-PERTAHANAN-DENGAN-SEMANGAT-UNTUK-BERKHIDMAT
SARJANA PERTAHANAN DENGAN SEMANGAT UNTUK BERKHIDMAT
29 Jul 2022 | PEOPLE

SARJANA PERTAHANAN DENGAN SEMANGAT UNTUK BERKHIDMAT

KISAH THRINA THAM / FOTO KENNETH LIN

Anugerah biasiswa pertahanan adalah tanggungjawab bukan bagi mereka yang tidak mempunyai keazaman atau kekuatan watak, kata menteri pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Antara para penerima tahun ini – sejumlah 93 Biasiswa Pertahanan telah dianugerahkan tahun ini.

Semasa pertengahan Kursus Pegawai Kadet, Pakar Tentera 4 (Perantis), atau ME4(A), Florian Kuhan Ableitner mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa digugurkan.

Dengan perasaan tawar hati, dia tidak pasti sama ada untuk mengambil semula kursusnya. Menganggapnya sebagai "satu detik paling rendah", dia mengimbas semula perjalanannya dan bangkit semula, dan akhirnya menyertai kursus seterusnya pada Disember 2019.

Ini sebenarnya ternyata ada "berkat tersembunyi di sebaliknya". ME4(A) Florian menetapkan matlamat untuk bersusaha dengan lebih baik dalam kursus semulanya, kerana dia sudahpun melalui sebahagian besar kursus ini.

Beberapa rakan kursusnya merujuk kepadanya untuk bimbingan, dan mendapati kali ini, dia dapat mengasah kemahiran kepimpinannya dengan lebih baik.

ME4(A) Florian kemudian mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai Pakar Perisikan Tentera dalam komuniti Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan (C4I).

Dia juga memohon dan menerima Biasiswa Merit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Pegawai berusia 23 tahun itu akan mula menuntut dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Teknologi Nanyang pada Ogos ini.

Kecederaan di lutut menyebabkan ME4(A) Florian tercicir dari Sekolah Pegawai Kadet tetapi ia tidak menghalangnya daripada menyertai semula kursus dalam kohort seterusnya.

Berkomited untuk mempertahankan Singapura

Anak lelaki kepada bapa Jerman (yang merupakan Pemastautin Tetap di Singapura) dan seorang ibu warga India-Singapura, ME4(A) Florian merupakan ahli pertama dalam keluarganya untuk berkhidmat dalam perkhidmatan negara.

Dengan sokongan padu daripada ibu bapanya, dia menyertai komuniti C4I agar dapat menyumbang kepada keselamatan dan sekuriti Singapura.

"Trend dalam peperangan hibrid kini semakin meningkat... Anda menelit ke arah keganasan, pelanggaran keselamatan siber dan juga penyebaran maklumat palsu. Ia adalah bidang baharu dan saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut."

ME4(A) Florian dalam majlis tamat pengajian BMT bersama ibu bapanya pada September 2020. Dia disampaikan anugerah Terbaik Syarikat untuk kohort Syarikat ke-5. [Foto ihsan ME4(A) Florian]

ME4(A) Florian adalah di kalangan 93 penerima yang dianugerahkan biasiswa mereka dalam majlis yang berlangsung di Istana pada 29 Jul.

Daripada para penerima tersebut, enam dianugerahkan Biasiswa SAF, empat pula menerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Kejuruteraan) – Pertahanan dan Keselamatan dan 19 menerima Biasiswa Merit SAF.

Enam lagi penerima dianugerahkan Biasiswa Kejuruteraan SAF manakala 15 menerima Biasiswa Merit Pertahanan. Tambahan pula, enam menerima Biasiswa Perubatan SAF, satu menerima Biasiswa Pergigian SAF, dan 36 menerima Biasiswa Sains dan Teknologi Pertahanan.

Berucap di majlis anugerah itu, Dr Ng berkata bahawa penerima biasiswa mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan pertahanan Singapura dengan sebaik mungkin.

Bukan untuk mereka yang lemah semangat

Penerima biasiswa ini akan memasuki sektor pertahanan di pertengahan masa depan yang tidak menentu dan cabaran keselamatan yang meningkat, kata menteri pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Dalam ucapan perasmian majlis tersebut, beliau berkata: "Tanggungjawab yang anda dalam menerima biasiswa ini bukanlah untuk mereka yang lemah semangat mahupun bagi mereka yang tidak mempunyai keazaman atau kekuatan dalam watak mereka."

Beliau juga menekankan bahawa para sarjana datangnya dari 22 Maktab Rendah dan Politeknik - bilangan institusi terbesar setakat ini.

Mereka akan meneruskan pengajian dalam rangkaian subjek multidisiplin yang meluas, daripada Ekonomi kepada Kejuruteraan dan Undang-undang dan juga Sains Komputer.

"Saya memuji para penerima kami kerana menceburi bidang yang mencabar dan berbeza ini. Walaupun anda memiliki kepelbagaian pengalaman dan latar belakang, anda perlu berazam secara kolektif untuk memajukan MINDEF (Kementerian Pertahanan), SAF, DSTA (Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan) dan DSO (Makmal Kebangsaan DSO) dengan sedaya upaya anda" katanya.

Dr Ng menyampaikan anugerah Biasiswa SAF kepada OCT Solai, salah seorang daripada enam penerima Biasiswa SAF tahun ini.

Menuntut perkara yang baik

Juga di antara penerima biasiswa tahun ini ialah Pegawai Kadet (OKT) G Solai Valli. Walaupun pada mulanya, ibu bapanya ragu tentang penyertaannya di SAF, tidak lama kemudian mereka sedar keazamannya dan terus menyokong keputusannya.

"Saya berminat dalam SAF sejak dari sekolah menengah dan suka penekanannya terhadap bekerja dengan orang ramai dan melakukan kerja bermakna," kata pegawai berusia 19 tahun itu yang menandatangani kontrak sebagai pegawai perisai.

Menurutnya lagi: "Semasa saya berada di Latihan Tentera Asas (BMT), ibu saya selalu membantu membasuh pakaian saya. Perkara-perkara yang remeh seperti ini memudahkan lagi perjalanan saya."

OCT Solai (baris kedua, tengah) bersama-sama rakan seksyennya di BMT sebelum majlis tamat pengajian Mac ini. [Foto ihsan OCT Solai]

Walaupun OCT Solai mendapati latihannya menjerihkan, dia digalakkan oleh panglima Sekolah Pegawai Kadetnya yang sentiasa memberitahu mereka untuk "menuntut perkara yang baik" – iaitu untuk berikhtiar mencari hal-hal positif yang mendorong mereka.

"Dalam satu latihan di luar medan lapangan yang sangat panjang...kami sudah pun tamat pertengahan jalan dan saya benar-benar berasa letih. Tetapi saya dapat 'menuntut perkara yang baik' dalam interaksi bersama rakan seksyen saya, berjenaka berselang-seli dengan latihan," katanya.

"Itulah yang mendorong saya untuk terus bertahan kerana adanya semangat keakraban dan persaudaraan. Ini merupakan pencapaian saya yang terbesar: untuk mempunyai pandangan yang positif, walau apapun anda lakukan."

Salah satu daripada enam penerima Biasiswa SAF tahun ini, OCT Solai akan menuntut dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dan Organisasi di Universiti Leiden, di Belanda, Ogos ini.

Diperkenalkan pada 1971, Biasiswa SAF adalah suatu biasiswa berprestij yang kedua selepas Biasiswa Presiden. Setakat ini ada 358 penerima biasiswa ini, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, dan Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
29 Jul 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
29 Jul 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
29 Jul 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
29 Jul 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
29 Jul 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
29 Jul 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
29 Jul 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
29 Jul 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
29 Jul 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
29 Jul 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.