ROMBONGAN WANITA KEMBARA

23jul21_news1_photo2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23jul21_news1_photo2.jpg?sfvrsn=2aa3dcb9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ROMBONGAN-WANITA-KEMBARA
ROMBONGAN WANITA KEMBARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ROMBONGAN-WANITA-KEMBARA
23 Jul 2021 | PEOPLE

ROMBONGAN WANITA KEMBARA

Pengembaraan bersama boleh mengerat atau memutuskan jalinan talian persahabatan. Bagi anggota wanita perkhidmatan negara ini, mengembara ke luar negara bersama bukan sahaja merapatkan, malahan telah memupuk persaudaraan sepanjang hayat. Temui kaki "J2ACE" dalam siri Teman PIONEER!

// KISAH BENITA TEO

// FOTO ONG JI XUAN & IHSAN ME5 AW & ME4 TAN

English 华文
English 华文
ME5 Aw (kiri) dan ME4 Tan adalah antara anggota "J2ACE"– serombongan kembara yang telah memulakan blog kembara untuk berkongsi petua mengembara dengan berjimat.

Pakar Tentera Jurutera Tentera Udara (ME) 5 Aw Lay Yan, 52; ME4 Christina Tan, 50; ME3 Eileen Tham, 55; ME3 Joanne Tan, 40; dan (CWO) Ketua Pegawai Waran Jennifer Tan, 55, daripada Tentera Darat Singapura, bertemu semasa bertugas di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 2016.

Mereka mendapat tahu mereka gemar mengembara dan melancong. Setelah menyedari ada beberapa tempat serupa yang ingin dilawati, kumpulan itu mula membuat perancangan untuk percutian bersama pada tahun yang sama.

(Dari kiri) ME4 Tan, CWO Tan, ME5 Aw, ME3 Tham dan ME3 Tan berbekalkan beg galas semasa rombongan ke Switzerland pada 2017.

Pengalaman itu ternyata begitu menyeronokkan mereka, sehingga mereka mencapai kata sepakat untuk membuat satu perjalanan besar bersama setiap tahun. Mereka juga telah memulakan blog (www.j2acewanderwomen.com) untuk berkongsi pengalaman mereka dan untuk memberi petua kepada orang lain cara merancang percutian dengan berjimat!

"Kami kini berada pada peringkat usia di mana kami ingin meluangkan masa untuk ‘diri sendiri”. Dan kemudian kami berjumpa pula dengan mereka yang berjiwa dan berpemikiran sehaluan dan seronok bercampur gaul sesama sendiri. Itulah sebabnya kami begitu serasi seperti teka-teki susun suai," ulas ME5 Aw tentang persahabatan mereka.

Kami bertanya ME5 Aw, Ketua Markas 9 Kumpulan Kejuruteraan Udara dan Logistik (9 AELG), dan ME4 Tan, Pegawai Pemerintah di 9 AELG, tentang persaudaraan J2ACE yang melampaui tempat kerja sehingga ke merata-rata tempat jauh di luar negara!

ME5 Aw (kiri) dan ME4 Tan mula sekali bertemu pada 1991 di Markas Sistem Angkatan Udara, di mana mereka menjalani pengkhususan dalam sistem radar. Di belakang mereka ialah Basic Giraffe, yang lazim disenggarakan oleh ME4 Tan.

Kami diberitahu anda semua adalah teman lama semasa di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF). Ceritakan bagaimana anda bertemu!

ME4 Christina Tan: ME4 Tan: Kami mula bertemu pada 1991, semasa saya dihantar ke Markas Sistem Angkatan Udara, yang kini dikenali sebagai Markas Pertahanan dan Operasi Udara. Lay Yan adalah dua tahun senior saya. Segala pengetahuan berkenaan pekerjaan saya telah saya pelajari daripadanya.

ME5 Aw Lay Yan: Kami berdua dilatih dalam sistem radar. Kemudiannya beliau dihantar untuk mengawasi radar Agile Multi-Beam yang baharu manakala saya meneruskan pengkhususan saya dalam Sistem Radar Jarak Jauh. Apabila 9 AELG ditubuhkan pada 2014, saya ditugaskan sebagai Ketua Markas Kumpulan dan Christina pula sebagai Ketua Markas Skuadron untuk 819 Skuadron (SQN). Akhirnya, kami berdua kembali bekerja bersama.

(Dari kiri) ME4 Tan, CWO Tan, ME5 Aw dan ME3 Tham semasa raptai NDP 2016. Walaupun ada di kalangan mereka pernah bersua muka sebelum ini, tetapi di sinilah persahabatan mereka mula berputik.
ME3 Tan (kiri bawah), ME5 Aw (kiri atas) dan ME4 Tan (atas, tengah) sedang santai bermain Jenga semasa waktu rehat di latihan NDP. [Foto: RSAF]

Bagaimana rombongan kembara itu ditubuhkan?

ME5 Aw: Ia bermula ketika kami berlima bekerja di NDP 2016. Sebagai Ketua Markas, kami adalah pengelola Perbarisan dan Upacara.

ME4 Tan: Kami ditugaskan melatih kontinjen yang sama, iaitu kumpulan pelajar badan beruniform - Joanne dan saya melatih Girls' Brigade, dan Eileen adalah Ketua Jurulatih mereka. Lay Yan pula melatih Boys' Brigade. Jennifer, yang merupakan kakak saya, adalah Ketua Jurulatih bagi kontinjen Pertubuhan Palang Merah.

Kami akan menghabiskan waktu rehat kami bersama-sama sambil berbual mesra. Topik pengembaraan sering timbul dalam perbualan kami. Eileen dan saya kerap menyuarakan hasrat kami untuk melancong ke Greece, jadi kami bercadang untuk ke sana pada September tahun itu.

ME3 Tham (kiri) dan ME5 Aw terus menawarkan perkhidmatan mereka di NDP tahun ini. ME3 Tham adalah sebahagian daripada Kumpulan Sokongan Perbarisan manakala ME5 Aw bertugas di Majlis Jawatankuasa.

ME5 Aw: Selepas Greece, kami memutuskan untuk melakukan satu pengembaraan besar bersama setiap tahun. Kami juga mahu melakukan sesuatu yang berbeza dalam setiap pengembaraan kami. Di Greece, kami memandu kereta sewa. Pada tahun yang berikutnya, kami mengembara berbekalkan beg galas di Switzerland. Dan dalam pengembaraan kami ke New Zealand pada 2018, kami melancong ke Pulau Selatan dengan van perkemahan.

Menurut ME4 Tan (paling kiri), setiap orang dalam kumpulan ini memainkan peranan yangberbeza sebagai pelengkap dan menjadikan setiap pengembaraan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Itulah kehebatan kumpulan ini. Contohnya, dalam perjalanan van perkemahan ke New Zealand pada 2018 (gambar), masing-masing akan membantu membersih kawasan kediaman bersama, manakala pemandu yang lebih handal akan memandu van secara bergilir-gilir.

Apakah keistimewaan setiap anggota rombongan kembara ini?

ME4 Tan: Sayalah yang akan merancang – Saya akan mencari tempat-tempat menarik dan merancang perjalanan melawat tempat-tempat ini. Dan kerana hanya saya seorang yang suka merancang, mereka semua akan mengikut jadual perjalanan saya dengan senang hati!

ME5 Aw: Christina memang cekap. Sebab itulah beliau dihadiahkan Pingat Kecekapan! Sekiranya anda perlukan apa-apa sahaja, beritahu dia dan dia akan merealisasikannya untuk anda.

ME4 Tan: Lay Yan adalah tegas dan teguh dalam memastikan standard disiplin dan penyenggaraan Jurutera Tentera Udara kami di 9 AELG. Tetapi tidak ramai yang tahu dia seorang yang suka berjenaka dan bergaul dengan mesra. Dia selalu menghiburkan kami sepanjang rombongan kami.

Eileen adalah seumpama ibu kami. Beliau akan mengemas tempat tinggal kami, membantu membasuh pakaian, atau memberi ubat bila kami tidak sihat. Sebab itulah bagasinya selalu paling berat!

Di tempat kerja, beliau menyandang jawatan Ketua Markas di Sekolah Rantaian Bekalan Markas Latihan Tentera Udara, dan selalu menjaga semua pelatihnya dengan baik.

Joanne (yang merupakan Flight Line Shift In-Charge di 801 SQN) akan menguruskan hal-hal kewangan kami semasa pengembaraan. Beliau juga guru swafoto kami kerana semua swafoto yang diambilnya memang sangat cantik, dan dia selalu tahu sudut-sudut terbaik. Banyak foto yang menakjubkan telah diambilnya sebagai kenangan!

ME5 Aw: Jennifer adalah ketua kami, dan setiap kali kami pergi mendaki, beliau akan menjadi "pasukan hadapan" untuk meninjau kawasan tersebut terlebih dahulu. Beliau juga seorang pembuat keputusan yang cekap. Contohnya, bila kami menghadapi cuaca buruk dan berasa teragak-agak untuk meneruskan perjalanan. Beliau akan menilai situasi sebelum berkata, "Ok, saya rasa cuaca ini tidak akan menjadi masalah, mari kami teruskan perjalanan." Seringkali keputusannya memang tepat!

Rombongan ke Iceland pada 2019. Mereka bercadang untuk mengembara ke negara Jerman pada 2020, tetapi terpaksa mereda kerana penularan COVID-19.
(Arah ikut jam dari kanan atas) ME3 Tham, ME5 Aw, ME4 Tan dan CWO Tan semasa melancong di Greece pada 2016 buat kali pertamanya.

Anda semua mempunyai tahap kekananan yang berbeza dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Adakah anda menghadapi sebarang masalah dalam rombongan kembara pertama anda?

ME4 Tan: Dalam rombongan pertama, kami asyik menyeru mereka yang lebih senior sebagai "Puan" seperti di tempat kerja kerana kami masih kurang pasti tentang perasaan mereka (dalam suasana sosial) tetapi setelah mengenali satu sama lain dengan lebih rapat, gelaran itu diketepikan.

ME5 Aw: Sebagai contoh, Jenniferlah yang menyuruh kami usah memanggilnya "Puan". Beliau memang seorang yang senang berkawan dan tidak banyak kerenah. Sebaliknya, beliau mengingatkan kami, "Di luar pejabat, tak usah panggil saya “Puan”. Kalau tidak, anda mesti belanja saya minum bir." Mulai hari itu, kami memanggilnya Jie Jie (kakak dalam bahasa Mandarin).

Rombongan bersama adakalanya boleh mengeratkan atau memutuskan ikatan persahabatan. Bagaimanakah J2ACE dapat bertahan sekian lama?

ME5 Aw: Kami sentiasa mengambil inisiatif untuk membantu. Contohnya, bila Christina memasak, saya pula akan membersih. Kami akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk melayani pilihan masing-masing.

Ini suatu kisah lucu semasa mengembara di Greece – kami baru tahu Jennifer gemar sekali makan mi segera. Dia ajak kami berjalan lebih dari 8km untuk mencarinya sambil berkata, "Sangat cepat, sangat dekat, jom pergi!" Tetapi bila sampai saja di sana, kedai itu sudah tutup. Dalam perjalanan pulang pula, kami terjumpa pasar raya Asia berhampiran dengan tempat tinggal kami yang ada jual Mi Maggi! Sekarang, saya selalu bawa Mi Maggi dalam pengembaraan kami!

ME4 Tan: Memandangkan kami semua bertugas di SAF, ada banyak perkara biasa yang boleh dijadikan topik perbualan dan kami juga selalu bersedia untuk saling membantu. Contohnya, Jennifer amat berpengalaman dalam hal-hal Tentera Darat, jadi kami akan mendapatkan nasihatnya tentang hal-hal yang berkaitan dengan Tentera Darat.

Setentunya, ada juga perselisihan faham di kalangan kami, tetapi tidaklah sampai berlarutan. Kami akan berbincang dan terus menyelesaikannya –kami semua mengamalkan sikap amat terbuka dan tidak suka memendam perasaan.

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
23 Jul 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
23 Jul 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
23 Jul 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
23 Jul 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
23 Jul 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
23 Jul 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
23 Jul 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
23 Jul 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
23 Jul 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
23 Jul 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.