Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26oct22_news1_thumbnail9d34e7bb-6ef4-48d7-a4d6-278697300801.jpg?sfvrsn=f285e239_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RAHSIA-MEMPEROLEH-100-MARKAH-ANJING-SAYA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RAHSIA-MEMPEROLEH-100-MARKAH-ANJING-SAYA
RAHSIA MEMPEROLEH 100 MARKAH? ANJING SAYA
26 Oct 2022 | PEOPLE

RAHSIA MEMPEROLEH 100 MARKAH? ANJING SAYA

LTA FELICIA YAP TELAH MEMPEROLEH 100 MARKAH UNTUK IPPT SELAMA EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT. KETAHUI CARA DIA BERBUAT DEMIKIAN, DALAM KISAH KETIGA DARIPADA SIRI IPPT 100 MARKAH KAMI.

LTA Yap telah memperoleh 100 markah untuk IPPT selama empat tahun berturut-turut kerana teman lariannya, Boba.

Dia seorang gadis yang mudah buat kita iri hati – jenis yang makan banyak, menggemari karbohidrat dan pencuci mulut tetapi masih dapat kekal berbadan kurus dan tegap.

Ayam goreng, kentang goreng, roti, kek, aiskrim – ini merupakan beberapa makanan kegemaran Leftenan (LTA) Felicia Yap. Cara dia membakar kalori tersebut? Berlari setiap hari.

Hal ini semua dapat dilakukan kerana teman lariannya, atau teman berkaki empatnya, Boba. Sejak dia mendapat Boba pada 2019, LTA Yap telah berlari bersamanya supaya Boba mendapat jumlah senaman harian yang diperlukan.

 

"Saya biasanya tidak mengawasi diet saya, oleh itu saya cuba bersenam untuk membakar kalori daripada apa-apa yang saya makan. Saya menggemari makanan karbohidrat, makanan goreng dan pencuci mulut… jadi jika saya tidak berlari, saya tidak rasa dapat mengekalkan berat badan saya," kata Pegawai Peperangan Udara daripada Skuadron 160 Angkatan Udara Republik Singapura sambil tertawa.

Mengekalkan kecergasan juga mempunyai satu lagi kelebihan – pegawai berumur 31 tahun ini telah memperoleh 100 markah untuk IPPT selama empat tahun berturut-turut sejak 2019.

Ketahui apa lagi yang dia lakukan untuk mengekalkan rekod prestasinya!

LTA Yap menggemari makanan berkarbohidrat dan makanan goreng seperti tepung goreng.
Berat badan LTA Yap (kedua dari kiri) menyusut daripada 60kg kepada kira-kira 54kg selepas dia mula menyertai lumba lari merentas desa semasa zaman maktab rendah.

LTA Yap, adakah anda sentiasa begitu kurus?

LTA Yap: Tidak… saya sebenarnya mudah naik berat badan! Berat badan saya kira-kira 60kg semasa zaman sekolah menengah kerana saya banyak mengambil makanan segera. Berat badan saya kemudiannya menyusut kepada kira-kira 54kg selepas saya mula berlari dan merentas desa ketika zaman maktab rendah. Kemudian sejak beberapa tahun ini, saya mula berlari lebih kerap (kerana Boba), jadi berat badan saya kini kira-kira 48kg.

Ahh, jadi rahsia anda untuk kekal kurus dan tegap sebenarnya adalah membela anjing lah…

LTA Yap: (tertawa) Sebenarnya, saya memang mula berlari lebih kerap selepas membela Boba kerana dia perlukan senaman hariannya. Tetapi mujurlah begitu kerana saya terpaksa berlari dan saya juga dapat seorang teman larian!

Untuk mengekalkan kecergasannya, LTA Yap berlari sekurang-kurangnya 4km setiap hari dengan anjing baka Labrador yang berumur tiga tahun itu.

Bagaimanakah corak rejim latihan anda?

LTA Yap: Saya berlari sekurang-kurangnya 4km setiap hari. Kadangkala, saya berlari sehingga 8 atau 10km, bergantung pada Boba. Di tempat kerja, saya cuba pergi ke gim dua kali seminggu. Saya juga sebahagian daripada pasukan perahu naga SAFSA, jadi kami membuat latihan sekali seminggu. Kadangkala, saya berbasikal dengan rakan-rakan atau seminggu sekali jika saya berbasikal secara bersendirian.

LTA Yap (baris belakang, hujung kanan) menjalani latihan sekali seminggu sebagai ahli pasukan perahu naga SAFSA.

Apakah yang mendorong anda untuk mengekalkan rekod 100 markah untuk IPPT?

LTA Yap: Dalam format IPPT lama yang ada lima stesen, stesen paling teruk bagi saya sebenarnya ialah lompat jauh berdiri. Apabila mereka menukar kepada format baharu pada 2019, lebih mudah untuk saya memperoleh markah lebih tinggi. Itu juga tahun pertama saya memperoleh 100 markah.

Selepas itu, 100 markah ini menjadi standard yang perlu saya kekalkan kerana saya tidak mahu orang berpendapat bahawa saya berjaya hanya kerana nasib baik.

Kadangkala, LTA Yap (kiri) berbasikal dengan beberapa bekas ahli skuadronnya.

Sekiranya begitu, ada apa-apa petua untuk sesiapa yang ingin meningkatkan prestasi IPPT mereka?

LTA Yap: Dengan sistem IPPT baharu ini, anda boleh melakukan latihan di rumah. Cuba lakukan tekan tubi setiap selang sehari dan sekurang-kurangnya 60 kali sepanjang hari.

Apabila menghampiri tarikh IPPT, tingkatkan bilangan tersebut kepada kira-kira 100 supaya anda tahu anda dapat melakukan lebih daripada yang perlu dan tidak rasa tegang pada hari ujian. Bagi 2.4km, teruskan berlari secara kerap supaya anda tahu bahawa anda boleh berusaha melebihi ambang keupayaan anda.

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
26 Oct 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
26 Oct 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
26 Oct 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
26 Oct 2022

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
26 Oct 2022

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
26 Oct 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
26 Oct 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
26 Oct 2022

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
26 Oct 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
26 Oct 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.