PERJALANAN HIIDUP ANDA BERTAMBAH LICIN BILA ANDA BERKAHWIN DENGAN TEMAN KARIB ANDA

11feb21_photo1cropped3 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11feb21_photo1cropped3.jpg?sfvrsn=cf27db6e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERJALANAN-HIIDUP-ANDA-BERTAMBAH-LICIN-BILA-ANDA-BERKAHWIN-DENGAN-TEMAN-KARIB-ANDA
PERJALANAN HIIDUP ANDA BERTAMBAH LICIN BILA ANDA BERKAHWIN DENGAN TEMAN KARIB ANDA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERJALANAN-HIIDUP-ANDA-BERTAMBAH-LICIN-BILA-ANDA-BERKAHWIN-DENGAN-TEMAN-KARIB-ANDA
11 Feb 2021 | PEOPLE

PERJALANAN HIIDUP ANDA BERTAMBAH LICIN BILA ANDA BERKAHWIN DENGAN TEMAN KARIB ANDA

Kebahagiaan adalah mendirikan rumahtangga dengan teman karib anda: Ketahui bagaimana pasangan Tentera Laut ini menjalani hubungan mereka.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME2 HUANG & ME2 PHOON

Pasangan ini telah berkhidmat di Tentera Laut sejak 2004.
English 华文
English 华文

Mereka berkhidmat di kapal perang yang sama, menjadi teman karib – jatuh cinta beberapa tahun kemudian dan kini menjadi pasangan suami isteri. Kenali Pakar Tentera (ME) 2 Joe Huang dan ME2 Samantha Phoon.

Mereka bertemu semasa menghadiri Kursus Petty Officer pada tahun 2007. Kedua-duanya kemudian dihantar ke kapal yang sama, kapal frigat RSS Stalwart.

Tetapi pada 2015, iaitu beberapa tahun kemudian, perasaan mereka mula berputik di hati.

"Ia berlaku secara semula jadi dari semasa ke semasa apabila kami menjalankan banyak aktiviti bersama seperti mendaki batuan, menyelam dan bermain rollerblade dengan rakan-rakan Angkatan Laut kami yang lain," kata ME2 Huang, 37.

Rakan-rakan mereka seolah-olahnya– sama ada secara kebetulan atau pilihan – mula tidak hadir untuk acara mereka pada saat-saat terakhir, membiarkan pasangan itu bersendirian.

"Lama-kelamaan, kami mula berasa selesa sesama sendiri, mula saling mengirim pesanan, dan semuanya bermula daripada situlah," kata ME2 Phoon, 39.

Pasangan yang menarik: Pasangan itu menunggang motosikal ke upacara perkahwinan mereka.

Memandangkan mereka telah saling mengenali bertahun-tahun lamanya, ME2 Huang tidak membuang masa dan melamarnya setelah mereka mula berpacaran. Pasangan ini berkahwin pada 2016.

PIONEER bertemu bual dengan pasangan ini untuk mengetahui tentang kisah cinta mereka dan bagaimana mereka menyemarakkan api cinta mereka.

Apakah tugasan anda di Tentera Laut?

ME2 Huang: Saya adalah Ketua Sistem Kawalan Senjata di kapal frigat RSS Tenacious. Bersama-sama rakan sepasukan, kami mengendali dan menyenggarakan senjata OTO Melara 76mm kapal dan sistem peluru berpandu permukaan ke udara ASTER.

ME2 Phoon: Saya adalah penyelia latihan di Pusat Perang & Simulasi Perang Tentera Laut. Fasiliti itu seakan-akan replika Pusat Maklumat Tempur kapal. Kami menjalankan latihan simulasi untuk anak-anak kapal korvet peluru berpandu, tangki kapal pendaratan, kapal frigat, dan juga pesawat peronda maritim.

Pasangan ini menyertai aktiviti-aktiviti seperti mendaki batuan dan menjadi teman karib selama bertahun-tahun sebelum mula berpacaran.

Apakah yang menarik minat anda terhadap satu sama lain?

ME2 Huang: Karakternya – dia mempunyai azam yang kuat. Apabila dia ingin mencapai sesuatu atau telah bertekad untuk melakukan sesuatu, dia akan menjalankannya dengan bersungguh-sungguh dan mendorong dirinya untuk melakukan yang terbaik.

ME2 Phoon: Sepanjang tempoh persahabatan kami dan semasa berpacaran, saya berasa dirinya agak serupa dengan diri saya. Kami banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti mendaki batuan dan menyelam bersama-sama rakan kami di Tentera Laut.

Di hadapannya, saya boleh menjadi diri saya yang sebenar –kami begitu selesa sesama sendiri semasa kami mula berpacaran. Justeru, memang ya, saya berkahwin dengan teman karib saya! (tertawa)

ME2 Phoon akan membuat kad (gambar) dan biskut untuk suaminya setiap kali dia bertugas di laut untuk tempoh masa yang panjang.

Bagaimana perasaannya sebagai pasangan tentera?

ME2 Huang: Saya terpaksa menjalani latihan pelayaran selama seminggu dari semasa ke semasa. Saya juga perlu menjalani pengerahan yang berlangsung selama satu hingga tiga bulan.

ME2 Phoon: Sudah tentu, bila dia dikerahkan bagi tempoh yang panjang, saya akan merinduinya tetapi ia sesuatu yang boleh ditangani. Saya akan membuat biskut berbentuk hati untuk dimakan dalam kapal!

ME2 Huang: Apabila saya menjama biskut buatannya, saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana ada insan yang menjaga saya semasa saya belayar. Dia juga akan sediakan kad siap dengan label tarikh–dan saya harus baca satu kad setiap hari.

ME2 Phoon: Ia adalah tarikh jadual saya – saya akan beritahunya tugasan saya pada hari tertentu. Kad-kad itu juga tersirat dengan beberapa mesej kasih sayanglah. (tertawa)

Adakah baiknya mempunyai pasangan yang bertugas di Angkatan Laut?

ME2 Huang: Ia amat membantu kerana setiap kali saya menghadapi masalah atau kekecewaan di tempat kerja, saya akan bertanya untuk mendapatkan nasihatnya bagi membaiki keadaan. Sekiranya dia bekerja di luar (Angkatan Bersenjata Singapura), adalah lebih sukar bagi saya kerana saya tidak boleh membincangkan hal-hal ketenteraan yang sensitif dengannya.

ME2 Phoon: Memandangkan saya bertugas di Pusat Perang & Simulasi Perang Tentera Laut, saya perlu menjalankan latihan untuk anggota tentera dan wanita daripada pelbagai pekerjaan. Sekiranya latihan itu mempunyai kaitan dengan pekerjaannya, saya akan menyoalnya tentang apakah prosedur melakukan sesuatu operasi.

Ceritakan tentang pasangan anda dalam tiga perkataan.

ME2 Huang: Baik, tekad dan periang.

ME2 Phoon: Teman Sejiwa Sempurna

Ada sesuatu yang menarik tentang lelaki (dan wanita) yang berpakaian seragam.

Apakah pendapat anda tentang seorang lelaki/wanita dalam pakaian seragam?

ME2 Phoon: Saya mendaftar kerana saya ingin mempertahankan negara saya, justeru ia suatu keistemewaan yang membanggakan saya bila saya memakai pakaian seragam. Hakikatnya, apabila Joe berpakaian seragam, dia kelihatan 帅 [tampan dalam Bahasa Cina]! (tertawa)

ME2 Huang: Itu hanya pendapat dia. (ketawa)

Bagaimana anda akan menyambut Hari Valentine?

ME2 Phoon: Kami meraihkan ulang tahun perkahwinan kami dan Hari Valentine setiap tahun. Kami mengambil giliran untuk merancang. Kalau tidak, lazimnya si lelaki yang merancang kesemuanya. (ketawa)

ME2 Huang: Untuk Hari Valentine tahun ini pula, saya akan merancang untuk… err…

ME2 Phoon: Anda belum merancang lagi? (ketawa)

ME2 Huang: Errr… rahsia. (ketawa)

Bagaimana pula dengan sambutan Hari Valentine tahun lepas?

ME2 Phoon: Tahun lepas, saya menjalani Kursus Kepemimpinan Bersama dan ia suatu waktu yang sibuk bagi saya. Tetapi ia adalah giliran saya untuk merancang, jadi kami adakan makan malam yang ringkas di Crab in Da Bag. Tidak kira betapa sibuknya, kami akan cuba meluangkan masa untuk meraikannya.

Bagaimanakah anda memanfaatkan sepenuh masa anda bersama?

ME2 Phoon: Sebenarnya kami memang bersikap sistematik, kerana kami dilatih sedemikian di Tentera Laut. Apabila kami keluar bertugas, kami akan menyediakan senarai semak.

ME2 Huang: Apabila kami menjalankan tugas pada hujung minggu, kami akan menyenaraikan apa yang perlu dilakukan pada malam sebelumnya. Kami akan merancang jadual perjalanan kami, lokasi pertama dan seterusnya, supaya kami dapat menjimatkan masa perjalanan.

Pada tahun lepas, pasangan ini mendapat Mayo sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

Ceritakan sedikit tentang furkid anda.

ME2 Phoon: Namanya Mayo. Anjing berbaka Westiepoo yang berusia 7 bulan, dan baru sahaja menyertai keluarga kami pada Oktober lepas. Kami menjaganya bersama. Memberi makan, mandi dan membersihkan bahan buangannya – saya yang menguruskannya.

Memandangkan Joe pula gemar menonton banyak video YouTube tentang melatih anjing, dia lebih berjaya melatih anjing kami untuk duduk, berdiri dan berpusing. Dia akan disiplin dan melatihnya.

ME2 Huang: Memang, saya yang menjaga disiplin dan latihan kerana dia lebih 心软 (berhati lembut dalam bahasa Cina)!

ME2 Phoon: Ya, apabila Mayo tidak mahu makan, saya akan kata, "Dia tidak mahu makan, boleh saya berikan snek." Tetapi Joe akan berkata, "Beri dia snek sekarang, nanti dia tidak mahu makan makanannya."

Apakah perkara paling romantis yang pernah anda lakukan untuk satu sama lain?

ME2 Phoon: Perkara-perkara remeh yang dilakukannya. Contohnya, dia akan menghantar SMS kepada saya untuk memberitahu dia sudah habis bekerja dan akan pulang ke rumah. Bagi saya ini adalah sesuatu yang romantis kerana dia memikirkan tentang diri saya dan tidak sabar untuk pulang ke rumah.

ME2 Huang: Ehhh, saya tak tahulah, saya bukan jenis yang romantis. (ketawa) Okaylah, bila dia menjalani kursus, dia akan pulang lewat dan masih mahu masak makan malam untuk kami walaupun saya menawarkan untuk membeli makanan. Saya sangat menghargainya.

Apakah nasihat tentang hubungan yang boleh anda berikan kepada pasangan yang lain?

ME2 Phoon: Kahwin dengan teman karib anda! Hubungan kami amat mesra kerana saya mengenalinya dengan baik, dan dia juga mengenali saya dengan baik. Semasa kami bertengkar pun, kami akan bersetuju untuk tidak bersetuju.

ME2 Huang: Sebagai contoh, semasa kami sedang meneliti skema warna untuk pengubahsuaian rumah kami, kami sedar tiada pilihan yang betul atau salah, hanya mana yang lebih disukai.

Justeru, kami berkompromi – dia menyenarai pendekkan beberapa warna dan saya akan memilih daripada tiga warna ini. Ini adalah cara yang baik kerana dia terlibat dalam membuat keputusan dan saya juga berpeluang untuk memilih.

ME2 Phoon: Kami saling menghormati. Setelah kami membuat keputusan bersama, saya akan terus menyokongnya walaupun saya tidak bersetuju dengannya. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya tidak akan mengatakan, "Itulah, saya sudah katakan dahulu, tetapi kamu tidak mahu mendengar kata-kata saya."

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
11 Feb 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
11 Feb 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
11 Feb 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
11 Feb 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
11 Feb 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
11 Feb 2021

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
11 Feb 2021

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
11 Feb 2021

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
11 Feb 2021

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
11 Feb 2021

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.