PEMERIKSAAN KESELAMATAN UNTUK SEMUA LATIHAN DI LAPANGAN; PENGALAMAN ANGGOTA PERKHIDMATAN NS DIPERTINGKATKAN: ENCIK HENG

1-CXL_5636 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/1-cxl_5636.jpg?sfvrsn=3c78331a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMERIKSAAN-KESELAMATAN-UNTUK-SEMUA-LATIHAN-DI-LAPANGAN-PENGALAMAN-ANGGOTA-PERKHIDMATAN-NS-DIPERTINGKATKAN-ENCIK-HENG
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEMERIKSAAN-KESELAMATAN-UNTUK-SEMUA-LATIHAN-DI-LAPANGAN-PENGALAMAN-ANGGOTA-PERKHIDMATAN-NS-DIPERTINGKATKAN-ENCIK-HENG
PEMERIKSAAN KESELAMATAN UNTUK SEMUA LATIHAN DI LAPANGAN; PENGALAMAN ANGGOTA PERKHIDMATAN NS DIPERTINGKATKAN: ENCIK HENG
01 Mar 2019 | OPS & TRAINING

PEMERIKSAAN KESELAMATAN UNTUK SEMUA LATIHAN DI LAPANGAN; PENGALAMAN ANGGOTA PERKHIDMATAN NS DIPERTINGKATKAN: ENCIK HENG

// LAPORAN OLEH THRINA THAM

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG & KENNETH LIN

Untuk meningkatkan keselamatan latihan, akan ada pemeriksaan mandatori terhadap semua latihan lapangan yang dijalankan oleh Tentera Darat, kata Menteri Kanan Pertahanan Negeri Heng Chee How.

Ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Encik Heng di perbahasan Jawatankuasa Pembekalan di Parlimen pada 1 Mac, ketika beliau memberikan maklumat terkini mengenai latihan keselamatan dan Perkhidmatan Negara (NS).

"Para komander telah mengkaji semula secara komprehensif rancangan pengurusan keselamatan dan tempo latihan secara keseluruhannya ... angkatan tentera juga akan memastikan pemeriksaan 100 peratus terhadap semua latihan berisiko tinggi dan latihan di lapangan," katanya.

Ini bermakna semua latihan berisiko tinggi serta latihan di lapangan akan menjalani pemeriksaan keselamatan di peringkat unit, tahap pembentukan atau oleh Inspektorat Keselamatan Angkatan Tentera (ASI) yang berperanan untuk menilai keselamatan dan kesediaan operasi unit Tentera.

Sebelum ini, pemeriksaan hanya diberi mandat untuk aktiviti berisiko tinggi tetapi tidak untuk latihan di lapangan yang tidak dikelaskan sebagai "berisiko tinggi", seperti latihan taktikal peringkat seksyen.

"Pemeriksaan keselamatan adalah salah satu mekanisme untuk memastikan unit di lapangan mematuhi peraturan keselamatan ... (dan juga) peluang untuk memeriksa kecekapan anggota yang terlibat," kata Ketua ASI, Kolonel (COL) Tong Yi Chuen.

Pemeriksaan yang diberi mandat akan "menguatkuasakan pematuhan terhadap peraturan keselamatan oleh unit dan komander," kata Kolonel Tong, yang sedang bertemu dengan media semasa pemeriksaan rawak ke Batalion ke-41, Rejimen Bersenjata Singapura (41 SAR) di Kem Pasir Laba pada 28 Feb.

Walaupun ASI memberi tumpuan kepada sistem pengurusan keselamatan, ia adalah tugas Pejabat Inspektor-Jeneral untuk memastikan budaya keselamatan dikekalkan, kata Ketua Inspektor Jeneral Brigadier (BG) yang baru dilantik Tan Chee Wee, yang juga turut hadir.

"Sejajar dengan apa yang kita cuba lakukan ialah menghubungkan peringakat dasar dan peringkat sistem ke tingkah laku di lapangan ... (untuk melihat jika) terdapat jurang antara dasar, doktrin dan pelaksanaan dan (bagaimana) untuk mengurangkannya, "kata Bragadier Jeneral Tan.

Dalam ucapan beliau, Encik Heng menekankan bahawa penubuhan Pejabat Inspektor-Jeneral menguatkuasakan amalan keselamatan di peringkat tertinggi untuk memastikan bahawa arahan penekanan terhadap keselamatan diterapkan secara konsisten. "Kami bukan sahaja akan menangani kemalangan individu, tetapi juga untuk meningkatkan keselamatan latihan di setiap peringkat tanggungjawab."

Mengenai memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan keselamatan, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang membangunkan aplikasi mudah alih yang membolehkan para anggota perkhidmatan untuk memaklumkan pegawai keselamatan serta memberi amaran kepada setiap orang tentang kemungkinan bahaya.

Aplikasi "SafeGuardian" akan menyediakan platform untuk para anggota perkhidmatan untuk mengambil gambar mengenai bahaya di tempat kerja dan berkongsi dengan serta merta. Aplikasi ini akan memulakan ujian di pangkalan tentera laut pada Mac ini sebelum dilaksanakan ke seluruh SAF secara berperingkat.

Meningkatkan Pengalaman Anggota NS

Kementerian Pertahanan (MINDEF) juga mempunyai inisiatif untuk menunjukkan sokongan dan dorongan kepada anggota perkhidmatan negaranya.

Dari 1 Mac, Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) tidak lagi perlu memaklumkan Pusat Maklumat MINDEF jika mereka ke luar negara untuk jangka masa kurang dari enam bulan.

Ini tidak menjejaskan kesediaan operasi, kerana mereka masih perlu memohon Permit Keluar sebelum ke luar negara untuk jangka masa enam bulan atau lebih, kata Encik Heng.

Sebagai tambahan, para anggota NS yang mempunyai kepakaran relevan dalam bidang seperti kejururawatan dan komunikasi maklumat kini boleh dikerahkan untuk tugasan-tugasan ini di awal kitaran latihan mereka, dan bukannya selepas menyelesaikan kitaran latihan selama 10 tahun sebelum mengubah tugasan mereka.

Inisiatif "SkillsFuture @ NS" baharu juga akan dilancarkan untuk menawarkan lebih banyak kursus kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan membantu mereka transit ke pendidikan tinggi atau ke dalam alam pekerjaan.

Di bawah skim tersebut, NSF akan dapat menggunakan kredit bernilai $ 350 untuk mengambil kira 3,000 kursus (termasuk kursus mengenai analisis data dan keselamatan siber), dari hanya 200 kursus dalam talian. Kursus-kursus ini kemudiannya boleh digunakan untuk mendapatkan pengecualian kredit dari program diploma atau ijazah yang berkaitan.

Juga diumumkan adalah repositori digital baru, "NS Memories", untuk membenarkan anggota perkhidmatan untuk mengakses gambar rasmi diri mereka dan rakan-rakan mereka dalam talian. Bagi ibu-ibu, isteri, saudara perempuan dan kawan-kawan anggota NS, kem yang sama dengan Kem Boot Wanita yang diadakan pada tahun 2018 akan diadakan pada tahun ini. Perkhemahan pertama menyaksikan 103 wanita dipilih daripada lebih 1,000 pemohon untuk merasai kehidupan ketenteraan.

Dalam mengakhiri ucapan beliau, Encik Heng berkata: "Kejayaan NS diukur oleh keamanan yang dipelihara dan yang dikekalkan – setiap hari, tahun demi tahun.

"Dengan sistem NS yang kukuh dan berdaya tahan yang mendapat sokongan awam yang luas dan mendalam, kami dapat terus yakin tentang masa depan Singapura."


Memperkukuhkan Pertahanan Digital: Dr Maliki

Pertahanan siber barisan hadapan, Menteri Pertahanan Kanan Negara, Dr Mohamad Maliki bin Osman menekankan bertapa pentingnya Pertahanan Digital, dengan "digital" menjadi pertempuran baru hari ini.

"Pada zaman internet dan media sosial, ketahanan warga Singapura akan diuji melalui serangan dari bahagian digital," kata Dr Maliki di perbahasan Jawatankuasa Pembekalan di Parlimen pada 1 Mac.

"Sekiranya semua pihak memainkan peranan - Kerajaan, perniagaan, komuniti dan individu - kita boleh membuat Pertahanan Digital sebagai sebahagian daripada DNA Singapura, dan mengekalkan pertahanan menyeluruh kita," katanya. Pertahanan Digital telah ditambah sebagai tonggak keenam kepada rangka kerja Pertahanan Mutlak pada Hari Pertahanan Tahun ini pada 15 Feb.

MINDEF dan pelbagai agensi Kerajaan bekerjasama untuk membangunkan sistem keselamatan untuk memperkuat sistem pertahanan siber, kata Dr Maliki. Terdapat juga usaha untuk melengkapkan individu - MINDEF sedang bekerjasama dengan Lembaga Perpustakaan Negara untuk mengadakan bengkel literasi maklumat untuk rekrut di Latihan Ketenteraan Asas, yang bertujuan untuk melatih mereka untuk menangani kepalsuan dalam talian.

Bagi pelajar, permainan kad strategik "Guardians of the City" telah dikemas kini untuk memasukkan kad untuk memerangi ancaman digital, seperti melindungi data peribadi dan menggunakan kata laluan yang kuat. Pelajar yang bermain dalam permainan merasakan ia membantu mereka memahami dengan lebih baik ancaman-ancaman ini dan bagaimana mereka dapat memainkan peranan, kata Dr Maliki.

Walaupun usaha-usaha yang diperkatakan untuk Pertahanan Digital ditekankan, aspek-aspek pertahanan lain juga adalah penting, katanya.

"Ancaman pelbagai aspek hari ini bermakna bahawa (dalam usaha) untuk mengekalkan Singapura sebagai negara yang kuat, kita memerlukan usaha kolektif di mana setiap orang memainkan peranan dan mengambil tindakan dalam menegakkan enam tiang Pertahanan Mutlak."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
OPS & TRAINING
01 Mar 2019

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.