PEOPLE
PELUKIS SINGAPURA MENCIPTA MODEL ASKAR MINIATUR YANG NOSTALGIK DARIPADA KADBOD
11 Jan 2021
Sekiranya anda tidak melihat dengan teliti anda mungkin akan menyangka model ini adalah yang sebenarnya!
Ia adalah idea daripada pelukis "kadbod" Pegawai Waran ke-2 (2WO) (Bersara) Wilfred Cheah. Pegawai berusia 55 tahun itu adalah bekas komando biasa.
Setelah meninggalkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1993, dia bekerja sebagai pereka dalaman selama hampir 28 tahun sebelum menjadi artis miniatur sepenuh masa pada tahun lepas.
Karya terbaharunya yang berkaitan dengan ketenteraan ialah The Transition yang mempamerkan perubahan pakaian seragam dan peralatan di SAF dari akhir tahun 1970-an sehingga awal 1990-an. Ia ditempah oleh pelanggannya Encik Khairil Abdullah, yang telah mengalami peralihan itu semasa dia berkhidmat dengan Perkhidmatan Nasional (NS).
Kata 2WO (Bersara) Cheah: "Saya cuba membawa balik kenangan manis untuk generasi yang lebih tua, dan untuk membolehkan generasi muda melihat apakah peralatan yang kami gunakan dan latihan yang kami jalani semasa NS."
Sebelum memulakan projek baharu, 2WO (Bersara) Cheah akan manjalankan kajian dan bertemu bual dengan pelanggannya supaya sejarah karyanya adalah tepat.
"Dari situ, saya boleh tahu apakah objek dan peralatan yang mereka gunakan semasa NS mereka, seperti catuan kombat, seluar pendek dan kasut PT (Latihan Fizikal)," katanya.
Memelihara memori NSnya
Model askar miniatur pertama 2WO (Bersara) Cheah sebenarnya adalah dirinya sendiri. Dia menciptanya untuk mengingati kenangan indah dari hari-hari komando siong (hokkien untuk lasak).
Dia juga ingin berkongsi dengan askar-askar hari ini bagaimana generasi yang lebih tua mengatasi kemungkinan yang dihadapi dengan semangat "tentu boleh" mereka.
Contohnya, adakah anda tahu bahawa lao jiao (hokkien untuk burung tua) dari zamannya terpaksa mengguna tiang buluh sebagai senjata simulasi dalam latihan?
Bolehkah anda teka apakah senjata itu?
Ketahuinya dalam video ini apabila 2WO (Bersara) Cheah berkongsi kenangan NSnya melalui seni miniaturnya:
ALSO READ IN PEOPLE
Dia mempunyai semangat juang itu
04 May 2026
Petarung Ju-jitsu dan pemenang pingat emas Sukan SEA PTE Jedd Tan mengatasi segala rintangan untuk mencapai impiannya.
Mencapai keadaan alirannya
15 Apr 2026
Daripada latihan beruniform hinggalah perlumbaan di atas air, atlet kanu kebangsaan CPL Tristan Loo mengharungi NS dan sukan elit dengan disiplin dan keazaman.
Dari PES C ke sekolah markas
14 Apr 2026
Walaupun diberikan status PES yang menyebabkan mereka tidak layak memegang peranan tempur, 3SG Joel Quek dan OCT Braden Phua berusaha untuk "meningkatkan PES" kerana mereka merasakan mereka mempunyai lebih banyak untuk disumbangkan dalam NS.



