PEGAWAI PERUBATAN PERTAMA MENYARUNG BERET KHAKI

06mar20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/06mar20-photo1216899f9-dcfe-4497-b1b1-d1d43e981a59.jpg?sfvrsn=4182a426_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEGAWAI-PERUBATAN-PERTAMA-MENYARUNG-BERET-KHAKI
PEGAWAI PERUBATAN PERTAMA MENYARUNG BERET KHAKI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PEGAWAI-PERUBATAN-PERTAMA-MENYARUNG-BERET-KHAKI
06 Mar 2020 | PEOPLE

PEGAWAI PERUBATAN PERTAMA MENYARUNG BERET KHAKI

Kuat dan cekal: Kapten (Dr) Ng Chen Hui menawarkan diri untuk menyertai Kursus Penukaran Pengawal yang menjerihkan agar dihormati anggota-anggota bawahan di dalam Pasukan Aturgerak Angkatan Tentera (ADF).

// BERITA OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN CPT (DR) NG

English 华文
English 华文

Selepas menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Nasional Singapura, Kapten (CPT) (Dr) Ng Chen Hui kembali berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun lepas untuk menyambung semula kariernya sebagai pegawai perubatan. Anggota berusia 25 tahun itu merupakan penerima Biasiswa Perubatan SAF

Lawatan bertugas pertamanya ialah sebagai? Pegawai perubatan batalion ADF.

Lebih dikenali sebagai ADF, Pasukan Aturgerak Angkatan Tentera merupakan unit tempur semua tetap yang menjalankan operasi niche dalam mencegah keganasan, sokongan keamanan luar negara dan lebih banyak lagi. [Foto fail]

Di bawah perintahnya ialah pasukan yang dianggotai 10 medik tempur. Kebanyakan daripada mereka adalah Anggota Pengawal yang sangat berpengalaman – askar infantri elit yang mengkhusus dalam operasi heliborne.

Dua minggu selepas masuk berkhidmat, CPT (Dr) Ng meminta untuk menjalani Kursus Penukaran Pengawal (GCC). Ini bukannya satu keperluan untuk pegawai perubatan batalion ADF.

"Apabila mula berkhidmat, sebagai anggota wanita muda berusia 24 tahun, saya merasakan saya perlu menjalani pengalaman yang mereka biasa lalui agar saya dapat membina hubungan dengan mereka pada tahap yang lain."

QUOTE-A-credit
CPT (Dr) Ng berdiri dengan penuh bangga setelah menyarung beret khaki yang diperoleh dengan hasil titik peluhnya semasa perbarisan tamat latihan Kursus Penukaran Pengawal tahun lepas.

Memikul tanggungjawab bersama-sama

Doktor yang mempunyai ketinggian 1.56 meter merupakan satu-satunya pelatih wanita semasa GCC yang berjalan selama lima minggu itu, dan dia melalui latihan yang sama menjerihkan seperti anggota-anggota lelaki. Ini termasuk turun bertali dari helikopter, berenang pinggir pantai dan perarakan tempur 10km yang menyakitkan.

"Ia benar-benar mencabar. Badan kami membongkok dengan bebanan lebih 30kg. Kawasannya tinggi rendah; permukaan tanahnya berbatu-batan. (Tambahan pula,) kami perlu mencapai masa lulus jadi ada pada masa-masanya kami perlu berlari.”

Sama ada semasa latihan latihan asas tentera atau latihan pegawai kadet, CPT (Dr) Ng tidak pernah mengharapkan layanan yang berbeza daripada anggota-anggota lelaki.

"Saya bekerjasama dengan mereka, dan anggota-anggota lelaki lain menghormati saya kerana itu. Semasa tembak menembak seksyen, kami bergilir-gilir membawa set semboyan. Saya juga membawa Matador (senjata anti kereta kebal yang beratnya hampir 9kg) dan melakukan latihan tembak menembak bersama-sama (dengan anggota-anggota lelaki)."

QUOTE-A-credit

Dia merendah diri tentang kejayaannya menjadi pegawai perubatan wanita pertama dalam SAF yang menamatkan GCC, dengan menyatakan bahawa ada wanita lain yang berjaya melakukannya juga.

Pelatih GCC menjalani perarakan tempur dengan bebanan tempur lengkap yang beratnya lebih daripada 30kg. [Foto fail]

Semangat positif

Sepanjang wawancara, dia menegaskan berkali-kali latihan tersebut siong (bahasa Hokkien untuk mencabar) tapi menyeronokkan.

Mengimbau kembali Pusingan Inokulasi Tempur, bahagian yang paling mencabar ialah BMT-nya, dia tergelak apabila mengingati kembali: "Hujan sangat lebat; jadi saya macam merangkak dalam teh peng (bahasa Hokkien untuk teh susu)! Memang menjijikkan! Sangat menyedihkan kerana saya basah kuyup dan letih!"

Sebagai sebahagian daripada GCC, berenang pinggir pantai sejauh 1 km membina keyakinan pelatih dalam operasi air terbuka. [Foto fail]

Dia juga menyamakan berenang pinggir pantai sejauh 1 km semasa GCC seperti berseronok-seronok berenang di laut. Namun dia mengakui pada awalnya ia berjalan lancar kerana mereka berenang mengikut arus.

"Tetapi semasa perjalanan balik, pada satu peringkat, anda akan tersangkut. Ia sungguh menyakitkan; seperti berenang tanpa henti,” dia mengingati kembali. "Akhirnya, kami hanya berpaut pada satu sama lain dan berenang bersama-sama (untuk sampai ke pinggir pantai)."

Pelatih GCC turun bertali dari helikopter. [Foto fail]

Anggota-anggota lelaki lain lebih suka menamatkan latihan dan tidak mahu mengingatinya lagi. Namun dia lebih suka menikmati saat-saat itu – terutamanya semasa aktiviti yang melibatkan elemen tinggi seperti turun bertali dari helikopter.

"Ia bagaikan dunia baru di atas sana kerana kipas helikopter berpusing betul-betul di atas kepala anda; dan anginnya sangat deras," dia menerangkan.

"Ramai anggota-anggota lelaki, kerana mereka masih muda – semuanya berusia 18 atau 19 tahun – turun dengan pantas kerana mereka merasakan ia seperti satu perlumbaan. Tetapi saya tidak tergesa-gesa kerana hendak menikmati pemandangannya!"

Doktor, pemerintah & pelatih

Dari hari ke hari, CPT (Dr) Ng menjaga kesihatan anggota-anggota ADF sambil menguruskan keperluan perubatan mereka.

Semasa misi, dia akan keluar dengan anggota-anggota tentera di semua operasi kawasan, menyediakan perlindungan perubatan dari hospital medan yang dikenali sebagai Battalion Casualty Station (BCS).

CPT (Dr) Ng (kiri) bekerja dengan Staf Sarjan Muhammad Amir Bin Amat untuk merawat mangsa simulasi di dalam sebuah BCS.

Dia mengambil pendekatan yang serius terhadap kerjanya kerana ADF ialah unit kesediaan tinggi.

"Saya melatih sendiri anggota bawahan BCS. Saya menganggap ia tanggungjawab saya kerana kemahiran mereka akan memberi kesan kepada mangsa-mangsa yang kami bakal hadapi dalam operasi sebenar... Ia sangat penting untuk ADF `kerana kami sebuah unit operasi…yang berlatih untuk situasi sebenar.”

QUOTE-A-credit
CPT (Dr) Ng (hujung kiri) dengan pasukan medik ADF-nya.

Sebagai komander, dia bertanggungjawab atas kesejahteraan "adik-adik lelakinya", ramai daripada mereka yang lebih tua daripadanya dan juga mempunyai anak-anak sendiri. Dia memastikan dia mendengar kebimbangan mereka, menyatakan bahawa "kadang-kadang apa yang mereka perlukan ialah orang yang bersimpati apabila mendengar".

"Ini adalah perintah dengan penghormatan – tiada tempat lain yang memberikan peluang seperti ini untuk bertanggungjawab ke atas kehidupan orang lain. Jadi saya berterima kasih dengan peluang ini."

Tahap kecergasannya sebelum ini biasa sahaja

Untuk rekod, dia tidak cukup cergas semasa dia masuk tentera pada 2013. Masa lariannya untuk 2.4 km ialah lebih 16 minit.

Hari ini, jumlah skornya untuk Ujian Kecergasan Fizikal Individu ialah 98 daripada 100 markah!

Dia boleh menghabiskan larian 2.4 km dalam 10:20 minit, dan melakukan 60 tekan tubi dalam satu minit. Kelemahannya ialah bangkit tubi – dia hanya boleh melakukan "50-an tahap rendah ".

Mesejnya kepada wanita yang berada atas pagar tentang menyertai angkatan tentera?

“Kecergasan fizikal sentiasa boleh dilatih. Bagi mereka yang hendak mendaftar diri, anda perlu jelas tentang apakah matlamat anda. Adakah anda berada di sini untuk berkhidmat? Jika itu tujuan anda, kebimbangan-kebimbangan ini tidak berapa penting. Anda mesti yakin dengan diri anda dan percaya anda boleh melakukannya."

QUOTE-A-credit
Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
06 Mar 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
06 Mar 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
06 Mar 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
06 Mar 2020

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
06 Mar 2020

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
06 Mar 2020

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
06 Mar 2020

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
06 Mar 2020

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
06 Mar 2020

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
06 Mar 2020

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.