PEOPLE
MEREKA BERANI MELAKUKAN, MENGIMPIKAN SERTA MENGATASI KEGAGALAN
21 Oct 2020
Penyelesaian pintar mereka bukan sahaja menyelamatkan Jurutera Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) daripada menghabiskan 94 peratus masa mereka membaiki lampu posisi sayap pesawat F-15SG tetapi ia juga telah diiktiraf oleh pengeluar pesawat Boeing.
Penyelesaian pintar mereka bukan sahaja menyelamatkan Jurutera Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) daripada menghabiskan 94 peratus masa mereka membaiki lampu posisi sayap pesawat F-15SG tetapi ia juga telah diiktiraf oleh pengeluar pesawat Boeing.
Idea pasukan Jurutera Tentera Udara daripada Skuadron 817 (SQN): untuk menggantikan modul Diod Pancaran Cahaya (LED) di dalam lampu posisi sayap bagi F-15SG berbanding menghantar keseluruhan pemasangan untuk dibaiki setiap kali lampu posisi sayap F-15SG rosak.
Apa yang nampaknya seperti penyelesaian mudah kepada masalah yang mudah, bagaimanapun, mempunyai impak yang besar di dalam dan di luar negara Singapura.
"Walaupun amalan semasa (menggantikan keseluruhan pemasangan) ini sudah teruji, kami tidak boleh menerimanya begitu sahaja, terutamanya apabila kami menyedari menggantikan komponen individu akan menyelamatkan masa dan wang RSAF," kata ME3 Ng Yong Yong, Ketua Penerbangan bagi Penerbangan Peralatan Elektrik 817 SQN.
Oleh kerana itu, pasukan memutuskan untuk mencadangkan perubahan berani kepada status quo. Perjalanan perintis untuk menggantikan modul LED, bagaimanapun, tidak sepenuhnya bebas daripada pergolakan.
Pertama, untuk menukar lampu posisi sayap F-15SG, arahan penerbangan memberi mandat bahawa keseluruhan pemasangan lampu perlu ditukar dan bukan hanya nod yang rosak. Terdapat juga ketidakpastian sama ada penggantian sepertinya mungkin mengurangkan keupayaan pemasangan untuk menahan bebanan udara yang banyak.
"Tambahan pula, kami terpaksa meyakinkan pihak berkuasa kelayakan terbang yang proses ini boleh bertahan kerana modul LED tidak mempunyai nombor pengenalan yang mudah dilihat," kata ME3 Ng.
Akhirnya, pasukan tidak pasti sama ada pengeluar pesawat, Boeing, boleh diyakinkan. "Ia melibatkan banyak perundingan. Jika Boeing tidak bersetuju dengan cadangan kami, ia juga akan menjadi sukar bagi kami untuk meyakinkan pihak berkuasa kelayakan terbang," kata ME3 Ng.
Tetapi pasukan tidak mahu mengalah walaupun menghadapi cabaran-cabaran ini. Terutamanya, sokongan yang diberikan oleh pegawai atasan mereka menjadi sumber motivasi. Pasukan ini menyorot: "Pengurusan skuadron menyokong rancangan kami. Mereka memberi kami masa untuk melaksanakan cadangan kami.”
Bagi menangani ketidaktentuan sama ada prosedur yang dicadangkan akan mengurangkan keupayaan pemasangan lampu posisi sayap untuk bertahan terhadap bebanan udara yang sangat berat, pasukan telah menggeledah manual teknikal dan standard kejuruteraan untuk prosedur serupa bagi mendasari proses mereka.
Mereka berusaha sehingga pergi bertemu sendiri dengan wakil teknikal Boeing semasa latihan kerahan luar negara ke Mountain Home, Idaho, untuk membincangkan kebolehlaksanaan cadangan mereka.
Perbincangan yang diadakan sesama mereka sendiri dan dengan pakar teknikal akhirnya membolehkan pasukan menzahirkan rancangan mereka. Ini dibuat dengan menentukan bebanan tork yang tepat bagi memastikan modul boleh bertahan dengan tekanan udara tinggi yang dilalui jet pejuang pada kelajuan tinggi.
Seterusnya, bagi meyakinkan pengurus sistem F-15SG mengenai kebolehreplikaan penyelesaian yang dicadangkan, pasukan menyelidik cara untuk memastikan nombor pengenalan modul LED.
Akhirnya, pasukan dengan teliti menjejak bahagian itu kepada pengeluar subkontrak dengan bantuan Boeing. "Kami memeriksa dengan Boeing sama ada modul khusus ini boleh dibeli, dan Boeing juga memainkan peranan mereka untuk memasukkannya ke dalam rantaian bekalan," ME3 Ng memberi komen.
Pada hari Isnin, pasukan ini telah diiktiraf kerana inovasi mereka, atas daya tahan mereka — pasukan ini telah muncul sebagai salah satu daripada tujuh pemenang anugerah "Dare to Do" semasa Anugerah Transformasi Perkhidmatan Awam (PST) tahun ini, daripada 73 pencalonan.
Anugerah ini mengiktiraf semangat mengambil risiko dan ketabahan dalam perkhidmatan awam. Ia memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang boleh mengenal pasti peluang baru untuk melakukan sesuatu. Mempunyai keberanian untuk mengambil risiko, mengatasi kegagalan dan memiliki kekebalan untuk mencuba dan mempelajari secara berulang.
Menggambarkan kemenangan mereka sebagai suatu yang tidak diduga dan suatu penghormatan, pasukan berkata: "Ia bukan sahaja mengenai kemenangan tetapi kegagalan juga buat kami semua. Malahan, kami beberapa kali gagal semasa melaksanakan projek kami. Tetapi apa yang penting ialah kami tidak pernah mengalah. Kami berani gagal.”
Juga sambil berpegang teguh kepada semangat inovasi mereka, pasukan ini buat masa sekarang sedang mengusahakan projek serupa untuk meluaskan penerapan idea ini kepada bahagian-bahagian lain pesawat.
"Bertahan dan bertabahlah sebaik sahaja anda telah memberikan komitmen kepada mencapai matlamat yang lebih besar. Walaupun jika kerja keras tidak mendatangkan hasil, sekurang-kurangnya anda mempelajari sesuatu dalam prosesnya.”
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

