MENITI KEJAYAAN SEBAGAI BADUT

Clown-Kong https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/clown-kong.jpg?sfvrsn=c916687c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENITI-KEJAYAAN-SEBAGAI-BADUT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MENITI-KEJAYAAN-SEBAGAI-BADUT
MENITI KEJAYAAN SEBAGAI BADUT
01 Nov 2018 | PEOPLE

MENITI KEJAYAAN SEBAGAI BADUT

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN 1SG (NS) KHONG

Sarjan ke-1 (1SG) (NS) Edmund Khong berubah daripada seorang yang gemar menyendiri melayan ketagihan permainan kepada badut yang terkemuka di dunia.

Sarjan ke-1 (1SG) (NS) Edmund Khong berubah daripada seorang yang gemar menyendiri melayan ketagihan permainan kepada badut yang terkemuka di dunia.

Dia meraih pendapatan yang lumayan sebagai badut profesional, menghiburkan kanak-kanak di majlis dengan aksi silap mata dan menjugel. Bayarannya? Sebanyak $450 sejam.

Tetapi setiap kali persembahannya berakhir, senyumannya akan bertukar menjadi sedih — dia berasa letih setelah menjalankan perniagaan ini selama lapan tahun. Ini berlaku pada 2013.

"Perniagaan saya berjalan lancar beberapa tahun pertamanya, tetapi saya pula hilang hala tuju dalam hidup," kata 1SG (NS) Khong.

"Menjadi badut sepatutnya menyeronokkan sebaliknya, ia membebankan saya. Para pelanggan juga dapat merasainya dan lama-kelamaan tempahan saya pun jatuh."

Titik Perubahan

Sebagai melepaskan diri daripada dunia, dia berkurung di dalam rumah dan asyik bermain permainan komputer hampir siang dan malam.

Pada masa itu, 1SG (NS) Khong berusia 33 tahun dan menghidap sedikit kencing manis dan berat badannya 95kg — kerana banyak duduk melayan ketagihan permainannya selama satu setengah tahun. Doktornya memberi amaran sekiranya dia tidak melakukan sesuatu tentang kesihatannya, dia akan meninggal dunia pada usia 50-an.

Dia mula menyertai gim dan dalam masa lapan bulan, berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 20kg. Ternyata, dia gemar sekali mengangkat berat sehingga mampu "menggantikan" ketagihan permainannya.

Badut Terulung di Dunia

Hari ini, anggota berusia 37 tahun telah berjaya mengubah hidupnya. Dia juga merupakan badut yang terulung di dunia.

Dia memenangi anugerah terunggul di konvensyen Persatuan Badut Sedunia (WCA) 2018, mengalahkan 200 badut yang lain dari serata dunia untuk merangkul anugerah “Badut Terulung”.

Anugerah ini diberikan kepada peserta yang mempunyai skor keseluruhan yang tertinggi dari pelbagai aspek badut.

1SG (NS) Khong diberi gelaran Master Badut kerana memenangi anugerah itu selama dua tahun berturut-turut (dia juga menang pada 2017).

Ini menjadikan dia satu daripada hanya empat Master Badut dalam sejarah WCA. Persatuan Badut Sedunia yang bertapak di Amerika Syarikat dianggotai lebih daripada 2,000 ahli.

Kerjaya Sebagai Badut

1SG (NS) Khong mula sekali berjinak-jinak dalam silap mata beberapa bulan sebelum tamat kursus Perkhidmatan Nasional (NS) sepenuh masanya. Dia belajar sendiri dengan merujuk kepada buku dan menonton pita video.

Semasa di universiti, dia melakukan kerja-kerja sambilan di majlis-majlis hari jadi dan acara. Melalui kerja-kerja ini, dia mula belajar tentang kemahiran membentuk corak belon, menjugel, ventrilokisme dan badut.

"Budak-budak akan tanya jika saya tahu buat ini atau itu. Saya seorang yang amat kompetitif — apabila anda mencabar saya, saya akan menyahut cabaran itu," jelasnya.

Bertekad untuk menjadikan badut kerjaya sepenuh masanya dan setelah tamat pengajiannya di universiti, dia menghadiri kem dua minggu di AS untuk mengasah kemahiran.

"Saya memang suka kanak-kanak dan itulah sebab saya memilih kerjaya ini. Tetapi saya juga cuba menggalakkan orang dewasa untuk berturut serta. Warga Singapura tidak kuat bermain —sebagai orang dewasa, kami hilang minat untuk berjenaka," kata 1SG (NS) Khong. Dia bekerja dengan isterinya, yang menguruskan pentadbiran dan kewangan.

Perkhidmatan Negara yang Memuaskan Hati

Semangat daya saingnya juga mendorongnya untuk memanfaatkan tempoh Perkhidmatan Negaranya.

"Saya bukan jenis yang "suka duduk dan relaks"; Saya giat melibatkan diri dengan unit saya. Sebelum menjalani Perkhidmatan Negara, pernah saya terdengar ramai yang mengatakan membuang masa sahaja (berada dalam) Tentera. Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri saya, justeru saya akan pastikan saya menyertai aktiviti-aktiviti yang dikendalikan seberapa banyak yang boleh," kata 1SG (NS) Khong.

Sehingga hari ini, 1SG (NS) Khong masih melibatkan diri secara aktif dalam NS. Baru bulan lepas, pakar isyarat ini melengkapkan Cabaran Cobra dengan unitnya, iaitu Briged Infantri Singapura ke-76. Cabaran ini merupakan suatu pertandingan fizikal tahunan bagi unit-unit dalam Bahagian Singapura ke-6 (6 DIV).

Menetapkan Matlamat Baharu

Semangat "lakukan saja" yang tersirat semasa dalam Perkhidmatan Negara telah membantu membangunkan perniagaannya. Tidak seperti pemilik perniagaan lain yang hanya mementingkan keuntungan, dia berusaha untuk menghalusi kemahirannya.

Dia menghadiri persidangan dan latihan di luar negara, dan menghabiskan ribuan dolar setahun untuk pakaian dan peralatan baharu.

"(Terdapat banyak persaingan dan) satu-satu cara untuk maju adalah untuk menjadi lebih bagus. Sekiranya anda tidak membangunkan diri, anda akan ketinggalan sedangkan orang lain sudah bergerak maju," kata 1SG (NS) Khong.

Memenangi kejohanan dunia telah membuka pintu baginya, membawanya ke Hong Kong, Jepun dan Indonesia untuk membuat persembahan.

Kini dia menumpukan perhatian untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara, terutama ke China dan AS – bukan sahaja dalam pertunjukan tetapi juga mengajar seni badut kepada mereka yang baru berkecimpung dalam bidang ini.

"Saya ingin menabur benih, untuk memastikan seni badut terus dimajukan."

Berat badan 1SG (NS) Khong yang paling tinggi ialah 95kg.

1SG (NS) Khong (kiri) bersama-sama rakan sepasukannya setelah melengkapkan Cabaran Cobra 6 DIV.

At his heaviest, 1SG (NS) Khong tipped the scales at 95kg.
1SG (NS) Khong (left) with his unit mates after completing the 6 DIV Cobra Challenge.
Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
01 Nov 2018

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
01 Nov 2018

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
01 Nov 2018

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
01 Nov 2018

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
01 Nov 2018

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
01 Nov 2018

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
01 Nov 2018

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
01 Nov 2018

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
01 Nov 2018

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
01 Nov 2018

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.