PEOPLE

MENETAPKAN STANDARD YANG TINGGI

13 Jun 2020

Menjadi abang sulung bermakna dia sentiasa perlu menunjukkan teladan dan membuka jalan untuk adik-adiknya. Bagi kebanyakan orang, ia merujuk kepada perkara-perkara biasa seperti berjaya di sekolah, mendapat pekerjaan pertama yang bagus atau lulus ujian memandu pada percubaan pertama.

13jun20pnr-photo1

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN 2LT MUKUNDAN


Ibu bapa berbangga: Ibu bapa 2LT Mukundan menyematkan pangkat epaulet pegawai pada uniformnya.

Menjadi abang sulung bermakna dia sentiasa perlu menunjukkan teladan dan membuka jalan untuk adik-adiknya. Bagi kebanyakan orang, ia merujuk kepada perkara-perkara biasa seperti berjaya di sekolah, mendapat pekerjaan pertama yang bagus atau lulus ujian memandu pada percubaan pertama.

Bagi Leftenan Muda (2LT) Mukundan Malaiya Maran, pegawai angkatan tentera laut Republik Singapura yang baru dilantik, ia bermakna berkongsi dengan adik lelakinya pengalaman menjadi askar elit dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Tahun lepas, penyelam tentera laut berusia 22 tahun menjemput adiknya untuk menghadiri perbarisan tamat Kursus Penyelam Tempur (CDC). "Baginya majlis itu suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan dan berkongsi dengan saya bahawa dia juga ingin menyertai unit elit," kata 2LT Mukundan.

Impian adiknya, Kadet Pakar Pelatih (SCT) Aanandan Malaiya Maran, menjadi kenyataan dan dia kini sedang berlatih untuk menjadi ketua komando.

2LT Mukundan (tengah) di perbarisan tamat latihan CDC pada 20 Sep 2019, bersama-sama dengan adiknya SCT Anandan (kanan), yang mendaftar pada Januari tahun ini, dan kakaknya.

Apakah perasaan ibu bapanya apabila kedua-dua anaknya berkhidmat dengan unit elit dalam Perkhidmatan Negara? "Ibu bapa kami terkejut!" dia berkata.

"Memandangkan saya yang mendaftar dahulu, semasa saya diterima untuk menyertai Unit Selam Laut Angkatan Tentera Laut, ibu saya risau tentang cabaran yang saya mungkin hadapi. Selepas menyaksikan saya melalui latihan, dia melihat sendiri langkah-langkah keselamatan yang ketat dan kami memiliki pengetahuan yang kami perlukan (seperti latihan kecemasan) sebelum kami melalui latihan.

"Semasa adik saya didaftarkan, ibu saya lebih yakin dengan cara latihan itu bakal dilaksanakan. Ubi bapa kami memahami bahawa ia merupakan satu pencapaian bagi kami berdua untuk berada di dalam unit-unit ini."

Walaupun adik beradik ini berada dalam kerjaya yang berbeza, 2LT Mukundan gembira berkongsi tip dengan adiknya: "Bila kami perlu menjalani latihan yang mencabar dari segi fizikal, saya akan memberi nasihat bagaimana untuk memperbaik prestasinya.

"Memandangkan komando dan penyelam perlu bekerja di bawah tekanan, saya memberitahunya agar memantapkan dirinya dari segi mental dan tabah menghadapi cabaran dan juga sentiasa tenang."

Persaingan mesra antara adik beradik ini mendorong mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. "Kami membandingkan skor setiap kali kami mengambil Ujian Kecergasan Fizikal Individu dan cuba mengalahkan satu sama lain," terangnya.

"Memang menyeronokkan kerana kami mendorong satu sama lain untuk memperbaik prestasi tetapi apabila berlumba lari, saya yang lebih laju!" 2LT Mukundan berseloroh.

Panglima Tentera Laut Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng (kanan) mempersembahkan 2LT Mukundan dengan pedang istiadat semasa majlis pentauliahannya pada 12 Jun.

Menjadi pemimpin dalam keadaan yang tidak pernah ditempuhi.

2LT Mukundan telah ditauliahkan sebagai pegawai SAF pada 13 Jun. Seperti 373 anggota yang telah ditauliahkan bersama-sama dengannya, dia berada di pertengahan Kursus Kadet Pegawai 38 minggu apabila pandemik COVID-19 mula melanda.

Dia memulakan Kerahan Latihan Laut Pegawai Kadet Kanan (MSTD) pada akhir Januari, ketika keadaan semakin memburuk. Kapalnya, Kereta Kebal Kapal Pendarat RSS Endurance, tidak dapat berlabuh di pelabuhan luar negara. Mereka mengatasinya dengan berlayar dan berlatih di Laut China Selatan.

"Disebabkan kami tidak dapat berlabuh dan tidak dapat mengambil pelepasan, masa untuk berekreasi amat terhad. Jadi kami menyambung sahaja tugas kami (sepanjang pelayaran)."

"Penting bagi kami untuk meneruskan latihan walaupun semasa pandemik." dia menerangkan.

"Daripada perspektif seorang penyelam, kumpulan selam pembersihan masih lagi menjalankan tugasan mereka sambil memastikan tiada ancaman yang boleh menggugat keselamatan maritim kita."

"Keselamatan maritim negara kita amat penting – ia merupakan talian hayat Singapura."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story