MILESTONES
MENANDAKAN 30 TAHUN LATIHAN BERTARAF TINGGI DI AWAN BIRU AS
26 Apr 2023
Detasmen Peace Carvin II, yang mengendalikan jet pejuang F-16, menyambut ulang tahun ke-30 hari ini. Yang berikut adalah empat perkara tentang detasmen RSAF luar negara yang paling lama beroperasi.
Detasmen Peace Carvin II, yang mengendalikan jet pejuang F-16, menyambut ulang tahun ke-30 hari ini. Yang berikut adalah empat perkara tentang detasmen RSAF luar negara yang paling lama beroperasi.
Detasmen Peace Carvin II (PCII) Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menyambut ulang tahun ke-30 pada 25 April – menandakan tiga dekad Latihan bertraf tinggi pesawat pejuang F-16 di AS.
Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan, Encik Heng Chee How merasmikan perbarisan ulang tahun di Pangkalan Tentera Udara Luke di Glendale, Arizona awal hari ini, di mana beliau berkata peristiwa penting itu adalah bukti hubungan dan perkongsian erat yang berkekalan di antara Singapura dan AS.
"Ini telah memberi anak kapal kami peluang berlatih dalam persekitaran yang realistik dan mencabar untuk mengasah kemahiran pertempuran udara dan kecekapan penerbangan mereka –keupayaan yang amat penting kepada RSAF memandangkan kekangan luas kawasan darat dan ruang udara Singapura."
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, Ketua Tentera Udara Mejar Jeneral (MG) Kelvin Khong turut membuka tirai mempamerkan ‘tail flash’ peringatan, sedangkan Encik Heng melawat beberapa ahli keluarga anggota tentera detasmen.
Inilah yang anda perlu tahu tentang PCII.
1. Ia merupakan detasmen luar negara yang paling lama beroperasi di RSAF.
PCII adalah detasmen luar negara yang paling lama beroperasi di RSAF, operasinya bermula pada 1993.
Sejak itu, anak kapal udara RSAF telah memanfaatkan ruang udara latihan yang meluas untuk menjalankan senario latihan yang realistik, seperti simulasi ancaman. "Kami berpeluang mengendalikan latihan bertaraf tinggi, mengasah kecekapan seperti peperangan elektronik dan penggunaan senjata sebenar," kata Komander Detasmen Mejar (MEJ) Tan Yong Chin.
Detasmen itu diketuai oleh pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan RSAF bersama – di bawah penamaan Skuadron Pejuang ke-425 di Pangkalan Tentera Udara Luke.
2. Ia telah mencatatkan masa penerbangan yang melebihi 75,000 jam.
Detasmen PCII telah mencatatkan lebih daripada 75,000 jam masa penerbangan dan menyertai latihan kuasa besar termasuk Latihan Bendera Merah, Bendera Maple dan Bendera Hijau.
"Latihan berbilang hala sebegini telah membolehkan kami terus mengasah kecekapan kami dan menanda aras diri kami dengan tentera udara asing di seluruh dunia," kata MEJ Tan Yong Chin.
Anak kapal darat juga telah mendapat manfaat daripada latihan bersama dengan USAF di PCII.
"Pengajaran terbesar daripada latihan di sini ialah perkongsian silang pengetahuan dan kepakaran dengan rakan-rakan sejawat saya di USAF," ujar Jurutera Tentera Udara Pakar Tentera 2 (ME2) Yogaraj Kunaseelan, yang berperanan memastikan persenjataan dan sistem senjata pesawat adalah sedia misi.
"Pengalaman latihan (ini) membolehkan saya mengasah kemahiran saya dan saya dapat berkongsi pengetahuan dengan junior saya sekembali saya ke Singapura."
3. PCII telah memenangi beberapa anugerah di latihan berbilang hala
Anak kapal udara dan darat detasmen PCII telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan dan berjaya meraih anugerah.
Tahun lepas, mereka memenangi anugerah "Unit Penyelenggaraan Pesawat Cemerlang" di latihan tempur udara berbilang hala Bendera Merah – Nellis di Nevada, AS.
Latihan itu melibatkan hampir 55 pesawat daripada RSAF, Tentera Udara Diraja Saudi dan USAF, menguji kesediaan tempur mereka dalam keadaan persekitaran siang dan malam.
Mereka juga memenangi Pertandingan Muatan Senjata Tahunan Sayap Pejuang ke-56 2020, yang melibatkan pasukan dari skuadron F-16 dan F-35 dari USAF. Mereka dinilai berdasarkan pengetahuan teknikal mereka dan kelajuan dan ketepatan pemuatan peluru.
4. Ia merupakan salah satu daripada tiga detasmen latihan tetap di AS
RSAF mempunyai tiga detasmen latihan di AS untuk mengasah kemahiran pertempuran udaranya dengan USAF.
Satu lagi detasmen ialah Peace Carvin V, yang mengendalikan jet pejuang F-15SG di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho.
Detasmen Peace Vanguard di Marana, Arizona membenarkan RSAF mengendalikan latihan bertaraf tinggi dalam helikopter Apache AH-64D. Pada 26 Apr, detasmen tersebut akan menandakan tahunnya ke-20.
Dalam ucapannya di majlis ulang tahun PCII, Encik Heng berkata RSAF sedang membangunkan detasmen baharu di pangkalan Ebbing, Fort Smith, Arkansas, dengan kerjasama USAF dan Perintah Latihan Pendidikan Udara (AETC).
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

