Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01sep20_news1_photo1313eae15-a581-4649-8bc2-6d8bae157923.jpg?sfvrsn=b3f085b0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERTAHANKAN-RUANG-UDARA-SINGAPURA-SEMASA-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMPERTAHANKAN-RUANG-UDARA-SINGAPURA-SEMASA-COVID-19
MEMPERTAHANKAN RUANG UDARA SINGAPURA SEMASA COVID-19
01 Sep 2020 | OPS & TRAINING

MEMPERTAHANKAN RUANG UDARA SINGAPURA SEMASA COVID-19

MEMAKAI PELITUP MUKA, PENGATURAN KOHORT, PENGASINGAN DI KEM – KEHIDUPAN TELAH BERUBAH BAGI ASKAR-ASKAR UDARA TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA (RSAF) SETELAH DILANDA PANDEMIK COVID-19 SAMBIL MEREKA TERUS MENGAWASI RUANG UDARA SERTA MEMAINKAN PERANAN MEREKA UNTUK KOMUNITI.

1-UP-B-caption

Semasa COVID-19 melanda, ramai yang tidak bersedia. Namun apa yang jelas ialah: usaha mempertahankan Singapura harus diteruskan.

RSAF dengan pantas menggembleng anggota-anggotanya, menetapkan pengaturan kohort dan pengasingan agar mereka kekal selamat.

Ini bermakna anggota-anggota RSAF terpaksa membuat pengorbanan yang sukar seperti memilih untuk berjauhan daripada keluarga mereka berbulan-bulan lamanya. Namun mereka tetap berdedikasi untuk memelihara Singapura - tidak kira dari pangkalan atau di udara.

LTA Ng mengawasi dengan teliti ruang udara Singapura.

Memerhati ruang udara 24/7

Apabila tempoh pemutus litar diumumkan pada April, Leftenan (LTA) Dorcas Ng adalah antara ramai anggota RSAF yang menyertai pengasingan agar dapat meneruskan tugas mereka.

Pegawai Perang Udara - Pengawal Pengurusan Pertempuran Udara daripada 200 Skuadron (SQN) duduk di pangkalan selama dua minggu pada satu-satu masa - hampir tiga bulan - untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam unit operasi kritikal.

"Semasa krisis, adalah penting bagi kita melakukan yang terbaik untuk menguatkan pertahanan Singapura dan menghalang sebarang ancaman berpotensi," kata anggota berusia 25 tahun itu, yang memantau ruang udara Singapura bagi mengesan potensi ancaman udara.

Skuadron telah meneruskan dengan kohort dan langkah-langkah keselamatan yang lain, seperti penjarakan selamat dan sanitasi yang kerap bagi tempat kerja mereka, walaupun negara telah pun keluar dari tempoh pemutus litar.

CPT Dineswaran (kiri) menyediakan F-15SG untuk berlepas dengan juruterbangnya, Major Ng Yeow Choon.

Sentiasa bersedia dari segi operasi

Tidak dapat tidak, pandemik ini telah menjejaskan jadual serta kehidupan peribadi para anggota.

Sebagai Pegawai Sistem Senjata (Pejuang) F-15SG , Kapten (CPT) Dineswaran S/O Singaraveloo perlu bekerja keras dengan anak-anak kapalnya semasa perancangan misi pra penerbangan dan perbincangan pasca penerbangan, di samping anak-anak kapal logistik untuk mengekalkan kesediaan pesawat.

Dikohort dalam pasukan berbeza bermakna berbanding perbincangan bersemuka, mereka memanfaatkan teknologi seperti persidangan video untuk membincangkan perancangan penerbangan, latihan dan proses kerja.

Kepercayaan dan sinergi yang telah dibina bertahun lamanya oleh anak-anak kapal ini telah memantapkan kerja berpasukan mereka.

Walaupun ia mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan langkah-langkah keselamatan ini pada awalnya, ia “diperlukan untuk kesinambungan ops" kata anggota berusia 31 tahun daripada 149 SQN.

"Walau sekali sahaja kita terlepas pandang, ia mungkin akan mengkompromikan keseluruhan kohort dan menjejaskan keupayaan operasi kita. Jadi penting untuk kita agar sentiasa bersedia untuk berjuang pada setiap masa."

Sebagai Ketua Kawalan Pangkalan, ME5 Tan (Tengah) memastikan dia sentiasa berhubung dengan para anggota pangkalan untuk memahami cabaran yang mereka mungkin hadapi di tempat kerja semasa pandemik.

Mengekalkan semangat yang berkobar

Semasa tempoh pemutus litar, Pakar Tentera (ME) 5 Tan Seow Lim banyak berada di darat serta berhubung dengan kakitangan yang perlu diasingkan di pangkalan bagi menyokong fungsi kritikal. Ini termasuk penyelenggaraan lapangan terbang dan pesawat, logistik darat, operasi kawalan dan perlindungan angkatan.

Kerja mereka selalunya di belakang tabir, tetapi ia kritikal bagi mengekalkan perjalanan lancar operasi pangkalan serta menjamin penerbangan pesawat.

Ketua Kawalan Pangkalan dari Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) memantau semangat anggota-anggota dan memastikan kaunselor bersiap sedia untuk menyokong mereka.

"Bagi memastikan semangat mereka terus berkobar, kami perlu memastikan keperluan mereka dipatuhi, seperti menguruskan hubungan WiFi bagi mereka yang membuat panggilan video kepada keluarga mereka terutamanya kawasan persediaan yang disediakan khusus di situ, di samping menghantar barang makanan untuk kakitangan unit."

Jurutera Tentera Laut mengerahkan perangkap gear mudah alih di PLAB sebagai sebahagian daripada latihan. Sistem ini membantu memperlahankan pesawat apabila ia mendarat di landasan kapal terbang yang lebih pendek.

Nasib baik, para anggota pangkalan memahami keadaan dan mereka menghargai usaha ME5 Tan dan ahli-ahli pasukannya. Semua orang bekerjasama untuk memastikan operasi pangkalan tidak terjejas.

"Suka atau tidak, COVID-19 akan berada dengan kita untuk beberapa lama lagi, dan kita semua harus terus menyesuaikan diri dengan norma bekerja baharu... Kita mesti menggembleng orang-orang kita untuk mengatasi (sebarang cabaran) bersama-sama," kata ME5 Tan.

3SG Loh memeriksa kecacatan seperti keretakan pada ekzos F-15SG.

Bangkit menempuhi cabaran

Sesetengah askar-askar udara, baik lelaki mahupun perempuan, mula menawarkan diri untuk menggalas lebih banyak tugas dalam masa yang sukar ini.

Contohnya, Sarjan 3 (3SG) Loh Yi Kuang, seorang Juruteknik Tentera Udara, yang biasa melakukan tugas penyelenggaraan am dan memperbaiki kerosakan pada F-15SG.

Semasa tempoh pemutus litar, bagaimanapun, Anggota Perkhidmatan Negara Tetap berusia 20 tahun itu mendapati dirinya menggalas lebih banyak tanggungjawab sebagai pembantu pengawal bantuan di Pusat Kawalan Operasi Penyelenggaraan (MOCC) di Penyelenggaraan Penerbangan Berintegrasi.

Kerja 3SG Loh di MOCC terdiri daripada menguruskan jadual kerja para kakitangan kepada merancang serta menjejak kepincangan dalam penyelenggaraan pesawat dan kemajuannya.

Kerana langkah-langkah kohort, kebanyakan anggota Tetap telah dikerahkan di darat untuk menyokong pembaikan pesawat. Dengan itu, NSF seperti 3SG Loh mengetahui operasi pentadbiran di pejabat MOCC.

"Ini bukanlah tugas yang mudah, dan mengekalkan komunikasi rapat adalah penting agar semua orang selari dan tahu bila dan pesawat mana yang berada dalam keadaan baik untuk operasi," kata NSF daripada 807 SQN.

Operator Senjata Pertahanan Udara menjalankan misi latihan siap siaga misil pada I-HAWK.

Memainkan peranan kita untuk negara

Ketika Singapura memasuki Fasa Dua pembukaan semula selepas tempoh pemutus kitar, Latihan Dalam Kem (ICT) juga sedikit demi sedikit disambung semula.

Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Ng Wei Xian, 33, ialah antara Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen), yang telah dipanggil semula. Sebagai Operator Senjata Pertahanan Udara, dia merupakan sebahagian daripada pasukan yang mengendalikan sistem misil permukaan ke udara I-HAWK di 163 SQN.

Memakai pelitup muka semasa latihan ada masanya mencabar, terutamanya apabila mereka terpaksa melakukan tugas fizikal yang mencabar seperti menghantar dan mengerahkan I-HAWK, kata CFC (NS) Ng.

Bapa kepada sepasang anak kembar lelaki berusia dua tahun juga terpaksa duduk di kem sepanjang ICT-nya yang terkini, yang diadakan dari 13 hingga 30 Julai.

Namun dia menggalas semua cabaran ini. "Peranan kami sebagai NSmen memerlukan kami bersiap siaga dan bersedia untuk memastikan operasi pertahanan udara diteruskan, walaupun ketika dilanda pandemik.

"Saya mungkin berada jauh dari keluarga, tetapi mengetahui bahawa yang paling penting ialah saya menyumbang secara aktif kepada negara dan keselamatan keluarga."

OCT Ang (kanan) menjalani latihan simulator UAV di bawah pemerhatian teliti pengajarnya, Mejar Sylvia Koh.

Norma latihan baharu

Latihan juga diteruskan untuk Pegawai Kadet (OCT) Chester Ang, pelatih juruterbang UAV.

Apabila pemutus litar dilaksanakan, banyak kelas dipindahkan ke dalam talian. Ia bukan peralihan yang mudah pada awalnya untuk pengajar dan pelatih, kerana mereka hanya perlu menyesuaikan diri kepada gaya mengajar baharu dan mencuba pelbagai platform tele persidangan.

Untuk latihan simulator yang perlu dilakukan di pangkalan, para anggota mesti memastikan yang stesen kawalan dilap dan disanitasi sebelum diberikan kepada kumpulan yang seterusnya. Pelatih dan pengajar juga telah dikohort dalam pasukan yang lebih kecil.

Walaupun dengan penyesuaian ini, OCT Ang merasakan bahawa adalah penting untuk mengekalkan kekerapan latihan mereka.

"Ini membolehkan kami benar-benar mengetahui prosedur penerbangan kami… Dengan berupaya meneruskan dan berlatih bersungguh-sungguh juga menggambarkan kesediaan RSAF untuk terus melindungi Singapura."

ME2 Balasubramaniam memeriksa gear mendarat utama sebelah kanan F-16C.

Menajamkan kemahiran di luar negara

Di detasmen Peace Carvin (PC) II di Arizona, Amerika Syarikat (AS), pandemik telah memberhentikan latihan tempur udara ke udara Latihan Red Flag.

Keadaan ini mengecewakan ME2 Balasubramaniam, 31, kerana pasukannya telah bersedia dan tidak sabar-sabar untuk berinteraksi dan belajar daripada angkatan tentera udara lain semasa latihan ini.

"Tetapi kami akan terus berlatih dengan bersungguh-sungguh agar bersedia untuk menyertai latihan apabila peluang seperti ini muncul sekali lagi," kata Ketua Anak-anak Kapal Khusus F-16 daripada PC II di Pangkalan Udara Luke.

Sementara itu, anak-anak kapal di darat sibuk memantapkan kecekapan mereka melalui kajian kes dan perbincangan, sambil mematuhi dan menerima pakai amalan pengurusan selamat daripada Tentera Udara AS.

Mirip kepada unit-unit di Singapura, anggota-anggota juga telah dikohort menjadi pasukan dan mengamalkan penjarakan selamat di tempat kerja dan memakai pelitup muka pada setiap masa.

Walaupun dengan sekatan perjalanan dan penghentian perjalanan ke rumah, semangat dalam detasmen kekal tinggi, tambah ME2 Balasubramaniam.

"Kami mengekalkan diri kami sihat dan mengekalkan operasi penerbangan kami di Pangkalan Tentera Udara Luke."

2SG Low memeriksa kebolehkhidmatan pengangkat pada helikopter Rescue 10.

Menyelamatkan nyawa

Di samping memelihara ruang udara Singapura, RSAF bersedia 24/7 untuk melaksanakan misi cari dan selamat. Bagi Sarjan 2 (2SG) Low Jin Feng, yang menjadi sebahagian daripada pasukan Rescue 10, operasi ini menjadi lebih mencabar berbanding dahulu.

Ini kerana, Pakar Anak Kapal Udara daripada 126 SQN terpaksa menyarung peralatan perlindungan diri seperti sarung tangan pembedahan dan pelitup muka apabila mengangkat mangsa yang cedera dengan win ke helikopter. Ini adalah untuk mengurangkan risiko sebarang kemungkinan jangkitan.

"Apabila saya (melakukan sesuatu yang berat seperti) mengikat mangsa, pelitup muka membuatkan saya berasa kurang selesa bernafas," kata 2SG Low. Untuk mengatasi ini, dia berlari secara tetap untuk meningkatkan kesihatan dan stamina.

Ini bukan satu-satunya cabaran yang dihadapi anggota berusia 22 tahun ini semasa penularan virus ini.

Dia pada mulanya merancang untuk berkahwin pada bulan Mei, dalam rangka persediaan menyambut kelahiran anaknya pada bulan November.

Bagaimanapun, 2SG Low terpaksa menangguhkan perkahwinannya kerana dia terpaksa melalui pengasingan semasa tempoh pemutus litar. Dia juga tidak dapat menemani teman wanitanya untuk pemeriksaan di hospital, dan pasangan ini bergantung kepada persidangan video untuk berhubung.

"Apabila saya menyampaikan berita ini kepada teman wanita saya, dia menerimanya dengan baik dan memberi sokongan. Dia tahu apa yang saya lakukan mungkin satu hari menyelamatkan nyawa orang lain," kata 2SG Low, yang akan berkahwin pada pertengahan September kelak.

ME2 Ng (kanan) memeriksa peralatannya sebelum menerima pesakit dia kemudahan saringan di Hospital Besar Ng Teng Fong.

Menyertai perjuangan menentang COVID-19

Seperti ramai yang lain, para anggota RSAF turut menyumbang dalam perjuangan menentang COVID-19.

ME2 Ng Bee Ling adalah antara anggota yang menawarkan diri secara sukarela dan telah dikerah ke kemudahan saringan di Hospital Besar Ng Teng Fong dari pertengahan April hingga awal Mei. Berfungsi seperti jabatan kecemasan, kemudahan ini terutamanya menerima pekerja asing dan mereka yang menunjukkan gejala flu.

Sebagai pasukan ke-2 dipertanggungjawabkan, ME2 Ng akan menerima pesakit untuk ujian dan menunggu dengan mereka untuk keputusan ujian sebelum mengagihkan mereka ke kemudahan yang seterusnya berdasarkan keputusan ujian mereka.

Anggota berusia 40 tahun itu kemudiannya dikerah ke Kemudahan Penjagaan Masyarakat (CCF) di Ekspo Singapura sehingga penghujung bulan Mei, dia mana dia akan sebahagian daripada pasukan kejururawatan. Bersama-sama dengan jururawat lain daripada Angkatan Bersenjata Singapura, dia menyelaraskan pengumpulan spesimen swab dan mengambil bahagian dalam vaksinasi skala besar kerana wabak cacar air.

Bekerja 12 jam sehari letih dari segi mental dan fizikal, tetapi ME2 Ng sangat berpuas hati dengan kerjanya.

"Situasi di darat sentiasa berubah setiap hari...namun kepuasan melihat pesakit kembali pulih dan meninggalkan CCF dalam keadaan sihat membuatkan ia berbaloi," kata Ketua Penerbangan Perubatan daripada Bahagian Penerbangan Perubatan Pertahanan Udara, Skuadron Perubatan 1.

"Singapura kini sedang memerangi peperangan lain. Sekiranya saya, yang mempunyai keupayaan yang relevan tidak menawarkan langsung (bantuan saya), kemudahan penjagaan kesihatan kita akhirnya akan terbeban. Setiap usaha mendatangkan perubahan."

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
OPS & TRAINING
01 Sep 2020

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.