Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10jun20pnr-photo-new3b04f00b-88c8-436f-ac91-b517a34fa728.jpg?sfvrsn=937a6f06_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBAWA-SINAR-KEPADA-PERJUANGAN-MEMERANGI-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBAWA-SINAR-KEPADA-PERJUANGAN-MEMERANGI-COVID-19
MEMBAWA SINAR KEPADA PERJUANGAN MEMERANGI COVID-19
10 Jun 2020 | PEOPLE

MEMBAWA SINAR KEPADA PERJUANGAN MEMERANGI COVID-19

MANTAN KETUA FAST (PASUKAN SOKONGAN DAN JAMINAN KE DEPAN) LEFTENAN KOLONEL (LTC) ALEX CHUA MENDEDAHKAN WAJAH-WAJAH DI SEBALIK USAHA MEMERANGI COVID-19 MELALUI FOTO-FOTONYA.

Daripada mengambil swab kepada pemulihan dan juga pengiriman wang duit, LTC Chua mencatatkan perjalanan hidup pekerja asing dan petugas barisan hadapan melalui foto dengan hashtag #storiesfromthefrontline.

Menyebarkan mesej positif, dengan satu foto pada satu-satu masa.

Itulah apa yang ingin dicapai oleh LTC Alex Chua semasa dia menawarkan dirinya untuk menjadi jurugambar dengan Pasukan Petugas antara Agensi (ITF) dalam memerangi COVID-19.

"Semasa berada di sana, saya menyedari bahawa keadaan hidup pekerja asing di asrama tidaklah seteruk yang digambarkan. Jadi saya ingin menunjukkan gambaran sebenar," kata LTC Chua, yang merupakan Ketua Penyelarasan di Pusat Penyelarasan HADR Serantau Changi.

Pegawai berusia 48 tahun itu sebelum ini telah pun mencatatkan perjalanan pasukannya dan petugas barisan hadapan lain di halaman Facebook-nya semasa memimpin FAST di asrama Woodlands Lodge 1.

LTC Chua (kanan) dan Mejar (MAJ) Jonathan Ong ialah sebahagian daripada Pasukan Maklumat yang menggalas peranan sebagai wartawan foto untuk Pasukan Petugas antara Agensi di Asrama Woodlands.

Bersama-sama dengan pasukannya yang terdiri daripada 13 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), mereka membina infrastruktur seperti bilik pengasingan untuk mengawal penularan virus, di samping membantu pekerja asing membiasakan diri dengan sistem dan proses baharu.

Apabila tempoh sebulan (10 Apr hingga 10 Mei) bertugas berakhir, dia memutuskan untuk menawarkan khidmat sukarelanya dengan Pasukan Maklumat ITF. Dua hari selepas itu, dia memulakan peranan baharunya sebagai wartawan foto.

Kisah untuk dikongsi

LTC Chua melawat sehingga empat asrama dan mengambil hampir 500 foto dalam sehari. Daripada mengambil swab kepada pemulihan dan juga pengiriman wang duit, dia mencatatkan semua ini dengan hashtag #storiesfromthefrontline. Melalui rakaman harian inilah dia mengungkap kisah yang menyentuh hati.

Satu kisah yang menyayat hati adalah mengenai pekerja asing yang menghantar duit ke kampung halamannya. Encik Jaganathan Jeeva menarik perhatiannya ketika lelaki yang menggenggam sejumlah wang kertas sedang beratur di kaunter penghantaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh pasukan FAST.

Selepas berborak dengannya, LTC Chua mendapat tahu bahawa Encik Jaganathan menghantar $600 daripada $750 yang dia peroleh setiap bulan untuk menyokong dua orang anaknya di universiti, isteri dan ibunya yang sudah tua.

“Saya hanya memerlukan $150 untuk makanan dan bil telefon. Saya tidak merokok, minum atau membeli apa-apa barang. Jadi saya cuba memberi sebanyak yang boleh kepada keluarga saya.” – Encik Jaganathan Jeeva

"Memang tersentuh perasaan di samping juga timbul perasaan rendah hati apabila berborak dengan seseorang yang tidak mementingkan diri sendiri dan meletakkan keluarganya sebagai keutamaan serta hanya mengambil yang paling sedikit untuk dirinya. Banyak yang kita boleh pelajari daripadanya," kata LTC Chua.

Satu lagi rakaman kegemaran dia adalah apabila 63 pekerja asing dari asrama Woodlands Lodge 1 telah dipindahkan ke BRW (Blok untuk Pekerja Hampir Pulih) selepas menghabiskan 23 hari di kemudahan pengasingan. Mereka sebelum ini diuji positif bagi COVID-19.

Ia momen yang dipenuhi emosi; LTC Chua pertama kali mengalaminya ketika menjadi Ketua Pasukan FAST.

Foto kegemaran LTC Chua: “Tamat pengajian” bagi 63 pekerja asing yang dipindahkan ke blok pemulihan.

"Terdapat 'perarakan mini' dan ketua pasukan baharu memotong gelang tangan mereka. Mereka yang mengenali saya memberikan isyarat dengan ibu jari menandakan ‘bagus’, maka dengan itu terhasillah foto tersebut.

Ketulenan wajah bidadari

Di samping mengambil gambar pekerja asing, LTC Chua juga memuatnaikkan pelbagai foto petugas baris hadapan bagi menggambarkan bagaimana mereka tanpa penat lelah bekerja walaupun menghadapi risiko, panas dan waktu bekerja yang berjam-jam lamanya. Foto petugas yang memakai Peralatan Perlindungan Diri dan peluh yang mengalir membasahi wajah mereka mendominasi halaman Facebook-nya.

Gambar foto petugas barisan hadapan, seperti Dr Stephanie Yap, doktor gigi yang menjadi sebahagian daripada pasukan swab bergerak, mengisi halaman Facebook LTC Chua.

“Petugas barisan hadapan ini berasal daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mereka langsung tidak mementingkan diri, mereka hanya mahukan semua orang selamat. Sejuk hati apabila melihat mereka sehati sejiwa bertungkus-lumus memerangi COVID-19."

LTC Chua juga menambah bahawa kebanyakan daripada mereka melakukan lebih daripada apa yang diminta. Contohnya, kakitangan MOM yang ditugaskan menguruskan makanan juga melakukan tugas mengiringi pekerja asing yang dipindahkan dari satu kemudahan ke kemudahan lain apabila tenaga kerja terikat dengan tugasan lain.

Bagi LTC Chua, foto rakan sekerja Ketua Pasukan FAST di asrama Westlite Mandai, MAJ Jackson Wong yang sedang bercakap dengan pekerja asing yang sedang beratur untuk ujian serologi, menyimpulkan kerja yang dilakukan oleh FAST memerangi penularan COVID-19.

"Foto ini menggambarkan apa yang kami lakukan sebagai Pasukan FAST– kami berinteraksi dengan operator asrama dan pekerja asing untuk memahami kerisauan dan kebimbangan mereka agar kami boleh menanganinya dan memperbaiki keadaan agar menjadi lebih baik."

MAJ Jackson Wong berbual dengan pekerja asing untuk mengetahui pengalaman mereka dengan ujian serologi, di samping mendapatkan maklum balas mereka mengenai tempat tinggal mereka.

Kita mengharunginya bersama-sama

Sejak Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin berkongsi salah satu daripada imej LTC Chua, fotonya itu telah ditularkan.

Sejak Encik Tan berkongsi foto pekerja asing Bangladesh, Masud, hasil karya LTC Chua telah ditularkan.

Ini sesuatu yang baik, kerana memang tujuan LTC Chua untuk menyebarkan mesej yang positif dan menaikkan semangat melalui foto-fotonya.

“Orang ramai cenderung menyebarkan berita negatif dalam talian tetapi apa yang kita perlukan sekarang ialah mesej positif. Jadi memang bagus melihat banyak komen positif dan kongsi foto – ini semua membantu dalam pandemik dan bagaimana kami memerangi COVID-19."

Dia juga ingin menyokong rakan anggota SAF yang kini sedang berjuang di barisan hadapan: “Kita mungkin melakukan sesuatu yang nampak tidak penting seperti menyusun meja atau menguruskan hidangan makanan, tetapi setiap tindakan kecil menyumbang kepada kelangsungan hidup dan kesejahteraan pekerja asing.

“Hanya teruskan dengan apa yang kita sedang lakukan.

 

Suggested Reading
Cover story
Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong !
PEOPLE
10 Jun 2020

Saat seorang rekrut melangkah ke Pulau Tekong menandakan permulaan perjalanan Perkhidmatan Negara (NS).

MEWUJUDKAN IKATAN MELALUI MEMORABILIA TENTERA
PEOPLE
10 Jun 2020

Sesetengah pengumpul mengumpul setem, yang lain, pelekat. Tetapi ME2 (NS) Lim Geng Qi mempunyai koleksi memorabilia tentera yang unik dengan lebih 1,200 item! 

Peguam pada siang hari, artis tentera pada waktu malam
PEOPLE
10 Jun 2020

Foto atau lukisan? Pada Pesta Hobi Ketenteraan tahun ini, kami bertemu dengan 1SG (NS) Samuel Ling Ying Hong, seorang pelukis minyak penerbangan otodidak yang menghabiskan sehingga 50 jam untuk setiap karya seni yang realistik. 

Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
10 Jun 2020

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
10 Jun 2020

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
10 Jun 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
10 Jun 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
10 Jun 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
10 Jun 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
10 Jun 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.