MELABUR DALAM DIRI ANDA SEMASA NS: PENGASAS SEEDLY

20apr20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20apr20-photo1b317e799-7ded-4be8-b810-9f546f2e9fa6.jpg?sfvrsn=15031112_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MELABUR-DALAM-DIRI-ANDA-SEMASA-NS-PENGASAS-SEEDLY
MELABUR DALAM DIRI ANDA SEMASA NS: PENGASAS SEEDLY https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MELABUR-DALAM-DIRI-ANDA-SEMASA-NS-PENGASAS-SEEDLY
20 Apr 2020 | PEOPLE

MELABUR DALAM DIRI ANDA SEMASA NS: PENGASAS SEEDLY

Muda dan berjaya: Leftenan (LTA) (NS) Kenneth Lou, 28, dan Sarjan 3 (3SG) (NS) Chew Tee Ming, 30, merupakan pengasas bersama Seedly, portal kewangan peribadi terkemuka di Singapura.

// BERITA OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN SEEDLY

LTA (NS) Lou (kanan) dan 3SG (NS) Chew menawarkan petua orang dalam mengenai kewangan peribadi untuk anggota-anggota perkhidmatan negara.
English 华文
English 华文

Muda dan berjaya: Leftenan (LTA) (NS) Kenneth Lou, 28, dan Sarjan 3 (3SG) (NS) Chew Tee Ming, 30, merupakan pengasas bersama Seedly, portal kewangan peribadi terkemuka di Singapura.

Yang pertama seumpamanya di Singapura, portal dalam talian ini membolehkan pengguna mendapatkan sumber khalayak petua mengenai pelaburan, insurans, simpanan, dan banyak lagi.

Bermula pada 2016, ia menarik lebih kurang 2.2 juta sesi bulanan (apabila pelawat dalam talian melayari halaman lain di dalam laman web yang sama), dan lebih kurang 4,000 petua dan ulasan daripada penggunanya setiap bulan. Menurut Seedly, ini menjadikannya komuniti kewangan peribadi yang terbesar di Singapura.

Kejayaannya menarik perhatian pengagregat e-dagang Shopback, yang memperoleh Seedly pada 2018 untuk satu jumlah yang tidak didedahkan.

1-UP-B-caption

Firma permulaan teknologi kewangan (fintech) ini menyediakan kandungan pendidikan mengenai kewangan peribadi. Ia juga mempunyai app percuma yang membolehkan pengguna menjejak perbelanjaan dan simpanan mereka secara lancar dengan menghubungkan akaun bank dan kad kredit mereka.

3SG (NS) Chew (kiri) dan LTA (NS) Loh mengadakan perbincangan dengan kakitangan mereka.

LTA (NS) Loh, Ketua Pegawai Eksekutif, dan 3SG (NS) Chew, Ketua Pegawai Teknologi, yang kini mengetuai pasukan yang terdiri daripada lebih kurang 15 orang – kebanyakannya berusia 20-an dan awal 30-an – untuk mencipta alat dan kandungan ini.

Mereka berdua tidak pernah bekerja untuk syarikat lain sebelum menubuhkan Seedly. Pengalaman pekerjaan mereka hanyalah semasa di Perkhidmatan Negara (NS), di mana mereka berpeluang mengasah kemahiran kepimpinan mereka.

Dahulunya Pegawai Kadet Lou (paling kiri) dengan rakan-rakan kadet. Selepas pentauliahan, dia menjadi jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet.
3SG (NS) Chew (dua dari kanan) dengan rakan-rakan pakar Polis Tentera.

Semasa dua tahun dalam NS, mereka belajar memimpin dan memotivasi rakan-rakan askar untuk mencapai matlamat yang sama, sebagaimana yang mereka lakukan sekarang di Seedly.

Bagi mereka, melabur bukan bermakna mendapat pulangan wang sahaja tetapi ia juga untuk pengetahuan dan kemahiran mereka – dan masa yang terbaik untuk bermula ialah semasa NS.

Tontoni petua orang dalam mereka untuk NS dan kewangan peribadi di sini:

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
20 Apr 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
20 Apr 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
20 Apr 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
20 Apr 2020

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
20 Apr 2020

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
20 Apr 2020

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
20 Apr 2020

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
20 Apr 2020

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
20 Apr 2020

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
20 Apr 2020

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.