PEOPLE
LOMPAT! PELAKON-MODEL MENJALANI LATIHAN KOMANDO DI UDARA
08 Nov 2022
Pada mulanya, 2SG (NS) Iswan Ismail anggap penglibatannya dalam siri realiti baharu tentang cabaran SAF adalah sesuatu yang mudah – model pelakon itu akhirnya dapat merasai latihan Komando di udara!
Apabila didekati pertama kali untuk menyertai rancangan realiti bertemakan ketenteraan baharu CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In, 2SG (NS) Iswan Ismail diberitahu dia akan menjalani cabaran Latihan Asas Tentera (BMT).
"Mudah Saja! Pergi untuk latihan asas sahaja, jadi saya pun menjawab 'ya'," kata pelakon dan model bebas itu. Bekas sarjan platun BMT semasa tempoh khidmat Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masanya, menganggapnya mudah sahaja.
Tetapi seminggu kemudian, penerbit TV melepaskan kejutan: Anda akan mengikuti Latihan Asas Komando Di Udara!
"Bolehkah saya kata 'tidak' sekarang?" katanya sambil mengimbas kembali reaksinya dan ketawa. "Saya risau dengan lompat payung terjun. Semasa itu, saya ingat kita perlu membuat lompatan solo!"
Syukurlah, kedua-dua pasukan selebriti itu sebenarnya bersaing merebut peluang membuat lompatan bersama dengan Komando daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In adalah siri yang merangkumi 13 episod, di mana tetamu selebriti seperti 2SG (NS) Iswan bertarung dalam siri cabaran yang berkaitan dengan SAF.
"Perkara yang paling menakutkan saya ialah saya terpaksa melompat dari platform dengan sendiri," kata 2SG (NS) Iswan. "Ia bukan seolah-olah seseorang akan menolak anda; anda benar-benar perlu memaksa diri anda untuk melompat."
Jadi bagaimanakah prestasinya? Tontoni episod tersebut untuk mengetahuinya!
Latihan ketat
Instruktor Komando begitu serius semasa latihan, kata 2SG (NS) Iswan.
"Penerbit memberitahu kami ini adalah rancangan TV jadi kami perlu menjadikannya suatu siri yang rancak dan seronok. Tetapi setiap kali saya tersenyum atau ketawa, saya kena buat tekan tubi!
"Encik kemudian menjelaskan semasa kami membuat lompatan sebenar dan latihan sebenar, kami perlu memandang serius latihan ini kerana ada unsur bahaya."
Merealisasikan misi mustahil
Apakah pembelajaran terbaik berasaskan latihan di udara baginya? Mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian. "Jangan biarkan ketakutan anda menghalang anda daripada melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil," kata 2SG (NS) Iswan.
Lelaki berusia 34 tahun itu sentiasa berpegang pada mantra ini. Ini jelas dilihat daripada perjalanan yang kelihatan mustahil sehingga menjadi bintang TV dari seberang tambak.
Selama dua tahun, dari 2018 hingga awal 2020, dia mengimbangi kerja hariannya sebagai perunding perniagaan dan gig-gig lakonan di Singapura dan Malaysia.
Dia akan terbang berulang-alik di antara kedua-dua negara hampir setiap minggu, dan bangun pada pukul 3 pagi atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja korporatnya.
"Semasa rehat, ketika orang lain membaca skrip mereka, saya akan membuat kerja dalam komputer riba saya," katanya.
Semuanya berbaloi kerana kerjaya lakonannya mula berkembang maju – 2SG (NS) Iswan dicalonkan sebagai salah satu daripada 5 pelakon lelaki baharu paling popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019, anugerah tahunan berprestij di Malaysia.
Sarjan platun yang berdedikasi
Mengenangkan hari-harinya di NSF, 2SG (NS) Iswan berkata antara pembelajaran yang pentingnya daripada kursus perkhidmatan Negara ialah belajar berkawan dan bekerja dengan baik bersama mereka dari latar belakang yang berbeza.
Sebagai sarjan platun BMT, dia mengetuai rekrut dari latar belakang pendidikan dan keluarga yang berbeza serta juga mereka yang mengalami keadaan yang sukar. Contohnya, beberapa orang mengambil bahagian dalam aktiviti geng sebelum ini.
"Apa yang paling saya hargai ialah hubungan rapat mereka. Selepas tamat kursus BMT, mereka akan menjemput saya untuk keluar bersiar-siar dengan mereka," katanya.
"Sepanjang tahun-tahun tersebut, saya sedar mereka bukan orang nakal. Mereka ada personaliti sendiri, (tetapi) mereka semua mahu mencapai matlamat yang sama (seperti kami semua), iaitu untuk melakukan yang terbaik (dalam hidup)," katanya lagi.
Jangan ketinggalan menonton CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In di Saluran 5 dan dalam talian di meWATCH.
ALSO READ IN PEOPLE
Komander NS, atlet kebangsaan
18 Mar 2026
Dia mengibarkan bendera Singapura dengan tinggi di Sukan SEA dan menonjolkan sukan yang kurang dikenali, semuanya semasa menjadi komander NSF. Temui atlet Kabaddi kebangsaan 3SG (NS) Yathukulan Ahdhitthyan.
Menjadi pegawai & mengikut jejak langkah Ayah
14 Mar 2026
Diinspirasikan oleh kenangan indah dalam perkhidmatan ayah mereka, 2LT Aleena Binte Aidil dan 2LT Timothy Ng bertekad untuk berjaya dalam Kursus Pegawai Kadet.
Mengapa saya memilih untuk berkhidmat
06 Mar 2026
Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, rekrut dari Kompeni Pegasus Sekolah BMTC 3 memberitahu kami mengapa mereka memilih kerjaya dalam pakaian seragam.

