PEOPLE
LIMA ORANG YANG ANDA AKAN TEMUI PADA HARI PENDAFTARAN MASUK TENTERA
03 Jan 2020
MEREKA BERADA DI SINI UNTUK MENYAMBUT ANDA PADA HARI PERTAMA KEHIDUPAN ANDA YANG SETERUSNYA (DALAM PERKHIDMATAN NEGARA ATAU NS).
Peralihan daripada orang awam menjadi askar bukan sesuatu yang mudah. Namun mereka inilah lima orang yang anda akan temui pada hari pendaftaran yang akan membantu melancarkan pengalaman Latihan Asas Tentera (BMT) anda.
Tukang Gunting Rambut
Lupakan sahaja gaya terbaharu dan trend warna. Makcik yang memegang pencukur ini akan memastikan anda, atau rambut anda, mematuhi peraturan. Untuk beberapa dolar, dia akan memberi anda fesyen terkini dalam BMT (ia mengikut fesyen jika semua orang menayangkannya bukan?) Anda akan bersyukur mempunyai gaya rambut ini apabila latihan menjadi sengit dan anda mula berpeluh.
Sarjan Platun dan (PS) & sarjan-sarjan
Apakah itu "iLBV"? Bilakah saya perlu memakai topi ini? Apakah itu garter dan di manakah saya patut memakainya?! Anda akan mempelajari makna dan penggunaan barang-barang ini bila tiba masanya. Untuk hari ini, para PS dan sarjan akan memastikan anda mempunyai segalanya yang diperlukan untuk latihan dalam BMT. Ingat untuk mengikuti arahan mereka dan periksa jika anda telah menerima semua barang issue anda.
Panglima Platun
Bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam NS? Risau dengan masalah di rumah? Teman wanita hendak meninggalkan anda untuk ketua kumpulan orientasi universiti anda? Anda bukan keseorangan dalam menghadapi masalah-masalah ini, percayalah.
Panglima Platun anda berada di sini untuk memimpin dan menawarkan bantuan serta nasihat. Beliau akan beramah mesra untuk mengenali anda dan platun anda dengan lebih baik, jadi dekatilah dia jika anda mempunyai soalan atau isu yang mendesak.
Sarjan Mejar Kompeni
Usah tertipu dengan perilakunya yang senyap; tugas encik ini adalah untuk menerapkan disiplin yang diperlukan untuk menjadikan anda askar yang baik. Anda memang akan mendengar suaranya setiap kali anda lupa untuk berkawad apabila bergerak dari satu titik ke titik yang lain atau uniform anda tidak kemas dan mencapai piawaian.
Buddy
Dia boleh datang dalam apa-apa bentuk. Tetapi sesuatu yang pasti: dia akan menjadi orang yang paling penting dalam hidup anda untuk beberapa minggu yang akan datang. Anda perlu menjaga keselamatan pasangan anda, tahu dia mana masing-masing berada pada setiap masa, dan menjaga pasangan sekiranya salah seorang daripada anda tidak sihat atau mengalami masalah.
Jika anda bertuah, anda akan menemui kawan seumur hidup. Jika tidak pun, tahan sahajalah kerenah satu sama lain sepanjang BMT ya?
ALSO READ IN PEOPLE
Menjadi pegawai & mengikut jejak langkah Ayah
14 Mar 2026
Diinspirasikan oleh kenangan indah dalam perkhidmatan ayah mereka, 2LT Aleena Binte Aidil dan 2LT Timothy Ng bertekad untuk berjaya dalam Kursus Pegawai Kadet.
Mengapa saya memilih untuk berkhidmat
06 Mar 2026
Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, rekrut dari Kompeni Pegasus Sekolah BMTC 3 memberitahu kami mengapa mereka memilih kerjaya dalam pakaian seragam.
Pembela ruang siber dan laut
20 Feb 2026
Seorang sedang memenuhi kecintaannya terhadap laut sejak kecil; seorang lagi menemui minatnya secara kebetulan dan kini sedang berusaha keras untuk memupuknya.

