PEOPLE
KEJAYAAN DI ATAS TIKAR & DI LAPANGAN
24 Jan 2024
Pemenang pingat gangsa SEA Games KPT Tang telah mengimbangi tugas sebagai Pegawai Armor sambil mewakili negara.
Anggota kereta kebal pada siang hari, ahli judo pada waktu malam. Inilah cara Kapten (KPT) Vincent Tang menjalani latihan selama lebih tiga bulan sambil membuat persediaan untuk bertanding dalam Sukan Asia Tenggara (SEA Games) ke-31 pada 2022.
Ini bukan kawalan perimbangan yang mudah. Sebagai Jurulatih Pegawai Kadet di Sekolah Armor pada ketika itu, dia hanya dapat menjalani latihan judo pada waktu malam kerana sibuk dengan rejim latihan bersama kadetnya. Dia kemudiannya bergegas kembali ke Kem Sungei Gedong untuk persiapan kerja awal esok paginya.
Pasangan judonya, Encik Lee Song Lim – secara kebetulan seorang bekas NSman Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi) Armor ( – merupakan seorang bapa dan hanya dapat berlatih selepas anak perempuan kecilnya masuk tidur.
Usaha keras mereka mendatangkan hasil apabila mereka pulang dengan pingat gangsa untuk Singapura.
"Saya rasa sukar percaya. Fikiran pertama kami adalah 'Adakah kami betul-betul menang?' kerana negara lain sangat hebat dalam kategori ini," ingati KPT Tang, 29.
"Ini berlaku sebaik sebelum Ogos, jadi kemenangan ini hadiah yang bagus untuk Singapura!"
Berikut ialah tiga perkara yang perlu diketahui tentang Anggota Tetap Tentera Darat dan atlet kebangsaan ini:
1. Dia telah memenangi beberapa anugerah judo sebelum Sukan SEA
Seorang budak yang kurus semasa zaman kecil, KPT Tang telah mula berlatih judo ketika zaman politeknik untuk mendapat keyakinan melalui sukan tersebut. Dia mendapat tahu bahawa dia berbakat dan terus berlatih judo walaupun selepas tamat pengajian.
KPT Tang bertanding dari segi pertarungan, dikenali sebagai "shiai", dan juga dari segi "kata" judo. (Bagi yang tidak tahu, "kata" ialah apabila ahli menunjukkan pelbagai teknik serangan dan pertahanan dan bukannya bertanding dalam "pertarungan".)
Pada 2013, dia mendapat kedudukan ke-12 dalam kategorinya di Kejohanan Kata Judo Dunia yang dianjurkan di Kyoto, Japan; dan ke-4 dalam kategorinya di Kejohanan Kata Judo Asia yang diadakan secara tempatan.
Dia juga mewakili universiti dalam Kejohanan Inter-Tertiari 2019 untuk judo pertandingan dan meraih pingat emas dalam kategori lanjutan.
Sebelum Sukan SEA ke-31 di Vietnam, dia dan Encik Lee mengambil bahagian dalam MasterShips Seni Pertahanan Diri Dunia 2022, yang dianjurkan secara maya oleh Korea – dan di sana mereka telah memenangi pingat emas dalam kategori Kata mereka.
KPT Tang baru berkahwin, dan walaupun dia memutuskan untuk berehat daripada Sukan SEA ke-32 yang paling terkini demi menumpukan perhatian pada kerjaya dan perkahwinan, dia masih terus berlatih judo dua kali seminggu.
"(Kelab judo adalah seperti) tempat untuk saya berehat. Kelab ini juga selesa kerana kami ada ahli daripada pelbagai latar belakang yang turut serta kerana minat mereka," katanya.
2. Dia memegang Bayonet Emas dan Pedang Kehormat
KPT Tang – yang masuk tentera pada 2014 – telah tamat pengajian daripada Kursus Kadet Pakar dan berkhidmat sebagai sarjan platun kereta kebal.
Dengan sokongan anggota seniornya, dia telah menyertai dan ditauliahkan daripada Kursus Kadet Pegawai (OCC) pada 2016, serta mendaftar diri sejurus selepas itu.
Malah, dia telah memperoleh Bayonet Emas dan Pedang Kehormat daripada dua kursus masing-masing. Anugerah ini diberikan kepada kadet pakar dan graduan kadet pegawai terbaik dalam setiap kohort.
KPT Tang menganggap kejayaannya berpunca daripada jurulatih Kereta Kebal Sekolah Armor pada ketika itu, menyatakan: "Saya berterima kasih kerana saya dijaga dengan baik oleh jurulatih saya, yang membimbing saya dan menyampaikan ilmu pengetahuan mereka. Mereka telah memotivasikan saya untuk mengilhamkan generasi seterusnya bagi pemimpin masa depan sebagai jurulatih juga."
Pengerahan paling sukar dilupakannya ialah sebagai Komander Platun yang memimpin pasukannya di Latihan Panzer Strike pada 2017. "Kami menjalankan latihan tembakan peluru hidup dan berpeluang untuk berintegrasi dengan angkatan Jerman. Pengalaman itu memang hebat sekali kerana latihan itu merupakan antara latihan pertama yang membolehkan saya berinteraksi dengan Tentera Darat profesional yang asing."
"Kami saling berkongsi pengetahuan tentang kereta kebal Leopard dan cara kami beroperasi," kata KPT Tang, yang kini merupakan Pegawai Bertugas bagi Kompeni Pertama dalam Batalion ke-48, Rejimen Armor Singapura (48 SAR).
Baru-baru ini, dia mengambil bahagian dalam Latihan Wallaby dan Latihan Safkar Indopura pada tahun lalu.
3. Dia telah mengambil bahagian dalam NDP sebanyak dua kali
Walaupun KPT Tang berbangga kerana muncul buat kali pertama dalam Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) sebagai ensain panji yang mewakili unitnya pada 2017, pengalamannya dalam jawatankuasa Jangkauan Perayaan NDP pada 2019 juga merupakan sesuatu yang amat bererti baginya.
Jawatankuasa tersebut menganjurkan sebuah kempen, bertajuk A Little More, dan telah membawa warga emas dan orang kurang upaya dalam lawatan ke Changi Jewel; dan membungkus pek NDP dengan sukarelawan banduan penjara.
"Ini bukan pengalaman NDP yang konvensional, seperti perarakan di TV, tetapi lebih bersifat 'di sebalik tabir'," kata KPT Tang.
"Keseluruhan usaha jangkauan tersebut benar-benar menyentuh hati saya. Peluang berjumpa orang daripada pelbagai lapisan masyarakat amat mengharukan, dan saya teringat pelbagai orang yang kami juga jumpa dalam Tentera Darat. Setiap orang mengalami kesukaran sendiri yang mereka tidak luahkan.
"Hal ini mengingatkan saya agar sentiasa benar-benar berbuat baik terhadap semua orang."
Tidak dapat bayangkan KPT Tang sebagai pesaing judo yang sengit? Saksikan aksi hebatnya di sini:
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

