JURUSELAM PERINTIS

09jan20_news1-02 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09jan20_news1-02.jpg?sfvrsn=5ff8468b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUSELAM-PERINTIS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUSELAM-PERINTIS
JURUSELAM PERINTIS
09 Jan 2020 | PEOPLE

JURUSELAM PERINTIS

// BERITA OLEH TEO JING TING

// FOTO IHSAN PUSAT MAKLUMAT TENTERA LAUT DAN INTERVIEWI

Mereka menjalani latihan yang paling mencabar dan melakukan tugas-tugas yang tiada orang lain boleh lakukan semasa zaman selepas kemerdekaan Singapura. Temuilah kumpulan perintis penyelam angkatan tentera.

Tiga warga emas ini mempunyai usia terkumpul lebih dari 200 tahun. Melihatkan wajah mereka yang dimamah usia, anda tidak akan menyangka bahawa mereka dahulu adalah hero dalam air semasa zaman selepas kemerdekaan Singapura.

Namun, saat mereka ditanya mengenai zaman menjadi penyelam angkatan laut, mata mereka bersinar, mereka berdiri tegak dan menceritakan mengenai latihan mereka dengan penuh semangat dan kebanggaan - bagaikan ia baru sahaja terjadi semalam.

Malahan mereka mempunyai laman web mereka sendiri dan laman Facebook untuk mendokumen masa silam mereka!

 

Kenalilah tiga daripada 10 penyelam angkatan laut perintis dari 1972: Pegawai Pemerintah Pertama Unit Selam Laut Angkatan Tentera Laut (NDU) Leftenan Kolonel (LTC) (B) Robert Khoo, 77 (tengah), pegawai latihan pertama NDU Leftenan (LTA) (B) Victor Rodrigues, 71 (kiri), dan Staf Sarjan (SSG) (B) Rodney Hogan, 64.

1) Bagaimana sukarkah proses pemilihannya?

LTC (B) Khoo: Latihan penyelam bersifat individu. Apabila anda berada di dalam air, anda tidak nampak walau tangan anda pun, jadi anda perlu bekerja secara bersendirian, mempunyai inisiatif dan berupaya mengatasi daya ketahanan anda yang biasa. Bagi mereka yang tidak boleh dipaksa melangkaui kemampuan mereka, kami tidak boleh mengekalkan mereka.

Penyelam memeriksa garis buddy mereka sebelum turun ke bawah.

SSG (B) Hogan: Saya berusia 17 tahun semasa menyertai NDU. Proses pemilihannya sukar, tetapi kami tidak takut kerana pegawai-pegawai yang menjalankan proses pemilihan itu amat berhati-hati. Mereka memberitahu kami apa yang bakal dijangkakan untuk langkah seterusnya bagi pilihan dan (malahan) memberi kami petua.

LTA (B) Rodrigues: Pertama-tamanya, penyelam mesti sihat dan memenuhi keperluan kesihatan asas seperti gegendang telinga, saluran hidung dan penglihatan dalam keadaan yang baik. Juga, apabila anda menyelam dalam keadaan gelap, anda perlu mengawal minda anda dan tidak membiarkan minda anda mengawal anda. Kami menerima hampir 200 pemohon tetapi hanya 14 orang sahaja yang dipilih. (10 lulus)

2) Kenapakah anda memilih untuk menyertai sebagai penyelam angkatan laut?

 

Zaman muda: LTA (B) Rodrigues semasa zaman puncaknya sebagai penyelam angkatan laut.

SSG (B) Hogan: Ketika saya berusia 14 tahun, Pemerintah Maritim pada masa itu mengadakan Hari Karier di sekolah saya dan begitulah minat saya mula tercetus. Dan lima hari selepas peperiksaan O levels, saya mendaftar untuk menyertai Angkatan Laut.

LTA (B) Rodrigues: Saya menonton banyak rancangan Sea Hunt (siri TV Amerika kembara aksi mengenai juruselam Angkatan Laut) pada tahun-tahun 1960-an dan bersemangat untuk menjadi juruselam. Selepas menamatkan Perkhidmatan Negara (Saya merupakan antara kumpulan pertama yang mendaftar!), saya menyertai sebagai anggota Tetap. Saya gemar meneroka hidup yang penuh aksi mencabar.

3) Bahagian latihan apakah yang paling sukar dan tidak boleh dilupakan?

LTC (B) Khoo: Bahagian latihan yang paling tidak boleh dilupakan ialah sejauh mana kami dipaksa untuk bertahan dalam latihan kami. Semasa latihan kami di Australia, kami akan bangun tidur pada pukul 6 pagi, bersenam selama 3 batu (lebih kurang 4.8 km) dan berlari di pantai sebelum sarapan. Kami kemudiannya akan mengisi tangki selam dan berenang dalam air sejauh 1 batu sebelum makan tengah hari. Ini diikuti dengan pelajaran teori menyelam dua jam dan satu lagi renang waktu malam sejauh satu batu sebelum makan lewat malam.

 

Penyelam berehat selepas renang jarak jauh.

Saya juga penyelam yang dilatih di Britain dan pada masa itu, orang British memandang rendah kemampuan penyelam Asia walaupun saya mengulungi kursus itu. Saya merupakan salah seorang daripada empat penyelam yang telah dihantar ke United Kingdom (UK) untuk latihan tetapi hanya dua orang yang berjaya menghabiskan kursus ini.

Waktu itu, penyelam diturunkan dari sisi helikopter.

SSG (B) Hogan: Semasa latihan, nama panggilan saya ialah "Bones" kerana saya sangat kurus. Saat paling menakutkan ialah terjunan dari helikopter. Kami melompat dari sisi helikopter pada ketinggian 45 kaki (lebih kurang 14 meter). Ini bermakna golakan udara yang dihasilkan rotor helikopter berat sebelah. Apabila tekanan udara melanda anda ketika melompat keluar dari helikopter, ia bagaikan pemecut dan anda akan jatuh dengan lebih cepat. Hari ini, penyelam diturunkan dari belakang dan golakan udara dari rotor adalah sekata. Ia menakutkan kerana impaknya, tetapi ketakutan gagal adalah lebih besar, jadi kami menabahkan hati dan berjaya lulus.

4) Bagaimanakah anda merintis jalan untuk penyelam angkatan laut masa depan?

LTC (B) Khoo: Kami menggabungkan latihan UK dan Australia, mengeluarkan aspek penyelaman sejuk dan menyesuaikan ia dengan keperluan Singapura. Kami perlu memastikan asas mereka betul - seperti keyakinan di dalam air dan kebolehan untuk cari di dalam air.

Penyelam memanjat tali sebagai sebahagian daripada pusingan latihan harian mereka.

LTA (B) Rodrigues: Tiada siapa tahu apa yang hendak dilakukan dalam kerjaya penyelaman pada waktu itu kerana kami merupakan perintisnya. Kami ingin menguji daya ketahanan kumpulan pertama ini ke tahap maksimum tetapi kami terpaksa berhati-hati agar tidak terlalu keterlaluan kerana kami sebelum ini banyak menekankan keselamatan penyelam. Sejujurnya, dari awal, kami hanya menumpukan kepada menyokong unit selam ini.

5) Apakah yang anda paling suka tentang menjadi penyelam angkatan laut?

SSG (B) Hogan: Ikatan yang terbina. Sekali anda menyelam dengan seseorang, anda tidak boleh melupakan ikatan yang tercipta. Walau di atas darat, penyelam bergerak dengan cara tertentu yang terserlah daripada cara mereka berlatih dan beroperasi. Ia seperti apabila satu orang bergerak, semua orang bergerak dengannya. Ikatan ini timbul hasil daripada persekitaran operasi mereka dan deria yang mereka perlu gunakan untuk berjaya di dalam air.

Kepercayaan yang tidak perlu dinyatakan: Penyelam melakukan pemeriksaan keselamatan untuk mengesahkan kehadiran satu sama lain di dalam air yang keruh.

LTA (B) Rodrigues: Apabila anda berada di dalam air, perlu ada kepercayaan di antara anda dan buddy anda. Semangat berpasukan sentiasa wujud.

6) Jadi apakah peranan anda ketika itu dan bagaimanakah ia berbeza dengan NDU hari ini?

SSG (B) Hogan: Kami dulu menjadi penyelam pertahanan, tetapi penyelam sekarang melakukan kedua-dua operasi pertahanan dan serangan. Tahun 1972 hanya enam tahun selepas Singapura mengecap kemerdekaan. Terdapat banyak periuk api di dalam air peninggalan Perang Dunia Kedua dan kami dipanggil untuk menanggalkan fius bom. Kami menyediakan perkhidmatan yang tiada orang lain boleh lakukan dan membuka jalan untuk masa depan.

 

Penyelam menemui periuk api Perang Dunia Kedua di perairan Pulau Hantu.

Hari ini, penyelam dilatih dalam operasi pasukan khas untuk berperang di darat, dalam air dan malahan dari udara. Sesetengah daripada anggota-anggota ini dilatih menjadi perwira dan apabila saya menyaksikan aksi mereka, mereka adalah pejuang sebenar. Kami tidak seperti itu dahulu. Saya amat mengagumi kebolehan anggota-anggota zaman sekarang.

Penyelam melakukan penyelenggaraan kipas kapal di dalam air.
Penyelam memeriksa badan kapal.

LTC (B) Khoo: Dahulu, kami terpaksa membuat kerja-kerja mencari mayat, penyelenggaraan kapal seperti kimpalan di dalam air, melupuskan periuk api dan perobohan di dalam air. Ia mencabar tetapi ada orang yang perlu melakukan kerja-kerja ini dan siapa lagi kalau bukan kami?

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama. Kamilah langkah pertama itu.

7) Anda mempunyai laman web dan laman Facebook. Apakah yang mendorong anda untuk membukanya?

SSG (B) Hogan: Saya ingin mendokumenkan aksi-aksi kembara kami pada tahun-tahun itu jadi saya pun menulis buku, menghubungi penerbit tetapi manuskrip saya telah ditolak. Saya tidak mahu mengalah jadi saya mengambil kursus pentadbir web selama dua setengah tahun pada usia 55 tahun. Dan dengan galakan LTA (Bt) Rodrigues, saya pun memuatnaikkan kisah kami. Laman web ini telah dilancarkan pada 9 Ogos 2019. Kami menganjurkan perjumpaan dan memuatnaikkan foto kami di laman Facebook kami. Dari situ, kisah kami membina momentum. Malahan kami telah pun menganjurkan majlis kepulangan pada 3 Jan 2020.

Saya melakukan ini kerana saya bertekad agar kisah kami tidak hilang ditelan waktu. Kami tidak mendakwa bahawa kami adalah hero tetapi kami melakukan sesuatu yang istimewa dan semua orang perlu tahu mengenainya. Kami tidak memerlukan ucapan terima kasih, kami hanya ingin menyatakan inilah apa yang telah kami lakukan dan kami berbangga dapat menabur khidmat.

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
09 Jan 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
09 Jan 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
09 Jan 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
09 Jan 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
09 Jan 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
09 Jan 2020

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
09 Jan 2020

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
09 Jan 2020

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
09 Jan 2020

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
09 Jan 2020

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.