GURU BERTUGAS TANPA HENTI

13sep23_news1_photo1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13sep23_news1_photo1_thumbnail.jpg?sfvrsn=276a8bad_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/GURU-BERTUGAS-TANPA-HENTI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/GURU-BERTUGAS-TANPA-HENTI
GURU BERTUGAS TANPA HENTI
13 Sep 2023 | PEOPLE

GURU BERTUGAS TANPA HENTI

// KISAH BENITA TEO / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN SV1 INTEKHAB

Beliau boleh memegang dril pergigian dan skapel dengan handal sebagaimana beliau memegang senjata SAR 21. Kenali SV1 Intekhab, jurulatih sukarelawan yang membantu pegawai pergigian SAF meningkatkan kemahiran mereka ke tahap yang seterusnya.

SV1 Intekhab (kanan) adalah mentor kepada generasi baharu pakar bedah pergigian, di NUS dan SAF.

Beliau merupakan pakar bedah mulut dan maksilofasial yang merupakan Profesor Madya yang disegani dan disayangi di Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Kini, Jurulatih Perubatan (Doktor Pergigian) di Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) memanfaatkan pengetahuan dan kemahirannya untuk membimbing pegawai pergigian dalam tentera.

SV1 Intekhab (kanan) membantu KPT (Dr) Claudia Ng dalam prosedur pergigian. Sebagai Jurulatih Perubatan, beliau memantau pegawai pergigian yang melakukan pembedahan dan menilai kemahiran mereka.

Menyahut seruan untuk mengajar

Sukarelawan SAFVC (SV) 1 Intekhab Islam, 48, memang berminat dalam bidang ketenteraan. Sebagai seorang pelajar, beliau cuba memohon ke Kolej Perubatan Angkatan Tentera di India, tempat lahirnya.

"Semasa membesar, saya mendapati anggota tentera kelihatan begitu segak dan menginspirasikan dengan semua hiasan mereka," katanya.

Selepas berpindah ke Singapura pada 2002 untuk melanjutkan pelajaran, beliau menyahut seruan baharunya – mengajar. Beliau mula mengajar di NUS pada 2008.

"Saya suka mengajar. Yang seronok sekali ialah berinteraksi dengan minda muda. Universiti juga adalah tempat bermulanya pembangunan negara, justeru terpulang kepada kita sebagai guru untuk membimbing mereka ke arah menjadi versi diri mereka yang terbaik. Walaupun ia agak mencabar, tetapi ia memberi kepuasan untuk membantu mereka berkembang dan maju."

Beliau juga merupakan perunding kanan di Hospital Universiti Nasional dan masih merawat pesakit.

SV1 Intekhab bersama dengan isterinya di majlis perbarisan tamat pengajian Latihan Asasnya pada Oktober 2019. Dia mula-mula mendapat tahu tentang SAFVC pada 2015, tetapi tidak dapat menyertainya kerana pada ketika itu, beliau sedang menamatkan pengajian Ph.Dnya.

Peluang untuk menyumbang

SV1 Intekhab menjadi warga Singapura pada 2010. Lima tahun kemudian, SAFVC telah ditubuhkan, dan Dekan NUS bertanya sama ada beliau berminat untuk menyertai dan menyumbang.

Peminat setia bidang ketenteraan, beliau ingin merebut peluang tersebut. Beliau juga berharap ia boleh membantunya memahami tentang Perkhidmatan Negara (NS) dengan lebih baik:

"Ramai pesakit saya berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara, dan saya tidak dapat menghubungkait dengan perbualan mereka. Jadi saya ingin mengalaminya secara langsung. Saya juga percaya ia akan memberi saya semangat kekitaan yang lebih teguh dan membantu saya berintegrasi dengan lebih baik."

SV1 Intekhab (baris hadapan, kedua dari kanan) bersama dengan rakan sekelompok SAFVCnya.

Memandangkan beliau masih sedang melanjutkan pengajian Ph.Dnya (Doktor Falsafah), dia terpaksa menangguhkan rancangannya. Pada 2019, beliau berjaya menyertai SAFVC dan menjadi Jurulatih Perubatan (Doktor Pergigian).

Bila ditanya kenapa beliau tidak memilih kerjaya ketenteraan yang lebih tipikal, beliau menjelaskan betapa pentingnya bagi SV untuk menyumbang kemahiran mereka demi memenuhi keperluan operasi SAF.

"Semasa sesi temu bual itu, penemuduga saya menjelaskan dengan kepakaran tertentu saya, adalah lebih bagusnya bagi saya untuk menjadi jurulatih. SAFVC adalah untuk SAF dan ia adalah semata-mata untuk menyumbang kepakaran kami masing-masing. Kini, saya adalah antara dua jurulatih pergigian SV!"

SV1 Intekhab membantu memformalkan sistem untuk melatih dan menilai pegawai pergigian SAF dari segi kemahiran pembedahan mereka. Selain menjadi sebahagian daripada anggota panel penilai, beliau sering mengadakan kuliah dan bengkel untuk pegawai pergigian SAF.

Membawa kecekapan ke tahap yang lebih tinggi

Sejak menjadi SV, SV1 Intek telah berusaha untuk membangunkan kompetensi pegawai pergigian SAF. Tahun lepas, beliau membantu merasmikan sistem untuk melatih dan menilai pegawai pergigian baharu tentang kemahiran pembedahan mereka.

Terlebih dahulu, pegawai pergigian baharu akan memerhati dan membantu pegawai kanan mereka dalam prosedur pergigian sebelum melaksanakannya di bawah pengawasan.

Mereka kemudiannya akan menjalankan dua prosedur dengan kerumitan yang berbeza-beza dengan sendiri sambal dipantau dan dinilai oleh panel pegawai kanan. Sebaik sahaja mereka lulus, mereka akan diperakukan untuk melaksanakan prosedur dengan sendiri.

SV1 Intekhab (kanan) merupakan seorang guru yang berdedikasi yang melampaui batas untuk menerangkan konsep dan menawarkan nasihat kehidupan kepada para pelajarnya.

Berkhidmat dengan bersungguh-sungguh

Komitmen SV1 Intekhab terhadap SAFVC dan pelatih pegawai pergigiannya tidak dapat dinafikan – untuk pengerahannya tahun lepas, beliau hadir setiap Jumaat selama tujuh bulan untuk menilai pegawai pergigian, serta mengadakan kuliah dan bengkel!

Pegawai pergigian SAF Kapten (KPT) (Dr) Claudia Ng telah mengenali SV1 Intekhab sejak zaman prasiswazahnya di NUS, dan boleh mengesahkan dedikasinya. (Fakta menarik: KPT Ng adalah sukarelawan SAFVC, sebelum mendaftar dengan SAF pada 2016)

Kata pegawai yang berusia 26 tahun itu: "The students in dental school all know Dr Intek as the approachable one. "Pelajar di sekolah pergigian semua mengenali Dr Intek sebagai seorang yang senang didekati. Pelajarannya sentiasa menyeronokkan.

Dia memastikan agar anda benar-benar memahami konsep sebelum meneruskan, dan sentiasa bersedia untuk menerangkan jika anda mempunyai sebarang soalan.

"Dia bertugas dengan sepenuh hati, dan itulah keistimewaannya." SV1 Intekhab (kiri) dan KPT (Dr) Ng sedang membincangkan sesuatu kes.

Dia terus memandang tinggi kepadanya dan mendapatkan nasihat pakarnya, yang diberinya dengan gembira. Dia juga gembira dapat bekerja bersama-sama mentornya:

"Setiap kali saya bertemu dengannya di kem, saya akan mencari peluang untuk bertanya dan belajar lebih banyak, di peringkat yang lebih tinggi daripada di sekolah pergigian." Dan SV1 Intekhab memang murah hati berkongsi pengetahuannya: "Sebagai jurulatih SV, saya tidak dapat berjumpa dengan pesakit, tetapi saya akan melihat prosedurnya dan menawarkan petua, dan kita boleh berbincang dengan lebih lanjut selepas itu.

Adakalanya, saya juga belajar dengan melihat apa yang dia lakukan."

Semangat kekitaan yang lebih mantap

Selepas berkhidmat selama empat tahun di SAFVC, SV1 Intekhab berasa gembira kerana beliau kini dapat berhubung dengan anggota tentera negara di sekelilingnya: "Anggota perkhidmatan negara yang saya temui, seperti pesakit saya, berasa kagum setelah mendengar kami adalah sukarelawan. Mereka sangat menghormati SV kerana meluangkan masa untuk melakukan apa yang kami lakukan.

Adalah harapan beliau untuk menyebarkan mesej dan menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertainya: "Sebenarnya, dua isteri rakan saya memohon untuk menyertai SAFVC selepas mendapat tahu daripada saya! Anak perempuan saya kini berusia 15 tahun, dan saya telah menggalakkannya untuk menyertainya!

"Memang menarik melihat orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang sangat berjaya, meluangkan masa untuk menjadi sukarelawan. Saya ada banyak kawan yang rapat. Ia adalah komuniti yang menarik dan saya berasa bangga dapat menganggotainya."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
13 Sep 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
13 Sep 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
13 Sep 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
13 Sep 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
13 Sep 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
13 Sep 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
13 Sep 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
13 Sep 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
13 Sep 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
13 Sep 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.