FROGMAN PALING LAMA BERKHIDMAT DI NDU TERUS MELATIH BERUDU MUDA

02dec21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02dec21_photo1eb244f51-7f72-4d61-99e8-c62ac6018dca.jpg?sfvrsn=e64762de_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/FROGMAN-PALING-LAMA-BERKHIDMAT-DI-NDU-TERUS-MELATIH-BERUDU-MUDA
FROGMAN PALING LAMA BERKHIDMAT DI NDU TERUS MELATIH BERUDU MUDA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/FROGMAN-PALING-LAMA-BERKHIDMAT-DI-NDU-TERUS-MELATIH-BERUDU-MUDA
02 Dec 2021 | PEOPLE

FROGMAN PALING LAMA BERKHIDMAT DI NDU TERUS MELATIH BERUDU MUDA

Dia telah melalui latihan lasak yang hanya mereka yang paling cergas dapat bertahan; kini dia terus memastikan agar standard latihan yang tinggi dikekalkan di kalangan penyelam tentera laut muda.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO LIONEL LEE & IHSAN 1WO LUCIUS

English 华文
English 华文

Ketika Pegawai Waran Pertama (1WO) Norris Lucius menjadi penyelam tentera laut muda pada akhir 1980-an, latihannya melibatkan penyesuaian diri terhadap situasi yang tidak menentu.

Pada suatu ketika, dia pernah berada di kelas teori tentang perobohan, apabila Pegawai Pemerintahnya (OC) pada masa itu memerhatikan keadaan cuaca yang semakin buruk dan segera menamatkan pelajaran – supaya semua orang boleh merasakan pengalaman berenang di laut yang bergelora.

"Ia dijadikan renang di permukaan air di mana kami menarik 'bahan letupan' dan terpaksa berenang sejauh 2km dengan membawa peralatan seberat 40kg!" kata 1WO Lucius.

"Tetapi kami disertai oleh OC dan jurulatih kami juga. Setiap kali kami berenang dan berlari, mereka akan melalui latihan bersama kami," tambahnya.

1WO Lucius adalah penyelam operasi muda yang menjalani latihan dalam air pada awal 1990-an.

Zaman "berudu" telah tamat bagi 1WO Lucius, yang menyertai Unit Penyelam Tentera Laut (NDU) bersama-sama kumpulan perintis penyelam Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) pada 1987.

Pegawai Waran Pembangunan Jurulatih yang kini berusia 52 tahun, memantau kelayakan dan sesi latihan lebih daripada 50 jurulatih. Dia juga merupakan penyelam tentera laut paling lama berkhidmat di NDU, iaitu 34 tahun lamanya.

Daripada kelompok perintis NSF kepada melatih kelompok terbaharu

1WO Lucius menyertai Tentera Laut pada 1987 di bawah skim Belajar Sambil Peroleh Pendapatan sebagai sebahagian daripada Sekolah Lelaki Angkatan Bersenjata Singapura (kini tak wujud lagi).

Bapanya seorang pegawai Tentera Udara dan abang sulungnya yang kedua pula jurutera tempur Tentera Darat, tetapi dia suka sangat dengan idea menaiki kapal. Apabila dia mendapat tahu NDU sedang mengendalikan perekrutan, dia turut mengambil bahagian dan berjaya dipilih.

Dia adalah di antara kalangan 35 budak lelaki, termasuk Regular dan NSF, yang dipilih – kohort yang terbesar pada masa itu. Sebelum itu, kumpulan NDU dianggotai sepenuhnya oleh Regular.

1WO Lucius (kiri) bersama-sama pegawai penghubung kursusnya semasa menjalani kursus Pemusnahan Ordnance Letupan dengan Tentera Laut AS pada 1991.

1WO Lucius bertugas sebagai penyelam operasi selama sedekad, dan meningkatkan kemahirannya apabila dihantar ke kursus pemusnahan senjata api dan peluru di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Kemudiannya dia ditugaskan sebagai jurulatih selam dan juga berkhidmat di cawangan Operasi dan Perisikan NDU.

Pada akhir 2015, dia berbalik semula ke Sekolah Frogman sebagai OC, sebelum memegang peranan semasanya dalam pembangunan tenaga pengajar pada 2019.

"Dahulu, kami terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran sebelum menemui titik manisnya dalam latihan.

"Hari ini, perancangannya lebih teratur dan kami boleh melihat perbaikan besar dari segi keselamatan, kelengkapan dan sumber. Ia lebih berstruktur, bukannya lebih mudah – ada keseimbangan yang lebih baik di antara latihan berat dan rehat."

Antara tanggungjawabnya dalam pembangunan tenaga pengajar, 1WO Lucius (kanan sekali) juga memantau pemilihan pra-pendaftar untuk pengambilan tunggal NSF NDU.

Bekerja melawan arus

Salah satu pengerahan tugasan terbesar 1WO Lucius sebagai penyelam operasi ialah memusnahkan kelengkapan Perang Dunia II di kawasan selat antara Pulau Brani dan Sentosa pada 1990.

Tugasan tersebut melibatkan syif harian selama sebulan untuk membersihkan kawasan perairan.

"Pada masa itu, kami tidak ada teknologi yang boleh membantu mengesan kelengapan itu. Jadi, kami mencari dengan mengguna teknik pencarian manual yang lebih primitif," katanya.

Menurutnya lagi, tugasan yang paling mencabar setakat ini ialah sebagai penyelia menyelam dalam misi cari dan pulih di Laut China Selatan pada 1990-an.

Meskipun para penyelam berpangkalan di kapal Tentera Laut, mereka akan keluar dalam bot kecil untuk menurunkan pelokasi akustik (peranti yang mengguna bunyi untuk mengesan arah dan jarak sesuatu) bagi mencari objek yang hilang.

Ini bererti mengharungi keadaan laut yang penuh bergelora, dalam jangka masa yang panjang. "Selepas beberapa hari, ada kalanya pasukan berasa lemah semangat, lebih-lebih lagi bila mencari di kawasan yang begitu meluas," kata 1WO Lucius.

"Bila ia berlaku, saya perlu bercakap dengan mereka, mengobarkan semangat mereka, dan menyediakan minuman panas supaya mereka dapat meneruskan tugasan. Meskipun kami menghadapi kesusahan, akhirnya kami berjaya menemuinya selepas terumbang-ambing hampir dua minggu di tengah-tengah lautan."

1WO Lucius (baris pertama, kedua dari kanan) bersama-sama anak-anak didiknya dalam Kursus Penyelia Penyelam pada 2015; dia berkhidmat sebagai OC sayap sepanjang akhir 2015 hingga 2019.

Hooyah! kepada semangat berpasukan

Ayah kepada seorang anak itu menghargai persaudaraan yang erat dalam komuniti penyelam tentera laut, bersama dengan penyelia yang baik, sepanjang perkhidmatannya di NDU.

Pertamanya, pihak atasan 1WO Lucius bersikap terbuka terhadap cadangannya untuk membuat perubahan dalam profil misi yang dijalani para pelatih semasa Minggu Pembinaan Pasukan, yang lebih dikenali secara tidak rasmi sebagai "Minggu Neraka".

Perubahan – termasuk menjadikan misi lebih kognitif dan sensitif masa – sudahpun dilaksanakan dalam semua kursus Minggu Pembinaan Pasukan.

1WO Lucius (dua dari kiri) berinteraksi dengan jurulatih NDU yang lain. Frogman veteran itu kini mempunyai lebih 50 jurulatih di bawah jagaannya.

1WO Lucius mengakui gayanya sebagai pemimpin juga telah berubah semenjak zaman awalnya. Dahulunya, dia amat tegas dengan anak-anak didiknya, tetapi kini lebih memahami apabila dia menjadi OC.

Dia berkata sambil bergelak: "Adakalanya bila anda laojiao (lebih tua dan lebih berpengalaman), mereka tidak berani menghampiri anda. Jadi, saya suka mengawasi mereka sekiranya mereka menghadapi sebarang cabaran."

Dia juga ada keghairahan untuk melatih penyelam baharu, dan berharap boleh membantu mereka mencari azam dalam tugasan mereka.

"Pada saya, adalah penting untuk mempunyai tekad dan memberi makna kepada tugasan yang diberi sebagai pemimpin kepada generasi penyelam yang muda.

"Kami menjadi teladan bagi anak-anak didik kami, justeru kami perlu kekalkan set minda dalam melakukan sesuatu dengan baik."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
02 Dec 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
02 Dec 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
02 Dec 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
02 Dec 2021

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
02 Dec 2021

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
02 Dec 2021

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
02 Dec 2021

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
02 Dec 2021

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
02 Dec 2021

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
02 Dec 2021

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.