DARIPADA "PEJUANG YANG TIDAK BERMAKNA" KEPADA PEGAWAI SAF

16mar20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/16mar20-photo1.jpg?sfvrsn=ee58c0c2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-QUOT-PEJUANG-YANG-TIDAK-BERMAKNA-QUOT-KEPADA-PEGAWAI-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-QUOT-PEJUANG-YANG-TIDAK-BERMAKNA-QUOT-KEPADA-PEGAWAI-SAF
DARIPADA "PEJUANG YANG TIDAK BERMAKNA" KEPADA PEGAWAI SAF
16 Mar 2020 | PEOPLE

DARIPADA "PEJUANG YANG TIDAK BERMAKNA" KEPADA PEGAWAI SAF

// BERITA OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN 2LT GUHANAVEL

LT A Guhanavel S/O Ashok Kumar melayakkan diri sebagai pegawai walaupun memulakan khidmatnya tanpa pengalaman dalam kepimpinan dan lemah dari segi kecergasan fizikal.

1-UP-B-caption

Lebih kurang setahun dahulu, dia tidak mampu membuat aktiviti tubi bangku atau mendagu walau satu kali pun. Tetapi hari ini, Leftenan Muda (2LT) A Guhanavel S/O Ashok Kumar ialah pegawai bertauliah dengan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Secara rasminya, kini dia mampu membuat 60 kali tubi bangku dalam satu minit dan juga 12 kali mendagu.

Anggota berusia 19 tahun ini adalah bukti jelas pemimpin dibentuk, bukan dilahirkan secara semula jadi.

Disebabkan kecergasan fizikalnya lemah dari awal lagi, dia tidak menjangka akan layak masuk ke Sekolah Kadet Pegawai (OCS).

Tetapi hanya seminggu selepas menamatkan Latihan Asas Tentera, dia berjaya mendapat skor Perak untuk Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT). Sarjannya telah menyuruh dia mencuba sekali lagi.

"Saya rasa saya sipi-sipi sahaja layak masuk OCS,” katanya dengan malu. "Saya betul-betul tidak menjangkanya. Saya hanya ingin melakukan apa yang terbaik dan menjalani khidmat dua tahun saya (dengan lancar)."

2LT Guhanavel (kanan) bergambar dengan bapanya semasa Upacara Tamat Latihan Gabungan RSAF yang diadakan lebih awal pada Februari.

Bersenam dengan Bapa

Apabila memasuki OCS, dia mendapati latihan di sana adalah lebih mencabar.

"Selepas cuti rehat pertama saya, saya memberitahu bapa saya yang saya mahu berhenti," kata Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa itu (NSF).

Lalu bapanya, Pakar Tentera (ME) 3 Ashok Kumar, 46, pun berkongsi kisah menginspirasikan NSF dari kemnya yang walaupun tidak mencapai tahap kecergasan tempur, namun mampu meningkatkan Standard Pekerjaan Fizikal (PES) sehingga berjaya menjadi pegawai!

"Ada juga orang yang tidak mencapai tahap kecergasan tempur, tetapi berusaha keras untuk menjadi komander. Jadi bapa saya menggalakkan saya untuk menggunakan tempoh sembilan bulan ini untuk membina kecergasan saya dan kebolehan kepimpinan saya, dan melihat sejauh mana saya boleh maju ke hadapan."

QUOTE-A-credit

Bapanya ialah Sarjan Mejar Depot Penyelenggaraan Depan ke-13, Pangkalan Penyelenggaraan Tentera Pertama. Dia berlari dan bersenam di gim dengan 2LT Guhanavel hampir setiap hujung minggu.

Bergambar dengan rakan-rakan kadet semasa penggal profesional di OCS.

Belajar untuk menjadi pemimpin

2LT Guhanavel menggambarkan dirinya sebagai pelajar yang tidak menonjolkan diri semasa di Maktab Rendah Jurong, serta kurang berpengalaman dalam memimpin pelajar-pelajar lain. Hanya di OCS barulah dia merasa memimpin sekumpulan besar rakan-rakan platun.

Dia mengalami keluk pembelajaran yang curam. Semasa latihan, dia bergelut untuk memimpin rakan-rakan platunnya untuk tugasan membina sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat RBS-70 (GBAD) dalam masa yang ditetapkan.

Tekanan melampau yang dialaminya membuatkan dia hilang sabar dan menjerit ke arah rakan-rakan platunnya. Pengajarnya terpaksa masuk campur, menyoal tindakannya: "Inikah cara anda berkomunikasi dengan orang-orang anda sekiranya anda seorang komander platun sebenar?"

Dia terus sedar – bukan askar yang tidak cekap tetapi pegawai yang perlu memimpin dengan baik.

2LT Guhanavel mengubah pendekatan kepimpinan dan mengumpulkan rakan-rakan platunnya serta memberi taklimat yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan. Dia juga mendengar kebimbangan mereka dan meminta mereka memberikan maklum balas.

"Semasa misi kedua kami, prosesnya secara keseluruhan menjadi semakin lancar, dan pengajar saya memberikan maklum balas yang positif," dia berkata.

Pasukan GBAD RBS-70 bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ancaman. [Foto Fail]

2LT Guhanavel akan ditugaskan ke Batalion Artileri Pertahanan Udara Divisyen ke-18, di mana dia akan membantu mengawasi ruang udara Singapura daripada penceroboh.

"Di sini akan terdapat banyak operasi sebenar kerana saya berkhidmat dengan Angkatan Tentera, dan kami bertugas 24/7," kata Pegawai Perang Udara (Senjata Pertahanan Udara).

Apa yang tetap ialah pembaikan yang berterusan

Keputusan IPPT yang dicapai lebih kurang setengah tahun dahulu semasa pertengahan jalan latihan pegawai kadet ialah pada tahap Perak.

Namun tiga minggu dahulu, semasa cabaran Kecemerlangan Latihan Fizikal yang diadakan di OCS, 2LT Guhanavel mencapai skor Emas untuk IPPT-nya.

Ia merupakan pertandingan di mana kadet-kadet bersaing untuk mendapatkan skor keseluruhan yang paling tinggi antara pelbagai stesen-stesen IPPT. Keputusannya tidak dikira untuk skor IPPT rasmi

Walaupun begitu, dia tidak sabar untuk mencapai keputusan cemerlang untuk IPPT secara rasmi di unit baharu.

"Saya mahu meninggalkan pengaruh positif kepada anggota-anggota yang saya pimpin (dan) menjalani pengalaman NS yang positif, iaitu melalui pembangunan diri serta kemajuan ahli-ahli pasukan saya."

QUOTE-A-credit
Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
16 Mar 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
16 Mar 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
16 Mar 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
16 Mar 2020

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
16 Mar 2020

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
16 Mar 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
16 Mar 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
16 Mar 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
16 Mar 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
16 Mar 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.