DARIPADA GURU KEPADA ASKAR

05jan22_news1_photo1-herobanner1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05jan22_news1_photo1-herobanner1.jpg?sfvrsn=68f3f917_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-GURU-KEPADA-ASKAR
DARIPADA GURU KEPADA ASKAR https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-GURU-KEPADA-ASKAR
05 Jan 2022 | PEOPLE

DARIPADA GURU KEPADA ASKAR

KPT Fionne Lai mengubah haluan daripada guru murid-murid di sekolah rendah kepada pembimbing askar. Selepas lapan tahun, dia masih lagi seronok menjadi askar dan guru.

KISAH TEO JING TING // FOTO KENNETH LIN & IHSAN KPT LAI

KPT Lai menyertai angkatan tentera kerana dia tidak mahu terikat dengan kerja pejabat.
English 华文
English 华文

Menjadi guru adalah cita-citanya – sehinggalah ia tercapai dan sedar kerjajaya tersebut tidak serasi dengan dirinya.

Pada masa itu, dia baru sahaja tamat pengajiannya di politeknik pada 2010, Kapten (KPT) Lai telah mengajar pelbagai subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Pengajian Sosial, Sains dan Pendidikan Jasmani kepada murid-murid Darjah Dua sehingga Enam.

Pengalaman itu juga memberi kesempatan kepada alumni Politeknik Ngee Ann untuk menilai sama ada kerjaya tersebut sesuai untuk dirinya. Selepas bekerja selama dua tahun, dia memutuskan untuk berhenti. "Hampir setiap hari, saya mengurus dan mengejar anak-anak murid dalam kelas dan bagi saya ini bukan sesuatu yang saya suka lakukan."

Sesudah meninggalkan profesion perguruan dan melengkapkan ijazah pemasaran di Institut Pengurusan Singapura, dia menyertai Angkatan Tentera Singapura pada 2013.

Menurut KPT Lai, dia masih ingin mengajar dan menyumbang kepada masyarakat dalam kapasiti yang lain, dan berasa angkatan tentera boleh memberinya peluang untuk mengajar warga dalam kumpulan usia tua di samping membentuk keupayaan baharu seperti komunikasi, kepimpinan dan kemahiran bertempur.

KPT Lai bersama dengan darjah dua sekolah rendahnya sebelum itu.

Membimbing askar

Sesudah menjalani Latihan Tentera Asas dan Kursus Pegawai Kadet, KPT Lai dihantar bertugas di Batalion Komando, Kawalan, Komunikasi, Komputer, dan Perisikan ke-12 (12 C4I Bn) sebagai Komander Platun (PC) pada 2014.

Sebagai PC, dia perlu memantau dan melengkapi askar-askarnya dengan kemahiran berkaitan Isyarat. "Bagi saya, ia terasa seperti mengajar, tetapi kerana mereka lebih sebaya dengan saya, lebih mudah bagi kami untuk saling memahami."

Walaupun ia kelihatan seolah-olah dia telah pulang ke titik asalnya dalam keghairahannya untuk mengajar, banyak lagi yang menanti KPT Lai sambil dia menunjukkan kemajuan dalam kerjayanya di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

KPT Lai juga mendapati dirinya berperanan sebagai kakak kepada anak-anak didiknya. Askar-askar yang kebanyakannya terdiri daripada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), sering berkongsi masalah mereka – seperti masalah kewangan keluarga atau isu perhubungan – dengannya dan dia akan meluangkan masa untuk memberi kaunseling kepada mereka selepas waktu pejabat.

KPT Lai (tengah) bersama rakan sekolah menengahnya, Lau Tin Wai (kiri) dan Chang Si Ying, semasa perbarisan pentauliahannya pada 2014.

"Mungkin mereka ingin mendapatkan pandangan dan nasihat seorang wanita, terutama apabila ia berkaitan dengan masalah teman wanita," kata wanita berusia 33 tahun itu.

"Justeru, sepanjang tempoh itu, saya akan mendengar sebagai rakan dan bukannya komander, dan cuba memberi nasihat yang sewajarnya."

Pada akhir lawatannya, beberapa askarnya tampil ke hadapan untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan dan nasihatnya. "Seronok rasanya. Mungkin itu juga sebahagian daripada peranan komander di mana saya lebih prihatin terhadap askar-askar di bawah jagaan saya."

Semasa menjadi PC, KPT Lai (pemandu) dan askarnya adalah IC keselamatan bagi pelbagai tempat pemeriksaan di sepanjang laluan Separuh Maraton Tentera pada 2014.

Belajar daripada komander

Pada 2016, KPT Lai menjalani latihan bahagian luar negara yang pertama. Persediaan untuk latihan itu memakan masa hampir setahun dan merupakan pengalaman pembelajaran yang baik bagi pegawai baharu sepertinya. Pada ketika itu, dia menyandang jawatan Timbalan S3 di 17 C4I Bn.

Latihan itu berlangsung hampir lima minggu dengan komponen medan lapangan dua minggu, di mana dia tidak boleh mandi selama lapan hari.

"Kami bergerak lebih kurang 100km dalam kenderaan, dari satu tempat ke tempat yang lain. Masa itu pula musim panas, jsuteru, anda boleh bayangkan betapa tidak selesanya kami!" kenang KPT Lai sambil bergelak.

Walaupun menghadapi sedikit ‘‘kesukaran’’, dia seronok sekali dengan pengalamannya. "Menurut mereka, sikap sebenar seseorang akan terserlah semasa menjalani latihan.

"Walaupun dalam keadaan stres, para komander masih sedia membantu dan berupaya. Ia membuktikan kepada saya, ada sesetengah komander yang harus diteladani, bukan sahaja dari segi kemahiran kerja tetapi juga cara mereka melayan anak-anak didik anda."

KPT Lai memberi ceramah perekrutan di pameran kerjaya Wanita Tentera di Suntec City pada 2016.

Untuk insan semata-mata

Pada tahun yang sama, KPT Lai menerima Anugerah Akademik SAF untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang perniagaan di Australia.

Dia kembali pada 2018 dan ditugaskan di Isyarat Ibu Pejabat selama setahun setengah, termasuk kembali ke 17 C4I Bn untuk melanjutkan lawatan pemerintahnya.

Pada September 2020, dia dilantik sebagai Timbalan Ketua Tenaga Manusia Pembentukan Isyarat. Peranannya adalah termasuk menguruskan siaran Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa ke pelbagai unit Isyarat, serta mengendali perekrutan dan memberi ceramah kepada mereka yang berminat untuk menyertai formasi.

Daripada melibatkan pelajar kepada menjelaskan hal-hal yang berhubungkait dengan pembentukan Isyarat kepada NSF, KPT Lai telah menemui semangat baharu dengan bertemu dan berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat.

"Perekrutan adalah titik sentuhan pertama bagi mereka yang ingin menyertai Perkhidmatan Negara. Pada mulanya, mereka mungkin akan teragak-agak tetapi akhirnya mereka akan menyertai setelah saya berkongsi pengalaman saya dengan mereka."

Dia juga mengaturkan upacara perpisahan bagi askar-askar yang meninggalkan Perkhidmatan mereka. Ketika itulah dia sedar bahawa perkara-perkara kecil boleh memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai.

Umpamanya, gestur ringkas seperti menyampaikan tanda penghargaan dan pujian kepada seseorang yang telah berkhidmat di angkatan tentera hampir separuh hayatnya, boleh membawa kesan yang amat mendalam kepada mereka.

"Saya selalu berasa terharu bila menyaksikannya, meskipun tugas saya hanya mengaturkan majlis," kata KPT Lai.

KPT Lai berterima kasih atas bantuan dan persahabatan yang diterima daripada ramai komander dan rakan sekerja yang ditemui sepanjang perjalanannya – mereka inilah yang menyeronokkan setiap minit kerjayanya selama lapan tahun.

Kini sudah hampir sembilan tahun sejak KPT Lai menyertai angkatan tentera dan dia bersyukur atas bantuan dan persahabatan yang diterima daripada ramai komander dan rakan sekerja di sepanjang perjalanannya.

Bersama-sama menempuh tempoh sukar telah mengeratkan lagi hubungan mereka dan ramai telah menjadi rakan-rakan karibnya.

"Kerana mereka inilah, saya masih bertugas di Angkatan Tentera," kata KPT Lai.

"Kerjanya memang bagus tetapi warga kerjanya yang menjadikan pengalaman bekerja begitu menyeronokkan."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
05 Jan 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
05 Jan 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
05 Jan 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
05 Jan 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
05 Jan 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
05 Jan 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
05 Jan 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
05 Jan 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
05 Jan 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
05 Jan 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.