DARIPADA AUDITOR KEPADA KELASI

13jan21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/13jan21_photo16f8e7026-a1e0-474b-862b-b805ad8251cc.jpg?sfvrsn=837ece70_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-AUDITOR-KEPADA-KELASI
DARIPADA AUDITOR KEPADA KELASI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-AUDITOR-KEPADA-KELASI
13 Jan 2021 | PEOPLE

DARIPADA AUDITOR KEPADA KELASI

Kisah pertama dalam siri "dari Meja ke Medan Lapangan” PIONEER, Mejar (MAJ) Lee Jia Pei berkongsi mengapa dia melepaskan pekerjaannya di industri audit untuk menyertai Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).

// KISAH TEO JING TING

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS & IHSAN TENTERA SINGAPURA

MAJ Lee seronok dengan hidupnya, bertugas di kapal dan tidak menyesal menukar karier.
English 华文
English 华文

Apabila dia menyuarakan hasratnya untuk menyertai angkatan laut pada 2012, ibu bapanya berbincang dengannya selama tiga jam.

“Ibu saya tidak begitu setuju. Manakala, ayah saya pula lebih banyak menyokong dan berkongsi pengalamannya sebagai anggota perintis perkhidmatan negara dengan saya," kata MAJ Lee, anak yang bongsu dalam keluarganya.

Selepas lapan tahun, dan pemuda berusia 31 tahun itu menyatakan ia adalah antara keputusan terbaik yang dibuatnya.

MAJ Lee (ketiga dari kiri) dan anak kapal RSS Sovereignty semasa pentauliahan kapal pada November 2017.

Pengalaman yang berlainan

Setelah lulus pengajian universitinya, MAJ Lee bekerja dengan firma audit Ernst & Young sebagai pembantu audit pada bulan Jun 2011. Hampir setahun bekerja, dia sedar bahawa dia tidak boleh duduk di meja menguruskan dokumen seharian.

MAJ Lee berwajah segar (dua dari kanan) bersama rakannya di Ernst & Young semasa majlis makan malam dan tari-menari mereka pada 2011.

Dia memutuskan untuk menyertai RSN setelah mendengar abangnya menceritakan pengalamannya dalam Perkhidmatan Negara (NS). Abangnya bertugas sebagai penyelam tentera laut semasa di NS. Setelah mendengar kisah-kisah pengalaman positif daripada rakan-rakannya yang sudah berkhidmat di Angkatan Laut, menguatkan lagi pengesahan keputusannya.

MAJ Lee membuat keputusannnya apabila mengetahui bahawa RSN menawarkan peluang untuk bergerak dan mencuba perkara baharu melalui perlantikan yang berbeza. "Saya suka kepelbagaian yang ditawarkan–di tentera laut, anda tidak selalu melakukan perkara yang sama."

MAJ Lee (tengah, dalam pakaian seragam) bersama-sama rakan sekolah menengahnya di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet pada 2013.

Dengan itu, dia mendaftar pada Julai 2012 dan lulus kursus dari Sekolah Pegawai Kadet setahun kemudian. Pelantikan pertamanya adalah sebagai pegawai junior di Missile Corvette RSS Valiant, sebelum beralih menjadi Pegawai Navigasi di Kapal Peronda RSS Justice yang kini tidak digunakan lagi.

Mencuba sesuatu yang baharu

Pada 2016, MAJ Lee menyertai anak-anak kapal perintis di kapal Littoral Mission Vessel (LMV) RSS Sovereignty sebagai Penolong Pegawai Operasi. Pada masa itulah dia benar-benar dapat bereksperimen dengan proses kerja baharu.

MAJ Lee (baris depan, kelima dari kiri) bersama-sama rakan kapal semasa upacara pelancaran RSS Sovereignty pada April 2016.

Pada masa itu, LMV adalah "bayi" baru Angkatan Laut dan RSS Sovereignty adalah kapal kedua dalam armada. Protokol masih dibangunkan dan terserah kepada anak-anak kapal untuk menyediakan kapal.

"Ia amat menyeronokkan kerana kami dapat menguji had kapal semasa menjalani ujian laut, dan kami dapat mencuba kaedah operasi yang baharu," jelas MAJ Lee.

"Ini juga adalah berkaitan dengan mencari dan mengembangkan cara yang paling efisien (melakukan sesuatu) bersama-sama anak-anak kapal."

Detik-detik yang membanggakan

Tanpa disedarinya, dia dan kapalnya akan diuji pada Disember 2018, semasa berlakunya pertikaian maritim di antara Singapura-Malaysia.

Kemudian seorang Pegawai Perang Utama di kapal LMV RSS Independence, kapal MAJ Lee adalah di antara kapal pertama yang tiba di tempat kejadian.

"Walaupun ia bukan sesuatu yang pernah kami alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ia tidak menghalang kami untuk bertahan," kenang MAJ Lee.

"Daripada pengurusan teratas kepada peringkat dasar, kami semua pantas mengeluarkan strategi berdasarkan latihan dahulu dan kami melakukan sebanyak mana yang mampu.”

Sepanjang tempoh itu, peranan MAJ Lee adalah membuat keputusan berdasarkan faktor-faktor yang diberikan di tapak lokasi, dan mengarahkan tindakan pasukannya dengan sewajarnya.

MAJ Lee (kanan) menganggotai anak kapal RSS Independence, yang ditugaskan untuk melindungi perairan wilayah Singapura semasa pertikaian maritim di antara Singapura dan Malaysia pada akhir 2018.

Kapal RSN menjalankan perondaan di kawasan yang tegang selama lebih daripada empat bulan. MAJ Lee teringat semasa dikerah sebanyak empat kali dalam sebulan, dengan setiap pengerahan berlangsung sehingga beberapa hari.

Masanya panjang. Hujung minggu dan peristiwa penting dalam kehidupan peribadi mereka dikorbankan, tetapi apa yang mendorong anak-anak kapal ialah melihat tujuan dalam misi mereka.

"Dalam melindungi Singapura, Angkatan Laut mungkin yang tidak sekali kelihatan mahupun kedengaran (kerana kami tidak berada di darat dan tidak dilihat berterbangan) tetapi apa yang kami lakukan adalah penting," kata MAJ Lee.

"Contohnya, jika kami melepaskan sebuah bot kecil yang mencurigakan dan anak-anak kapalnya berjaya mendarat di kawasan pantai dan melakukan aktiviti pengganas, orang yang tercedera mungkin sekali orang yang kami sayangi. Setentunya kami tidak mahu sesuatu perkara seperti itu berlaku."

Keputusan yang tepat

Hari ini, sebagai Pemangku Ketua Cawangan Rencana Maklumat di Pusat Maklumat Angkatan Laut, dia mengembangkan rancangan komunikasi mengenai operasi, latihan dan inisiatif RSN untuk orang ramai serta angkatan laut, media dan pihak berkepentingan dalaman yang lain.

MAJ Lee tidak menyesal bertugas di Angkatan Laut walaupun tiada aktiviti sosial di kapal. Dan apabila bertemu dengan rakan-rakannya dalam industri kewangan dan mendengar mengenai pekerjaan mereka, dia berasa semakin yakin bahawa dia telah membuat keputusan yang tepat.

MAJ Lee (duduk, tiga dari kiri) meraikan ulang tahunnya bersama-sama rakan kapal RSS Sovereignty pada 2017.

"Saya sayangi semangat keluarga Tentera Laut, terutamanya di kapal." Ini adalah kerana anda bekerja, makan dan tidur bersama di persekitaran yang sama dan anda mempunyai orang yang berfikiran sama melakukannya bersama anda."

Nasihatnya kepada mereka yang ingin bertukar kerjaya?

"Usah takut untuk mencuba. Lebih baik menyesali apa yang anda lakukan daripada menyesali apa yang anda tidak lakukan."

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
13 Jan 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
13 Jan 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
13 Jan 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
13 Jan 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
13 Jan 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
13 Jan 2021

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
13 Jan 2021

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
13 Jan 2021

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
13 Jan 2021

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
13 Jan 2021

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.