BILA TEMPIAS PERCIKAN API

14feb23_news1_herobanner_DTb https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14feb23_news1_herobanner_dtb.jpg?sfvrsn=6090bcfb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BILA-TEMPIAS-PERCIKAN-API
BILA TEMPIAS PERCIKAN API https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BILA-TEMPIAS-PERCIKAN-API
14 Feb 2023 | PEOPLE

BILA TEMPIAS PERCIKAN API

Askar artileri 2WO Ho Zanpeng dan 3WO Oh Pui Cheng mendedahkan kisah cinta mereka – daripada perasaan hubungan segera semasa bertemu dalam latihan di luar negara, kepada bertugas di daratan dalam formasi yang sama.

KISAH TEO JING TING // FOTO KENNETH LIN & IHSAN MEREKA YANG DITEMUDUGA

3WO Oh dan 2WO Ho masing-masing bertemu semasa menjalani latihan di luar negara.
English 华文
English 华文

Hubungan mereka memang secocok walaupun terdapat jarak umur lapan tahun di antara mereka.

Pegawai Waran Ketiga (3WO) Oh Pui Cheng, 33, dan Pegawai Waran Kedua (2WO) Ho Zanpeng, 41, mula sekali bertemu di latihan di luar negara pada Januari 2019.

Pada masa itu, dia bertugas sebagai pegawai perhubungan radar daripada Batalion ke-24, Artileri Singapura (24 SA) manakala 2WO Ho adalah jurulatih di Pusat Latihan Simpanan Artileri, yang bertanggungjawab melatih Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen).

Api mula berpercikan daripada perbualan pertama mereka – walaupun mereka berbual tentang kerja, mereka berdua sedar bahawa mungkin ada sesuatu yang lebih untuk dituruti.

Memandangkan 3WO Oh adalah satu-satunya anggota perkhidmatan negara wanita daripada pasukan radar yang bertempat di tapak senjata, 2WO Ho memastikan bahawa dia dijaga dengan rapi.

"Dia selalu akan bertanya sama ada saya sudah makan dan menyuruh saya tunggu di dalam kenderaan dalam cuaca sejuk di New Zealand daripada menunggu untuk mendapatkan maklumat di luar.

"Dia juga akan memberitahu saya bila maklumat (saya perlukan) sudah tersedia. Gerak isyarat ini membuatkan saya lebih tertawan dengannya," kenang 3WO Oh sambil bergelak.

Bagi 2WO Ho pula, personalitinya yang menarik perhatiannya.

"Dia sangat berani dan tidak segan untuk berbual dengan sesiapa – sikapnya itu menarik perhatian saya. Dan setentunya, dia tu cantik!" akui 2WO Ho dengan tersipu-sipu.

Penjaring IPPT 100 mata, 3WO Oh mempengaruhi 2WO Ho untuk bersenam bersama semasa mereka keluar bersama-sama.

Mata bertentang mata

Sekembali daripada latihan tiga minggu itu, pasangan itu tidak membuang masa untuk berpacaran. Seminggu kemudian, mereka menjadi pasangan rasmi.

Selain mengunjungi kafe dan menonton wayang seperti kebanyakan pasangan Singapura, 2WO Ho dan 3WO Oh sering berlari bersama-sama. Sebenarnya, 3WO Oh yang mempengaruhi suaminya untuk berbuat demikian.

"Saya suka berlari dan saya telah memperoleh 100 mata untuk IPPT (Ujian Kecekapan Fizikal Individu) selama beberapa tahun, jadi saya mengajaknya berlari bersama saya," gurau 3WO Oh.

"Kini, prestasinya jauh lebih bagus – dia berjaya mencapai emas dalam percubaan pertamanya dan bukannya beberapa percubaan seperti dahulu!"

2WO Ho (baris depan, ketiga dari kanan) Bersama-sama rakan sekerja HQ SA semasa rombongan perpaduan November lalu.

Mencari titik keseimbangan

Walaupun berada dalam formasi yang sama membolehkan mereka saling memahami kerja masing-masing, adakalanya hubungan mereka turut teruji.

Semasa lawatan 3WO Oh sebagai Sarjan Mejar Kompeni di 23 SA, dia sering terpaksa berbual mesra dengan anggota tenteranya selepas kerja. Ini bererti, masa untuk pasangan itu bertemu selalu tertangguh-tangguh.

"Walaupun waktu pertemuan kami adalah pada pukul 8 malam, saya sering dikerumuni askar-askar saya selepas perbarisan terakhir mereka. Setelah selesai, waktunya sudahpun pukul 10 malam dan dia telah menunggu di perhentian bas di luar kem saya selama dua jam!" kata 3WO Oh sambil tersenyum tersipu-sipu.

3WO Oh memberi ceramah kepada pelajar dari Assumption Pathway School pada November 2022 sebagai sebahagian daripada program penglibatan sekolah Tentera Darat.

Sekarang mereka sudah berumahtangga, sudah terbalik keadaannya.

Kini, waran ops di Markas Artileri Singapura (HQ SA), 2WO Ho kerap perlu mengurus hal-hal kerja dan hal-ehwal askar selepas waktu kerja.

"Ia agak mencabar kerana sebagai seorang isteri, saya mahu dia meluangkan masa bersama-sama saya. Tetapi saya juga perlu memberi sokongan dan memahami kerjanya, jadi ia adalah semata-mata mencari titik keseimbangan itu," kata 3WO Oh, yang kini merupakan pegawai waran bantuan di Pusat Pengambilan Tentera.

"Saya sedar suami saya perlu bersama dengan anggota perkhidmatan negaranya, jadi saya rela mengorbankan masa kami bersama supaya dia boleh menjadi pemimpin yang komited."

2WO Ho melamar 3WO Oh semasa menaiki kereta kabel pada 25 Dis 2020.

Kisah cinta yang ringkas

Di sebalik rintangan ini, terdapat banyak detik manis yang mengukuhkan hubungan mereka.

Umpamanya, 2WO Ho merancangkan perjalanan hari jadi ke Jepun untuk 3WO Oh beberapa bulan selepas mereka mula berpacaran kerana dia memahami hasratnya untuk pergi ke sana.

"Dia tahu saya suka makan sashimi dan saya belum pernah ke Jepun sebelum ini, jadi dia yang merancangkan seluruh perjalanan tersebut dan kami meraikan hari jadi saya di sana," kenang 3WO Oh sambil tersenyum.

3WO Oh juga terkejut dengan lamarannya memandangkan 2WO Ho adalah seorang yang "tidak romantik dan praktikal".

Pasangan itu berkahwin pada Disember 2021.

Berbekalkan sebentuk cincin dan sejambak bunga ros, 2WO Ho melamar 3WO Oh semasa menaiki kereta kabel pada Hari Krismas pada 2020.

Memang tiada apa-apa yang istimewa tentang peristiwa itu, tetapi 3WO Oh berasa sungguh terharu kerana 2WO Ho betul-betul tahu jenis cincin yang digemarinya.

"Saya suka emas dan tidak suka berlian, tetapi semata-mata emas mungkin akan kelihatan agak kolot, jadi dia menempah cincin pertunangan jalur emas bertahtakan berlian dan saya betul-betul menyukainya," kata 3WO Oh.

Pasangan itu berkahwin pada Disember 2021.

Bagi 2WO Ho, personalitinya yang penyayang dan perkara-perkara remeh yang dilakukannya selama ini telah menyentuh hatinya.

"Jika dia melihat sesuatu yang saya suka, dia akan membelinya dan mengejutkan saya. Semasa saya sakit, dia akan pastikan saya dijaga dengan baik – sikap ini sudah cukup bagus bagi saya," kata 2WO Ho sambil tersenyum.

Kedua-dua 3WO Oh dan 2WO Ho tidak sabar untuk menimang cahaya mata dan maju dalam karier mereka.

Bersedia untuk terus maju

Sesudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu kini bersedia untuk mengorak langkah seterusnya dan menimang cahaya mata.

Dari segi karier, mereka juga teruja dengan perancangan yang disediakan oleh organisasi untuk mereka.

"Saya menyertai Angkatan Tentera kerana saya inginkan karier yang unik dan tidak pernah sekalipun saya menyesali keputusan saya.

"Saya berasa gembira diberi peluang untuk mempengaruhi dan melatih askar-askar tentera supaya mereka berdaya melindungi negara dan orang yang disayangi. Saya juga menikmati perhubungan yang akrab dan talian persahabatan yang terjalin dengan mereka daripada latar belakang yang berbeza," kata 3WO Oh.

Untuk 2WO Ho, ia semata-mata panggilan tugas.

"Adalah kewajipan saya untuk menyumbang terhadap pertahanan negara, dan saya sedia bertugas tatkala negara amat memerlukan khidmat saya."

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
14 Feb 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
14 Feb 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
14 Feb 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
14 Feb 2023

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
14 Feb 2023

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
14 Feb 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
14 Feb 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
14 Feb 2023

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
14 Feb 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
14 Feb 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.