PEOPLE
BELIAU SUKA CABARAN YANG BAIK
01 Jul 2019
As a cyberthreat analyst working in the private sector, Ms Serena Ong’s interest was piqued when the Singapore Armed Forces (SAF) announced the setting up of the Defence Cyber Organisation (DCO) in 2017.
Sebagai seorang penganalisa ancaman siber di sektor swasta, rasa minat Serena Ong telah timbul apabila Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengumumkan mengenai pembentukan Pertubuhan Pertahanan Siber (DCO) pada tahun 2017. Ingin berkhidmat bagi tujuan yang lebih besar, dia beliau memutuskan untuk memasuki DCO pada permulaan tahun 2018.
"Ia adalah sangat menarik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perintis di DCO dan dapat menyumbang kepada keselamatan negara. Keselamatan siber adalah industri yang semakin meningkat dan terdapat banyak peluang untuk pembangunan peribadi dan pertumbuhan kerjaya," kata Cik Ong.
Peranan beliau melibatkan pemantauan Web untuk ancaman siber yang berpotensi memberi kesan kepada keselamatan Singapura. Sejak menyertai DCO, beliau telah menghadiri kursus untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan keselamatan sibernya, dan pergi ke luar negara untuk menghadiri persidangan keselamatan siber antarabangsa pada bulan Jun tahun lepas.
Pada masa lapang, beliau suka keluar mencari makanan yang sedap di kafe-kafe. Untuk mencari tempat baru, beliau mengikuti pemblog makanan tempatan untuk cadangan.
Beliau juga suka membaca buku mengenai topik seperti sejarah Timur Tengah, dan kini mempelajari bahasa Jepun sebagai sebahagian daripada minat beliau dengan budaya negara Jepun. "Walaupun bahasa itu sukar dipelajari, saya suka mencabar diri sendiri!"
ALSO READ IN PEOPLE
Menjadi pegawai & mengikut jejak langkah Ayah
14 Mar 2026
Diinspirasikan oleh kenangan indah dalam perkhidmatan ayah mereka, 2LT Aleena Binte Aidil dan 2LT Timothy Ng bertekad untuk berjaya dalam Kursus Pegawai Kadet.
Mengapa saya memilih untuk berkhidmat
06 Mar 2026
Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, rekrut dari Kompeni Pegasus Sekolah BMTC 3 memberitahu kami mengapa mereka memilih kerjaya dalam pakaian seragam.
Pembela ruang siber dan laut
20 Feb 2026
Seorang sedang memenuhi kecintaannya terhadap laut sejak kecil; seorang lagi menemui minatnya secara kebetulan dan kini sedang berusaha keras untuk memupuknya.

