We apologise for the inconvenience. Our website is currently undergoing scheduled maintenance. We are working hard to improve the site as soon as possible.

PEOPLE

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN

21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

// KISAH OLEH JOSHUA DE SOUZA / FOTO OLEH LOH YUZE & IHSAN TEMU BUAL

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

3SG Danish (kiri) dan 3SG Lau (kanan) merupakan antara 1,086 anggota yang berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai pemimpin pakar pada 21 Ogos di Kem Pasir Laba.

Bagi Sarjan Ketiga (3SG) Defred Lau, jalan untuk menjadi seorang medik Tentera Darat berkait rapat dengan minat mendalam beliau terhadap misi untuk menyelamatkan nyawa.

Pada Jun 2022, beliau menerima panggilan telefon bahawa seorang rakannya cedera parah dilanggar sebuah lori. “Setibanya di tempat kejadian, saya hanya melihat darah di merata tempat, dan nyawanya dalam keadaan kritikal.

"Secara klinikal, saya tahu apa yang sedang berlaku kepadanya, tetapi saya tidak mempunyai peralatan atau pengalaman untuk merawat, dan terpaksa menunggu ketibaan SCDF (Pasukan Pertahanan Awam Singapura)," jelasnya.

Ketika itu, 3SG Lau berkhidmat sebagai Juruteknik Farmasi Klinikal sambil mengikuti pengajian Diploma Sains Farmaseutikal di Politeknik Temasek.

Rakannya meninggal dunia pada malam itu. Tragedi ini mengukuhkan tekadnya untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa.

"Itulah saya menyedari betapa pentingnya untuk mempelajari semua bentuk kemahiran menyelamatkan nyawa," jelas 3SG Lau.

3SG Lau (kanan) menerima Anugerah Pihak Pertama Bertindak dalam Masyarakat pada Julai 2025 atas tindakannya membantu mangsa kemalangan jalan raya yang ditemui semasa dalam perjalanan pulang selepas keluar semasa BMT.

Panggilan untuk menyelamatkan nyawa

Sejak 2023, 3SG Lau telah menjadi sukarelawan responden pertama menerusi aplikasi MyResponder, dan menambah kemahiran asas menyelamatkan nyawa melalui pelbagai kursus latihan dan serta penyelidikan dalam talian.

Beliau juga mula menyimpan satu set kit pertolongan cemas peribadi yang sentiasa dibawanya bersamanya.

3SG Lau membina peti pertolongan cemas peribadi – sering menambah item yang baharu setiap kali beliau mempelajari sesuatu yang berguna tentang kemahiran menyelamatkan nyawa – yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja.
3SG Lau membina peti pertolongan cemas peribadi – sering menambah item yang baharu setiap kali beliau mempelajari sesuatu yang berguna tentang kemahiran menyelamatkan nyawa – yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja.

Anggota berusia 25 tahun itu baru-baru ini menerima Anugerah Pihak Pertama Bertindak dalam Masyarakat kerana membantu mangsa kemalangan jalan raya yang ditemuinyai awal tahun ini. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau selepas keluar dari kem semasa Latihan Asas Ketenteraan (BMT).

Tanpa berlengah, 3SG Lau segera tampil memberikan bantuan.

Berkat kemahiran yang dipelajari sepanjang Perkhidmatan Negara serta kursus latihan pihak pertama bertindak yang dihadirinya, beliau berjaya merawat luka mangsa menggunakan kit pertolongan cemas sebelum paramedik tiba.

"Menerima Anugerah Pihak Pertama Bertindak dalam Masyarakat adalah sesuatu yang sangat bermakna dan merendahkan diri," kata 3SG Lau.

"Ia mengukuhkankan keyakinan bahawa tindakan kecil mampu membawa perubahan besar, dan intervensi awal boleh menjadi faktor penentu dalam menyelamatkan nyawa."

Semangat inilah yang membantunya mengatasi cabaran semasa latihan di Institut Latihan Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SMTI) semasa Kursus Kadet Pakar.

"Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa ini bukan sekadar profesion, tetapi satu panggilan yang berakar pada belas kasihan, keberanian, dan komitmen."

Sarjan Ketiga yang baru ditauliahkan bergembira melemparkan topi mereka ke udara untuk menandakan selesainya Kursus Kadet Pakar selama 22 minggu pada 21 Ogos.
Kami amat berbangga denganmu: Keluarga 3SG Danish (dua dari kanan) hadir untuk meraikan graduasi beliau.

Menggalas Cabaran

Bagi graduan seangkatan 3SG Muhammad Nor Danish Bin Zainal, perjalanan beliau untuk menjadi Pakar Sistem Marin dalam Tentera Laut Republik Singapura pada mulanya penuh dengan kebimbangan.

Ini kerana anak muda berusia 22 tahun itu tidak pernah belajar berenang.

Tanpa pengalaman asas renang, beliau berdepan kesukaran untuk lulus kursus renang wajib.

Namun, dia menemui sokongan dan motivasi yang kuat daripada keluarga dan rakan seangkatan.

Rakan-rakan yang telah lulus kursus renang sebelum ini, menemaninya dalam sesi latihan tambahan, manakala keluarganya pula sering mengajaknya berenang santai di kolam renang setiap kali beliau bercuti hujung minggu.

3SG Danish (kiri) bersama rakan-rakan dari Kontinjen Perbarisan Tentera Laut semasa sesi raptai Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.

Beliau menambah: " Saya telah bertemu ramai pemimpin dan jurulatih yang memberi inspirasi dalam Sekolah Kadet Pakar (SCS). Antara yang paling saya kagumi ialah pengajar kursus saya (Pakar Tentera 3 Roslin Chua) - beliau memimpin melalui teladan, kekal tenang dalam tekanan, dan sentiasa meluangkan masa untuk membimbing dan mengajar kami."

Meneruskan Kepimpinan

3SG Danish berharap dapat menerapkan kemahiran yang dipelajarinya daripada jurulatih — kepimpinan, kerja berpasukan dan disiplin teknikal — dalam peranannya sebagai Pakar Sistem Marin yang memimpin anggotanya.

“Lebih penting lagi, (masa saya di SCS) telah mengajar saya untuk memimpin melalui teladan, meraih kepercayaan rakan seperjuangan, dan mengutamakan misi dan keselamatan.

"Ini adalah pelajaran yang akan membimbing saya semasa saya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan memimpin rakan seangkatan dan kru kapal saya."

3SG Lau (baris belakang, ketiga dari kiri) dengan rakan seangkatan mereka dalam pakaian scrub biru, iaitu pakaian seragam yang dipakai semasa bertugas di hospital sebagai sebahagian daripada latihan mereka sebagai Juruteknik Perubatan Kecemasan.
3SG Lau (baris belakang, ketiga dari kiri) dengan rakan seangkatan mereka dalam pakaian scrub biru, iaitu pakaian seragam yang dipakai semasa bertugas di hospital sebagai sebahagian daripada latihan mereka sebagai Juruteknik Perubatan Kecemasan.

Begitu juga, 3SG Lau merasakan tempoh latihannya di SMTI sepanjang Kursus Kadet Pakar telah membekalkan beliau dengan kemahiran untuk memimpin askar-askarnya dengan penuh keyakinan.

“Setiap pelajaran dan senario telah memperdalam pemahaman saya tentang rawatan perubatan kecemasan dan mengukuhkan keputusan saya untuk menempuh jalan ini.

"Menamatkan kursus ini memberi saya rasa bangga kerana ia membuktikani bahawa saya melengkapkan diri untuk berkhidmat dan menyelamatkan nyawa dengan lebih berkesan. Saya bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini, dan dapat menamatkan pengajian bersama rakan-rakan seperjuangan yang saya kenali sepanjang perjalanan."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story