COMMUNITY
SIAPAKAH TEMAN ANDA?
28 Jul 2023
Baik atau buruk, saudara seperjuangan inilah yang menjadikan Perkhidmatan Negara anda satu kenangan yang manis – jangan lupa mengajak teman-teman anda untuk sesi kopi pada Hari Persahabatan Antarabangsa ini!
" Guru Makan"
Rakan penggemar makanan Singapura yang tulen ini mempunyai selera makan yang tidak pernah puas (dan snek yang diselitkan di dalam di beg medan lapangannya), dan mengetahui semua makanan terbaik di sekitar kem (Nota Ed: Jika anda tidak tahu, sila baca siri Makan Di Sekitar Kem kami lah!)
Ikatan anda telah terus berkembang sepanjang acara makan malam lewat malam dan pinggang anda yang kian membesar!
"Kaki Insurans"
Sentiasa ada seseorang yang pandai bercakap, yang mencari jalan untuk membincangkan tentang perancangan kewangan – sama ada semasa pertemuan kumpulan di luar kem atau waktu rehat semasa ICT.
"Bro, perlu insurans?" "Tenang dan minum kopi (kopi) lah bro!"
"Blur Sotong"
Teman ini selalu keliru, tak tahu mana nak pergi, apa nak buat, apa yang sedang berlaku... Sabo (buat kacau) sendiri tak kisah, jangan sabo platun yang lain lah! Kecuaiannya boleh dijadikan satu koleksi kisah lucu – asalkan anda tidak ditekan (dihukum) bersama dengannya!
"Siao On Soldier"
Lelaki ini masih cergas dan gung-ho walaupun selepas ORD. Dia selalu ada sediakan slogan motivasi dan merupakan orang pertama yang menyelesaikan setiap tugasan, machiam (serupa) seperti bintang filem aksi. Anda menghormati keghairahannya, tetapi adakalanya anda hanya mahu bersantai sahaja, bro!
ALSO READ IN COMMUNITY
Surat daripada ibu saya
06 May 2026
Sempena Hari Ibu ini, para anggota tentera berkongsi surat-surat menyentuh hati yang mereka terima daripada ibu mereka semasa kem lapangan BMT mereka.
Setiap Anak Lelaki Singapura IV: Temui Kadet Pakar Kami
09 Feb 2026
Siapakah anak-anak lelaki (dan perempuan) yang berharap untuk mendapatkan pangkat kebesaran mereka? Tonton musim terkini Every Singaporean Son, ketika mereka memasuki Sekolah Kadet Pakar dalam perjalanan mereka untuk menjadi pemimpin dalam SAF.
Pertunjukan Udara S’pura 2026 bermula
05 Feb 2026
Pertunjukan Udara Singapura menandakan edisi ke-10 dan 20 tahun sumbangannya kepada sektor aeroangkasa, pertahanan dan angkasa lepas global.

