COMMUNITY
PERSAINGAN PELAJAR DALAM KEJOHANAN PERMAINAN TOTAL DEFENCE (PERTAHANAN MENYELURUH) KEBANGSAAN
19 Nov 2017
Ianya bukan tentang perkara "jika" tetapi "bila" sesesuatu serangan keganasan itu mungkin berlaku dan semua orang boleh memainkan peranan dalam memastikan keselamatan Singapura.
Ianya bukan tentang perkara "jika" tetapi "bila" sesesuatu serangan keganasan itu mungkin berlaku dan semua orang boleh memainkan peranan dalam memastikan keselamatan Singapura.
Ini merupakan pembelajaran utama bagi para peserta kejohanan "Guardians of the City" (GOTC) yang dilangsungkan di ITE College Central dari 18 hingga 19 Nov.
Kejohanan GOTC tersebut ialah yang pertama telah dilangsungkan di peringkat kebangsaan sejak permainan kad strategi diperkenalkan kepada sekolah menengah Februari ini.
Kejohanan itu menyaksikan 64 pasukan daripada 40 sekolah menengah bersaing dalam pelbagai senario tentang serangan keganasan yang berkemungkinan di Singapura.
Sewaktu peringkat akhir pada 19 Nov, pasukan junior Sekolah Menengah Fuhua telah mengatasi pesaing-pesaing lain bagi menggondol gelaran juara.
Pasukan yang terdiri daripada lima orang pelajar itu menyatakan strategi kemenangan mereka ialah persediaan awal – mereka berjumpa dua kali setiap minggu untuk menjalani latihan sejak bermulanya percutian sekolah mereka pada bulan November.
Ujar Lin Yibin yang beumur 16 tahun: "Sewaktu latihan, kami menyenaraikan semua kad satu demi satu dan membincangkan apa yang bermanfaat. Kemudian kami membuat undian untuk menyeragamkan semua kad yang akan kami gunakan."
Permainan kad strategi Total Defence telah direka untuk membantu pelajar mengenali kerumitan ancaman keganasan dan bagaimana tindakan setiap hari boleh membantu memastikan keselamatan Singapura. Permainan in telah dibangunkan bersama oleh Nexus, Kementerian Pertahanan dan pereka permainan iaitu Wan Junyan.
"Daripada bermain kad, kami sebenarnya memilih apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan, misalnya melatih warganegara dalam pertolongan cemas, mempersiapkan diri kami dalam menghadapi sebarang kemungkinan buruk," tegas rakan sepasukan Alden Yek, 15.
Walaupun dengan persediaan rapi, mereka tidak menjangka untuk menang.
"Kejohanan itu sangat sengit," ujar Yibin, "Anda benar-benar tidak tahu bagaimana kad yang dipilih akan mempengaruhi anda."
Pengarah (Penglibatan) Nexus, Clara Tan menyatakan bahawa permainan itu telah direka dengan matlamat utama menjadikannya menyeronokkan dan menarik perhatian ramai.
"Ia merupakan halangan pertama …untuk menarik perhatian pelajar untuk bermain permainan tersebut. Dan apabila mereka telah berminat, dari situlah kami boleh mula memberitahu mereka lebih lanjut tentang Total Defence."
Dengan respons positif terhadap kejohanan, terdapat desakan untuk menjadikannya pertandingan tahunan, tambah Cik Tan.
"Kami juga sedang menerokai cara kami boleh bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk memanfaatkan rangka kerja Total Defence dalam GOTC bagi memperkenalkan pesanan lain tentang ancaman dan cabaran lain yang sedang dihadapi oleh Singapura."
Kejohanan GOTC telah dianjurkan bersempena dengan FestivalGAME (Game (Permainan), Arts (Seni), Media (Media), Edu-tainment (Hiburan-Hiburan)) Kampus 2017.
ALSO READ IN COMMUNITY
Pertunjukan Udara S’pura 2026 bermula
05 Feb 2026
Pertunjukan Udara Singapura menandakan edisi ke-10 dan 20 tahun sumbangannya kepada sektor aeroangkasa, pertahanan dan angkasa lepas global.
Cara untuk bertahan dalam hubungan NS
03 Feb 2026
Adakah hubungan NS benar-benar berkekalan? Adakah "kecurian" teman wanita anda semasa anda dalam Latihan Asas Tentera hanyalah mitos? Berikut adalah beberapa nasihat daripada rakyat Singapura!
RSAF kembali dengan pertunjukan udara yang memukau di Pertunjukan Udara Singapura 2026
31 Jan 2026
Pengunjung ke Pertunjukan Udara Singapura tahun ini boleh menyaksikan 17 gerakan mendebarkan yang dilakukan oleh jet pejuang F-16C dan helikopter penggempu Apache AH-64D RSAF, serta pameran statik 10 aset berbeza.





