COMMUNITY
PERARAKAN NDP KEMBALI DENGAN PEMENTASAN BERSKALA BESAR, DAN SAMBUTAN DI LOKASI KEJIRANAN
02 Jun 2022
Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) 2022 bertujuan untuk menyatupadukan warga Singapura dalam memeriahkan perayaan ulang tahun negara yang ke-57 tahun ini.
Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) 2022 bertujuan untuk menyatupadukan warga Singapura dalam memeriahkan perayaan ulang tahun negara yang ke-57 tahun ini.
Menyaksikan aksi ahli-ahli payung terjun Red Lions dari dekat, mengambil gambar dengan pentas tentera, menikmati pertunjukan bunga api yang begitu menyeronokkan – ini adalah antara pertunjukan yang dinanti-nantikan oleh warga Singapura di Hari Kebangsaan yang akan datang ini.
Sambutan lokasi kejiranan NDP akan diadakan di lima tapak di seluruh pulau pada 6 dan 7 Ogos, dengan Red Lions melakukan lompatan terjun bebas di lokasi kejiranan yang lain.
Menjelang 9 Ogos pula, warga Singapura akan saksikan persembahan yang spektakular di The Float @ Marina Bay – Pameran Pertahanan Menyeluruh daripada gabungan udara, darat dan laut oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Rumah, kepada kegemaran ramai seperti perarakan dan majlis, serta Terbang Lintas Hormat Bendera Negeri.
Mereka di rumah tidak akan ketinggalan kerana acara-acara pertunjukan udara juga akan disaksikan di lokasi kejiranan. Terbang Lintas Hormat Bendera Negeri akan mengelilingi pulau sementara jet F-16 Tentera Udara Republik Singapura menyempurnakan terbang lintas pulau pejuang di awan biru.
Di samping itu, pertunjukan bunga api akan dilangsungkan di lima lokasi, serentak dengan sambutan di The Float @ Marina Bay.
Bertemakan Lebih Kukuh Bersama, Majulah!, NDP 2022 menyeru warga Singapura untuk terus maju sebagai warga yang bersatu padu dan teguh demi mengecapi masa depan yang lebih cerah.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2022 Brigadier Jeneral (BG) Goh Pei Ming berkata, selaras dengan langkah Singapura untuk hidup dengan COVID-19 sebagai endemik, "kami akan meraikan semangat tidak mudah luntur yang dipaparkan oleh warga Singapura; kami juga akan menyeru kepada warga Singapura untuk berkumpul sebagai warga bersatu untuk mengorak langkah bersama dan berganding bahu demi masa depan yang lebih cerah".
Tahun ini menandakan ulang tahun Perkhidmatan Negara (NS) ke-55, dan perarakan itu juga akan meraikan sumbangan anggota perkhidmatan negara dahulu dan sekarang.
"NS kekal sebagai asas pertahanan Singapura dan hanya dengan sokongan dan komitmen setiap anggota perkhidmatan negara, keselamatan Singapura akan kekal dan terjamin," kata BG Goh.
Lebih Kukuh Bersama
Selaras dengan tema NDP 2022, lagu tema tahun ini yang menyemarakkan semangat – berjudul Lebih Kukuh Bersama – adalah seruan kepada warga Singapura untuk bersatu padu, menangani sebarang cabaran.
Lagu gubahan penyanyi-penulis lagu tempatan Don Richmond akan didendang oleh Taufik Batisah.
Menurut Encik Batisah yang berkongsi pendapatnya tentang lagu itu: “Bila saya mula-mula sekali mendengar lagu itu, ia benar-benar serasi dengan saya. Ia umpama lagu perayaan dan semua warga Singapura pasti boleh menghayatinya.
"Saya berharap lagu ini boleh menginspirasikan warga Singapura, seperti mana ia memberi ilham kepada saya semasa menyanyinya – walau apa pun kesukaran yang dialami, kita boleh menanganinya selagi kita berikhtiar (dan) kita berganding bahu."
Dengan kembalinya acara berskala besar yang secara berperingkat, BG Goh teruja untuk mengumpulkan warga Singapura secara fizikal sekali lagi melalui pelbagai aktiviti dan pesta NDP yang disediakan. Ini adalah termasuk pertunjukan Pendidikan Negara dan pertunjukan bertiket untuk sambutan utama di The Float @ Marina Bay.
"Hakikat bahawa kami akan mengembalikan sambutan perayaan yang lebih besar adalah petanda untuk meyakinkan warga Singapura dengan keghairahan masa depan, dan kita boleh lebih teguh bersama sambil mengorak langkah ke arah masa depan yang maju," kata BG Goh.
"Kami mengalu-alukan pelibatan warga Singapura dalam perayaan itu."
ALSO READ IN COMMUNITY
Persembahan NDP 2026: Melangkaui jangkaan untuk meraikan semangat Singapura yang tidak goyah
03 Jul 2026
Melangkah ke dekad baharu kemerdekaan Singapura, segmen persembahan tahun ini menampilkan lebih 2600 penghibur dan 36 artis, yang mana 24 daripadanya adalah artis baharu.
Penyertaan yang lebih inklusif dan pelbagai dalam NDP 2026
25 Jun 2026
NDP tahun ini kembali ke Stadium Nasional selepas 10 tahun, membawakan penyegaran yang menarik untuk segmen Perbarisan & Upacara!
Tempat yang biasa, suasana segar untuk sambutan NDP 2026
21 May 2026
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini kembali ke Stadium Nasional dengan pertunjukan cahaya dron dalaman yang pertama seumpamanya dan pelbagai aktiviti di sekitar kawasan Kallang.

