PEOPLE
PEMAIN PINGPONG KEBANGSAAN & NSF TERBAIK
10 May 2022
Askar infantri Korporal (KPL) (NS) Koen Pang telah membanggakan Singapura pada tahun lepas apabila dia mencapai kedudukan 32 teratas dalam Kejohanan Pingpong Dunia 2021. Dia juga memperoleh anugerah NSF Tahun 2021.
Berikut ialah lima perkara yang perlu anda ketahui tentang dirinya:
1. Dia berbakat
KPL (NS) Pang mula bermain pingpong semasa berumur lima tahun, dan telah mendaftar di Sekolah Sukan Singapura pada 2015.
Pada Ogos 2019, dia telah menjadi pemain pingpong pertama dari Singapura yang mencapai kedudukan Pertama di dunia untuk kategori Bawah 18 Tahun.
Dia telah membuat sejarah sekali lagi di Sukan Asia Tenggara 2019 dengan menjadi pemain pingpong Singapura pertama yang memenangi pingat emas pertandingan perseorangan lelaki.
2. Dia seorang askar infantri
Pada Julai 2020, dia telah menyertai Khidmat Negara (NS) sepenuh masa sebagai askar infantri dengan Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura (1 SIR).
Dia mengendalikan Senjata Automatik Seksyen atau SAW. Sama seperti mana-mana askar infantri, dia telah chiong sua (bahasa hokkien yang bermakna meluru naik bukit), menggali kubu lubang dan melakukan kawat laluan.
3. Dia seorang anggota khidmat negara yang boleh dijadikan teladan
Oleh sebab latar belakang sukannya, tahap kecergasan KPL (NS) Pang biasanya lebih baik daripada teman platunnya, tetapi dia sentiasa menyokong dan memotivasikan mereka ketika latihan.
Dia memperoleh 94 mata dalam Ujian Kecekapan Fizikal Individu terbarunya: 60 tekan tubi, 60 bangkit tubi dan berlari 2.4km dalam tempoh 9 minit 25 saat.
Berkenaan dengan motivasi beliau untuk berusaha sedaya upaya dalam 1 SIR, KPL (NS) Pang berkata: "Saya didorong oleh rakan saya, teman platun saya…Saya hanya mahu lakukan ini bersama mereka kerana ini merupakan pengalaman sekali seumur hidup."
4. Dia berusaha keras
Berlainan daripada rakan sebayanya yang dapat rehat selepas daftar keluar, KPL (NS) Pang menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan di Persatuan Pingpong Singapura pada cuti hujung minggunya.
Usahanya membuahkan hasil di Kejohanan Pingpong Sedunia 2021 di Houston, Amerika Syarikat. Sebagai pemain berkedudukan ke-161 pada masa itu, dia telah menewaskan pemain berkedudukan ke-38 dari Brazil iaitu Gustavo Tsuboi dengan skor 4-2 untuk mencapai kedudukan 32 teratas.
5. Dia akan bermain sepenuh masa
Anggota berumur 20 tahun ini merancang untuk bermain pingpong dengan sepenuh masa selepas menyelesaikan NS penuh masanya pada 10 Mei.
Matlamat seterusnya adalah untuk memenangi pingat bagi Singapura di Sukan Asia Tenggara, Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan datang pada tahun ini. Dia juga bermatlamat untuk layak menyertai Sukan Olimpik 2024.
"Saya berharap warga Singapura akan menyokong Pasukan Singapura dalam perlawanan kami yang akan datang," katanya.
Tonton video ini untuk menyaksikan KPL (NS) Pang sebagai askar infantri dan pemain pingpong!
ALSO READ IN PEOPLE
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.
Mengiktiraf dedikasi selama beberapa dekad
26 May 2026
Lelaki-lelaki ini telah melakukan lebih daripada sekadar bahagian yang sewajarnya melangkaui kitaran NS biasa. Temui Encik Syed Mahazir dan Encik Surindranath, yang telah berkhidmat selama 45 tahun secara keseluruhan dalam Tentera Darat Singapura.
Temui pembantu baharu Presiden
25 May 2026
CPT Ahmad Hafizuddin dan CPT Siow Jing Yi adalah dua daripada 18 muka baharu yang dilantik sebagai pembantu Presiden tahun ini.

