COMMUNITY

PELETUS BOM SMO

30 Oct 2023

BERSEMUKA DENGAN ROBOT DAN SUT BOM: DUA BUDAK LELAKI BERTUAH DAPAT MELUANGKAN MASA SEHARI BERSAMA-SAMA PELETUS BOM SAF SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA HARI KANAK-KANAK KHAS ANJURAN PIONEER.

30oct23_news1_photo1

Story by

Photos by


Reuel Teo, 9 dan Dharran Raj, 11, mendapat peluang istimewa untuk melawat rumah Batalion ke-36, Jurutera Tempur Singapura (36 SCE) pada bulan Oktober – di mana mereka menjalani satu bahagian daripada Balapan Halangan Vokasi (VOC), Pelupusan Ordnans Letupan (EOD), meneliti bom (palsu) dan mengawal robot besar!

Lihat betapa ceria dan seronoknya mereka

Semuanya siap berpakaian dan sedia untuk beraksi!
Pasukan 3IC daripada 36 SCE, 3SG Wong (kiri), yang juga caperon pada hari itu, memperkenalkan sut bom EOD 10 kepada budak-budak lelaki.
Budak-budak lelaki memerhati warga EOD melalui stesen – Staggering Tyres – penghalang kedua VOC yang disingkatkan untuk mereka mencuba.
Giliran saya! Reuel melalui stesen VOC pertama – Over Table – dengan yakin.
Dharran mengharungi stesen VOC ketiga – Balancing Log – dengan penuh tumpuan.
3SG Wong (kiri) memperkenalkan budak-budak lelaki kepada pelbagai bom yang diguna oleh pengendali EOD dalam latihan. Dalam tangannya ialah Bom Tangan Serpihan Singapura, dan di atas meja pula adalah roket 68mm (kiri) dan mortar 81mm (kanan).
3SG Wong membimbing Reuel cara mengawal Kenderaan Pengendalian Jauh (ROV), yang juga dikenali sebagai AUNAV. Dilengkapkan dengan lengan robotik, ROV membolehkan pengendali EOD memusnahkan Peranti Letupan Improvisasi (IED) dari jarak yang selamat.
Dharran (kiri) dan Reuel (kanan) mengguna videoskop untuk mengenal pasti objek di dalam beg. Lazimnya, pengendali EOD akan mengguna peranti ini – yang dipasang dengan tiub panjang dan kamera di penghujungnya– untuk memeriksa dan mengesan beg yang diragui dengan selamat.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story