OPS & TRAINING
MISI LENGKAP DI LATIHAN WALLABY 2021
20 Oct 2021
SAF KEMBALI KE QUEENSLAND, AUSTRALIA UNTUK LATIHAN WALLABY 2021 SELEPAS BERHENTI SEKETIKA DALAM SIRI LATIHAN TAHUN LEPAS DISEBABKAN OLEH PANDEMIK COVID-19.
Latihan Wallaby – latihan luar negara terbesar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – telah dibatalkan tahun lepas buat kali pertama semenjak ia bermula pada 1990. Walaupun negara-negara di serata dunia sedang menyesuaikan diri dengan keadaan norma baharu di pertengahan penularan pandemik, SAF meneruskan latihannya dari 13 Sep hingga 21 Oktober tahun ini.
Dianggarkan sebanyak 580 personel serta platform dari Tentera Darat Singapura, Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) berjaya mengendalikan misi berskala besar untuk mengasah keupayaan mereka dan memperkukuh penyepaduan mereka.
Berikut adalah gambaran menyeluruh bagaimana SAF memanfaatkan Kawasan Latihan Shoalwater Bay yang luas dengan sepenuhnya – hampir empat kali ganda saiz Singapura – untuk menjalankan latih tubi kompleks yang tidak boleh dijalankan di negara sendiri.
Berkongsi pemikirannya selepas latihan, Pengarah Udara Kolonel (KOL) Sherman Ong mengatakan bahawa kejayaan Latihan Wallaby tahun ini membuktikan SAF sedia beroperasi di tengah-tengah pandemik COVID-19 untuk mempertahankan Singapura.
"Walaupun berdepan dengan situasi COVID-19 yang masih menular, kami dapat mencapai objektif latihan kami, bersama-sama dengan rakan-rakan Tentera Darat dan Tentera Laut kami, dan menjalankan latihan berkualiti tinggi di Australia, yang memaparkan bukti keazaman dan keupayaan kami."
Kesemua peserta latihan telah divaksin sepenuhnya dan dikuarantin sebelum menjalani latihan. Mereka juga mengambil ujian swab dan mengikut jadual perjalanan ketat di Australia untuk meminimumkan pergaulan dengan penduduk tempatan.
Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pengurangan risiko, skala latihan tahun ini adalah lebih kecil – dengan anggaran 580 peserta – berbanding lebih daripada 3,000 warga kerja akhir-akhir ini.
Meskipun latihan tahun ini telah dikurangkan, namun tiada kompromi dalam latihan yang dijalankan, kata KOL Ong.
"Kerumitan dan cabaran di Shoalwater Bay sini membolehkan SAF mengasah kecekapan operasi kami dan mengendalikan latihan bersepadu yang penting merentasi Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara," jelasnya.
Menurut KOL Ong lagi adalah penting bagi SAF untuk mengelakkan ketidakhadiran berterusan di Latihan Wallaby demi membiasakan anggota tentera lelaki dan wanita dengan latihan sambil menikmati pengalaman latihan di Shoalwater Bay.
"Setelah menjalankan latihan tahun ini, kami berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memaksimumkan latihan kami apabila situasi COVID-19 bertambah baik, dan bila kami boleh menjalankan latihan pada keupayaan sepenuhnya," katanya.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

