OPS & TRAINING
MENJUNAM DALAM AIR
01 Nov 2018
Sebagai penyelam tentera laut, mereka perlu memenuhi standard kecergasan fizikal yang lasak, memiliki kekuatan mental yang kuat dan bersifat umpama ikan di dalam air. PIONEER membawa anda ke belakang tabir untuk melihat sekilas keupayaan latihan dan operasi Unit Penyelam Tentera Laut (NDU).
Sebati dengan air
Sebelum mendapat sirip mereka, semua pelatih perlu menjalani Kursus Penyelam Tempur (CDC). Sepanjang tempoh 20 minggu ini, mereka akan menjalani latihan fizikal yang lasak, bina keyakinan dalam air melalui penahan lemas, belajar tentang pertempuran darat dan kemahiran menyelam yang khusus, serta menjalani lima-hari Minggu Pembinaan Pasukan.





Penahan lemas adalah perkara paling menakutkan yang saya lalui di CDC kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki saya. Sebelum memasuki NDU, saya tidak boleh berenang satu lap pun. Sesi latihan perseorangan dengan instruktor saya telah membantu meningkatkan keyakinan saya dalam air. Kini, sesudah menamatkan latihan di CDC, saya sedar saya dapat mengatasi segala cabaran.
Membentuk satu pasukan
Dijalankan dalam empat anggota sepasukan, Maritime Assault Course (MAC) adalah ujian tahunan yang menilai tahap kecergasan dan kecekapan operasi penyelam tentera laut yang tetap. Sepanjang kursus ini, setiap penyelam akan membawa muatan 15kg yang merangkumi baju tempur, jaket keselamatan dan senapang serangan Heckler & Koch HK416. Masa untuk melengkapkan litar lima halangan? 15 minit.






MAC menggabungkan senario operasi ke dalam latihan fizikal dan memaksa anggota pasukan untuk bekerja bersama-sama. Ini adalah cara bagi kami untuk melakukan latihan fizikal, memperkukuhkan ketahanan kami dan membina semangat kepasukan kami.
Serangan menyelinap
Untuk menyelinap keluar dari laut dan menyerang pasukan di darat memerlukan kerja sama dan koordinasi pasukan yang teguh, lebih-lebih lagi dalam keadaan pasang surut laut yang bergelora. Penyelam diperlengkapkan dengan peralatan dan senjata seberat 22kg termasuk baju beban, kaca mata penglihatan malam dan senapang serangan HK416 — yang beratnya bertambah satu pertiga bila basah.




Kami berlatih dalam jarak penglihatan yang rendah dan keadaan yang teruk kerana kami berlatih untuk menghadapi sesuatu yang tidak diketahui. Inilah sebabnya kenapa kami selalu perlu bersedia dan sentiasa berwaspada.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.
Terbang ke tempat yang tidak diketahui: Di dalam misi RSAF untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Timur Tengah
28 Mar 2026
Walaupun terdapat risiko dan cabaran kompleks dalam penerbangan di zon konflik, anggota tentera lelaki dan wanita RSAF berjaya melaksanakan misi yang berjaya melalui perancangan yang teliti dan kerja keras.

